Thursday, April 14, 2016

TIPS PENDAPATAN TEPU



Tips ini khas untuk rakan-rakan yang memang buat bisnes tapi pendapatan jadi TEPU. Tak naik-naik malahan kadang-kadang turun je.

Ada beberapa punca pendapatan dalam bisnes nie dia akan turun ataupun TEPU.

1.Anda belum capai tahap selamat, dimana lebih ramai rakan niaga anda tido dari yang hidup dan buat.

So, apa yang boleh dibuat ialah, teruskan menaja Rakan Niaga baru sampai anda capai tahap selamat.

2. Tiada siapa yang bantu rakanniaga anda. Tak kesahlah anda sendiri ke, orang lain ke, bapak angkat ke, mak angkat ke, takde siapa yang bantu dia.

Solusinya:
Anda bertanggungjawab sepenuhnya pada mereka. Tak kesahlah dia nak buat ke, anda TETAP bertanggungjawab ke atas dia. Sekurang- kurangnya buat 1 tindakan / pengorbanan untuk rakanniaga anda ni.

Contohnya: buat whatsapp group pun boleh jadi 1 cara dimana anda akan supply mereka dengan update yang mungkin boleh bantu mereka.

3. Tiada pengorbanan yang anda buat pun untuk menambah baik apa yang ada sekarang. Pegang ayat nie,

“Pengorbanan sahaja yang boleh buat 1 kejayaan baru datang”
tanpa pengorbanan, umpama anda nak minta naik gaji dengan bos anda, tapi apa yang anda buat, sama je dengan 8 tahun lepas, 8 pagi masuk 5 petang keluar.

“Ada pengorbanan PASTI ada kejayaan baru”

tak perlu nak fikirkan pengorbanan yang besar-besar pun … cuba lakukan dengan yang kecil,

saya bagi contoh, yang saya dan kita boleh buat…

contoh;
kita boleh PAKSA DIRI kita untuk mencari ilmu-ilmu baru dan kongsikan paksa diri beli ebook contohnya,

PAKSA DIRI untuk baca idea-idea marketing untuk dikongsikan dengan rakan niaga

PAKSA DIRI untuk ada status di FB setiap hari, supaya ada rakan-rakan yang boleh copy paste jika mereka busy.

PAKSA DIRI untuk sentiasa bantu orang lain yang mohon bantuan, walaupun tiada kene mengena dengan kita TANPA mengharapkan balasan

PAKSA DIRI untuk update WHATSAPP group supaya semua kekal bersemangat

dan macam-macam lagi

senang kata, pengorbanan nie ialah anda bukan jadi manusia yang “DISUAP”, anda menjadi seseorang yang “MENYUAP”.

Untuk Berjaya

Anda tak boleh duduk dalam zon selesa, anda kena duduk dalam zon yang dalam ke PAKSAAN, atau memaksa diri melakukan sesuatu pengorbanan

Bagi rakan-rakan yang ada masalah pendapatan TEPU ataupun menurun, cubalah anda buat benda nie..

Cuba UBAH
Insya Allah masalah tu akan selesai, 

ANDA KENA BERI LEBIH 
untuk 
DAPAT LEBIH

Kalau anda tak sanggup beri LEBIH,  janganlah marahkan rakan niaga yang tak jalan ke, janganlah salahkan kawan anda yang tak bergerak ke…

Sentiasa salahkan diri sendiri, cari idea untuk bantu mereka, dan pada anda yang sebelum ni belum berminat nak menjalankan program/bisnes ni, mungkin sebab anda segan / malu dengan orang yang perkenalkan anda dengan bisnes ni, dan anda berminat nak buat. Please munculkan diri anda, atau PM je sesiapa yang anda suka dan minta bantuan mereka. Nak PM saya pun takde masalah, tak kesahlah anda rakanniaga siapapun, anda ada minat nak buat dan mahukan tunjuk ajar, boleh PM saya Personal, whatsapp saya, saya akan bantu.

Kita sama-sama nak menambah pendapatan, MISI kita sama, jangan risau


PM saya Personal 019 6746877

No comments:

Post a Comment