Sunday, July 19, 2020

Khasiat Yis Beras Merah Cegah Sakit Jantung






Alternative cegah serangan jantung
Setiap tahun, jumlah kemasukkan pesakit ke hospital semakin meningkat akibat pelbagai komplikasi jantung. Lebih 100,000 kes manakala hampir 12,000 kematian direkodkan akibat serangan jantung. Majoritynya berusia 60 tahun ke atas.

Namun kini, lebih ramai Lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung dan setiap tahun 500 kematian di rekodkan

Fakta ini merupakan sesuati yang membinbangkan dan perlu di atasi. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular terutamanya serangan jantung.

Menurut Pakar Kardiologi dari Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Dr David Quek, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dunia yang dianggarkan meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun.

"Tidak kira siapa anda, sama ada muda, tua, orang kaya atau orang miskin, pemimpin Negara Dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap serangan jantung yang disenaraikan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negatif seperti merokok.

"Serangan jantung merupakan kerosakan pada otot jantung akibat terputusnya bekalan darah arteri koromori secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah.

"Gumpalan darah ini terjadi akibat pecahnya plak atheroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya," kata Dr Quek dalam satu pembentangan khas mengenai alternative rawatan penyakit jantung menerusi pengambilan SUPLEMEN berasaskan  yis beras Merah baru-baru ini. 

Malah unjurnya, jika diambil berterusan ja mampu menurunkan tahap kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) dan meningkatkan kadar kolestrol HDL (kolestrol baik) serta merangsang kesihatan sistem jantung.



Apa itu YIS BERAS MERAH?
Mungkin ramai kurang arif mengenainya atau tidak tahu langsung mengenai kewujudan produk botani ini. Sebenarnya Yis Beras Merah telah digunakan di China sejak berabad-abad lalu. Sejak zaman kuno lagi, YBM telah dikenali sebagai sumber Perubatan.

Di samping itu, ia juga telah digunakan sebagai bahan pewarna dalam masakan China sejak lebih 1,000 tahun lalu. Malah, serbuk YBM turut menjadi ramuan bagi menyediakan sajian terkenal masyarakat China. Itik Peking.

Menariknya, ramai yang TIDAK sedar dengan menjamu sajian istimewa itu, mereka sebenarnya mengurangkan risiko menghidap hyperlipidemia atau paras kolestrol yang tinggi. Risiko itu dapat dikurangkan bukan kerana memakan daging itik, tetapi ramuan serbuk berwarna merah.   YBM yang disapu pada keseluruhan badan itik sebelum dibakar untuk menyediakan hidangan tersebut.

Selain itu, turut direkodkan bahawa YBM pernah dijadikan ubat untuk rawatan kecelaruan peredaran darah sejak zaman Dinasti Ming (1368-1644) lagi.

Bagaimana YBM terhasil?
Adakah memang terdapat yis beras merah yang di tanam disesuatu kawasan khas seperti di China. Hakikatnya tidak sama sekali. YBM sebenarnya terhasil daripada penapaian sejenis yis yang dikenali sebagai Monascus purpureus yang sering digunakan secara tradisional oleh orang China untuk merawat masalah penghadaman, cirit birit dan sakit perut dengan beras Biasa.

Penggunaan YBM kini telah diakui sebagai salah satu bahan alternatif dalam mengurangkan kolestrol selepas satu penyelidikan luas mengenai khasiatnya disiarkan dalam American journal of Cardiology (AJC), sebuah jurnal berkaitan kardiovaskular terkenal di dunia.

"Terbaru hasil kajian yang disiarkan dalam AJC itu membuktikan bahawa bahan monocolin yang terdapat dalam YBM diakui keberkesanannya untuk menurunkan kadar kolestrol dan lain lain penyakit jantung yang berpunca daripada tahap kolestrol yang tinggi," kata Dr Quek lagi.

Sumberartikel: kredit blog ezone



Yis Beras merah sepertimana yang telah diterangkan sangat berguna untuk kesihatan badan kita

Terdapat 4 Fungsi Utama

1) Merendahkan lipid darah dengan cepat dan berkesan.
Berkesan mencegah dan melegakan penyakit jantung koronori, arteriosklerosis dan strok. Lebih kurang 4-6 minggu selepas produk ini di ambil, simptom penyakit kardio-serebrovaskular seperti terasa tekanan, kesukaran bernafas, perut mengembung, badan terasa letih, rasa kebas pada badan, tangan dan kaki. Ia dengan ketara boleh berubah.

2. Mekanisma Pengurangan Kolestrol Endogen
Lovastatin secara semulajadi terkandung dalam Tasly Monascus, boleh merencatkan HMG-CoA reduktase bagi mencegah sintesis kolestrol endogen. Kolestrol endogen ialah kolestrol yang terbentuk di dalam badan dan bukannya datang daripada makanan. Manakala kolestrol eksogen ialah kolestrol yang masuk ke dalam badan melalui makanan.

3. Mekanisma Pengurangan Kolestrol Eksogen
Ergosterin akan bertanding dengan kolestrol dan menggangu penyerapan kolestrol ke dalam badan kerana struktur kimia ergosterin meyerupai struktur kolestrol.

4. Mekanisma Pengurangan Trigliserida.
Asid linoleik sangat bermanfaat kepada mereka yang menghidapi hipertrigliseridemis (paras trigliserida yang tinggi dalam darah). Asid linoleik ialah sejenis asid lemak politaktepu dari keluarga asid lemak Omega 6. Ia merupakan prekursor untuk hormon seperti prostaglandin. Prostaglandin ialah bahan yang didapati dalam sel-sel badan. Asid linoleik ialah asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita, oleh itu ia harus diambil melalui pemakanan.




Yis Beras Merah adalah bahan utama didalam kopi kak TAM. Dapatkan kopi hari ini untuk menjaga jantung anda
     Wasap Admin:
https://www.wasap.my/60196746877/kopiKakTAM

No comments:

Post a Comment