Wednesday, April 29, 2015

Mi segera kegemaran semua.......

Pernahkah anda ambil tahu mengenai kandungan dalam mee segera yang anda makan ? Berikut adalah beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.



Jom kita tengok apa ada dalam mee segera :
Asid Tartarik: 
Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: 
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): 
Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: 
Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate: 
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: 
Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: 
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): 
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
sumber:Dr.Zubaidi Hj Ahmad
http://drzubaidi.com/blog/selamatkah-makan-mi-segera/

p/s : Salah satu tanda bagi individu penggemar mee segera ni adalah pada matanya, mata putihnya akan kelihatan kuning sedikit. Jika anda mempunyai tanda tersebut, ambil langkah untuk berhenti memakan mee segera dengan segera !



Sunday, April 26, 2015

Apa itu sakit GOUT


Pengenalan
  • Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes

BAGAIMANA PRODUK DCL DAPAT MEMBANTU MERAWAT ?

1) RED GUARA CAFE (RGC)
2) STOKIN BIO FIR ENERGY / STOKIN D'NIFI
3) NU~CLONZ

Thursday, April 23, 2015

Petua Lembutkan Hati Suami

Beberapa PETUA yang disediakan ini kemungkinan dapat membantu anda dalam usaha menambat/melembutkan hati suami: 

  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.
  2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanyasecara khusus mengenai aktiviti suamisepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
  3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.
  6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.
  7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.
  8. Apabila suami meminta bantuanbuatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.
  9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantikpada suami sekurang-kurangnya 2 kalisehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  10. Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
  11. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  12. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suamiketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  13. Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  14. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama..
  15. Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.
  16. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

Banyak petua nie.....amalkan insyallah ada kesannya walaupun sedikit dan j
angan lupa amalkan SET WANITA ANGGUN untuk kesihatan yang baik & kesejahteraan keluarga anda...Suami pasti tertawan....
CALL SEKARANG : Kfaz 019-6746877


SET WANITA ANGGUN 
(Nu Cell RM99.00, Bidadari RM105.00, Qshe RM 76.00 dan Nu Clonz RM 85.00)


KURMA – superfood dalam Al-Quran

Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.


Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25)
Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.

Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa’ad r.a. yang bermaksud:
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.” (Sahih Muslim:no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien Kurma

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.
Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah.”

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3 Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.
Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam
badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ‘al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5 Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.
Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat
diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan
tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah).

Tuesday, April 21, 2015

Jadilah Pengguna Yang Bijak

As salamualaikum dan Salam kasih Sayang buat pelanggan yang saya hormati.


Sy selalu dapat call dari pelanggan bertanyakan tentang macamana nak tahu produk DCL tu original atau tidak. Alhamdulillah...sekarang ni pihak DCL dalam proses untuk mengelakkan bidadari diciplak oleh lanun-lanun yg tidak bertanggungjawab. Selalunya lanun-lanun ni ciplak CD je, rupanya produk kesihatan pun ada jugak. Lagi parah kalu pelanggan tertipu dengan produk tiruan ni..bukan apa ianya tersangat membahayakan kesihatan kita, sebab kita tidak tahu bahan apa yang diletakkan kat dalam produk yang ditiru. 

DiSebabkan perkara ini makin hari makin menjadi, pihak DCL sekarang ini dalam proses mengeluarkan produk yg ada bar kod keselamatan bagi membezakan yang origanal atau tidak. Seperti contoh dibawah ini ;



Note : Ada setengah produk telah ditagkan bar code di atas dan ada produk yg masih belum kerana ianya produk yg masih dalam simpanan stok lama. Tapi jangan risau, sebab kami adalah agent yg berdaftar dan setiap produk yg dijual diambik terus dari HQ DCL. Tiada isu tiruan. Harap maklum.


Terkini pihak sy telah dapat rungutan dari pelanggan tentang produk Bidadari di packing kan dalam botol ini (sila rujuk gambar dibawah). Untuk makluman semua, pihak syarikat DCL tidak mengeluarkan produk Bidadari dalam bentuk botol seperti dibawah. Sila teliti tahun dikeluarkan, tahun ini 2013. Sedangkan pihak syarikat sudah stop pengeluaran Bidadari jenis botol ini, Di harap pihak pelanggan bijak memilih produk yang betul-betul original daripada agent berdaftar sahaja bagi mengelakkan produk tiruan.

Saturday, April 4, 2015

Belajar Berfikir Secara POSITIF

 



Apa itu berfikiran secara positif? Berfikir positif dalam bahasa mudahnya adalah bersangka baik. Dalam Islam sendiri kita disarankan supaya bersangka baik terhadap apa yg berlaku. Lawan kepada berfikir positif adalah berfikiran negatif. Apabila berfikir secara positif ia memberi kesan positif secara langsung kepada kita sendiri. Cuba anda bayangkan kalau kita asyik berfikiran negatif. Contoh ..susah lah…mana boleh..

Dari makna perkataan yang kita sebut itu menunjukkan kita tidak boleh nak buat sesuatu tindakan. Bila  kita cakap susah lah, kita semacam dah setkan dalam minda kita perkara tersebut susah. Belum kita cuba dah cakap susah.Entah2 senang jer.Tapi siang2 lagi dah cakap susah.Jadi sampai ke akhir bende tu pun jadi lah susah.Result dia pun jadi tak seberapa.

Terlalu berfikiran negatif boleh juga jadi kita tension dan silap2 boleh menyebabkan kita stress.Tu sebab bila kita turun musibah kepada diri kita, kita disarankan supaya menanggapnya sebagai ujian supaya kita ingat kepada-Nya dan baiki kekurangan yg ada.Cuba bayangkan apabila satu kesusahan menimpa kita, kemudian kita maki-hamun tak tentu arah atau habis org yg berdekatan dengan kita kena marah.Bukan ke lagi buat kita tension dan lagi stress.

Jadi cuba la kita belajar berfikiran positif. Bisikanlah perkataan positif pada diri anda.Supaya ia trigger otak kita untuk sentiasa berfikir positif.

Satu lagi cara bagaimana membentuk fikiran positif ialah berkawan dengan orang-orang yg positif. Apabila kita sentiasa di kelilingi oleh aura positif, maka kita sendiri akan tertarik kpd aura tersebut. Bila kita sendiri positif, makanya sudah tentu kita pula yg akan menarik aura positif yg lain...result?? tentulah perkara2 positif sahaja yg akan dtg kepada kita seperti jualan makin meningkat, pelanggan bertambah ramai, business partner makin bertambah dan kita juga akan semakin MAJU DAN BERJAYA!!! 

#sumberKDacantek

POSITIFKAH ANDA HARI INI??? 


Doa Untuk Mendapatkan Anak - Perkongsian Dr Blog Ustaz Amin

Assalamualaikum wbt sahabat pembaca blog KDa.. semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dr Yang Maha Esa hendaknya... 


Hari ini Kda nak kongsikan satu artikel dr  Blog Ustaz Amin mengenai doa yg boleh diamalkan utk mendapat cahaya mata... so.. u all pun blh la amalkn dan sebarkan kpd kawan2 yg sedang berusaha utk mendapatkan cahaya mata... sama2 kita sebarkan kebaikan ye.. semoga kita dikurniakan anak yg ramai yg soleh dan solehah yg dpt membina dan membela Agama Islam selamanya... amin...

DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK - AMALAN DARI ULAMA MEKAH

Pertemuan saya dengan Habib Muhammad Jamalullail pada 21 Julai 2012 penuh dengan erti.
Habib Muhammad Jamallullail memberikan amalan untuk mendapat cahayamata bagi sesiapa yang susah atau belum mendapat cahaya mata.

Amalan ini boleh dibuat dengan dua keadaan:-
1. Jika kita ditempat kita
2. Jika kita datang menunaikan Umrah

Keadaan satu (Jika Kita Berada di Tempat Kita)

1. Jika kita ditempat kita, bacakan setiap kali waktu solat 7 kali dua doa di bawah diiringi dengan istigfar seperti di bawah 100 kali

رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ
maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ
Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir

Baca istigfar banyak2

أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.

Keadaan dua (Jika Kita Menunaikan Umrah)

Jika menunaikan umrah, setiap kali tawaf baca kedua-dua doa di atas, semasa di Mekah, baca Istighfar di atas banyak-banyak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam

#sumberKDACantek
 

THINK POSITIVE !!!!

 


APA YANG SAYA RASA
APA YANG SAYA FIKIR
APA YANG SAYA CAKAP
APA YANG SAYA BUAT

ITU SEMUA ADALAH DOA...

ANDA FAHAM MAKSUD KATA-KATA INI??

SAYA ADALAH APA YANG SAYA RASA
SAYA ADALAH APA YANG SAYA FIKIR
SAYA ADALAH APA YANG SAYA CAKAP
SAYA ADALAH APA YANG SAYA BUAT

SEMUA TINDAKAN SAYA ADALAH DOA SAYA...

SUDAH FAHAM SEKARANG???
SO, UBAH FIKIRAN ANDA SEKARANG...THINK POSITIVE!!!

SEMOGA ANDA KAYA DAN BERJAYA!!

Apakah tanda-tanda Ovarian Cyst?

 





Kebanyakkan cyst ovari tidak menunjukkan tanda. Namun dapatkan pemeriksaan lanjut jika anda mengalami perkara-perkara berikut.

~Tekanan, bengkak, atau sakit di bahagian abdomen
~Sakit pelvis
~Sakit di belakang paha dan bawah
~Masalah membuang air kencing sepenuhnya
~Sakit semasa hubungan seks
~Penambahan berat badan
~Sakit semasa tempoh anda
~Pendarahan luar biasa
~Loya atau muntah
~Payu dara tidak anjal

Cyst boleh dikecutkan dan dielakkan dengan BIDADARI. Minuman kesihatan yg terbaik khas untuk wanita masa kini.

#sumbermincantek