Monday, July 15, 2013

SET KECANTIKAN LUARAN


Set Penjagaan Luaran!!! Dalaman dah Boom Luaran pun mesti nak Boom..

Nak cantik Nak Make Up tp nk Budget Mampu Milik..

PM KFsekarang. Sebab tengah Offer Raya sehingga 20% untuk Sabun dan Lisptik..


Lain orang lain warnanya..Tapi Bila KF memilih utk Oleskan Beautiful Magic Lipstik ke Bibir. Tadaaaa Pink Colour!!!

Nak lagi cantik tambah Lips Gloss selepas Sapuan Beautiful Magic tadi..Jangan Lupa singgahkan 1 Ciuman ke Pipi yang tersayang selepas Memakai Beautiful Magic..Pasti Suami Suka

Tapi AWAS!!! Jangan sampai Melekat ke Baju Suami. Di pipi boleh di lap dengan Tisu...Baju????







Sunday, July 7, 2013

Darah Tinggi

Pernahkah Doktor Anda Ceritakan Ini Kepada Anda?


 

"Jangan Salahkan Kolesterol Lagi!"

"Tekanan Darah Tinggi BUKAN Disebabkan oleh Kolesterol yang Lebih! Punca Sebenarnya AdalahPengoksidaan Kolesterol pada dinding Arteri Darah..."

Selama ini kita kerap dengar pesakit Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) kata bahawa doktor nasihat mereka supaya kurangkan makanan berlemak atau berkolesterol tinggi. Tetapi para doktor tidak pernah bagitahu bagaimana kolesterol itu menyebabkan tekanan darah tinggi dan bagaimana untuk "reverse" atau kembalikan keadaan kesihatan badan.

Anda akan dapat tahu keadaan sebenarnya di sini...

Berikut adalah hakikat yang sungguh menyedihkan, ramai pesakit hipertensi sudah menjadi "Beg Ubat" yang perlu telan berpuluh biji pil-pil ubat kimia yang dikatakan boleh mengawal tekanan darah tinggi. Mereka "dipaksa" untuk mengambil ubat-ubat itu buat selama-lamanya kerana sejurus selepas mereka berhenti ambil ubat itu, tekanan darah akan melampung naik lagi.
Apa yang lebih menyedihkan adalah bilangan atau 'dosage' ubat mengawal tekanan darah tinggi yang perlu diambil itu cuma akan semakin bertambah dari tahun ke setahun. Apa logiknya? Bukankah ubat-ubat tersebut sepatutnya mengembalikan kesihatan kita? Kenapa makin makan, makin teruk keadaannya?
Kisah Hidup Pesakit Tekanan Darah Tinggi Di Klinik ABC...

Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"Dok, kenapa bacaan tekanan darah saya masih tinggi walaupun saya jaga permakanan saya dan sudah habis makan ubat-ubat yang Dok bagi tu?"
Dok:
"Ohhh... Anda perlu faham bahawa Tekanan Darah Tinggi ini tidak boleh disembuhkan dan ia merupakan suatu penyakit yang anda terpaksa hidup bersama buat selama-lamanya. Ubat-ubat yang saya bagi tu cuma untuk mengawal keadaan anda sahaja."
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"Maksud Dok adalah saya terpaksa jumpa Dok setiap bulan untuk mendapatkan ubat-ubat pengawal tu?"
Dok:
"Yah betul. Anda mesti datang ke sini untuk uji bacaan tekanan darah anda dan ambil ubat anda"
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"Apa!? Maksudnya setiap bulan saya terpaksa datang untuk dapatkan ubat atau suntikan yang mahal tu sungguhpun ia terbukti tidak boleh menyembuhkan masalah tekanan darah tinggi saya?"
Dok:
"Mmm... Nampaknya ia merupakan satu-satunya pilihan yang ada pada kamu."
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"... ... ..."

Akar Umbi Tekanan Darah Tinggi...

Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.
Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, tekanan darah tinggi TIDAK menjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bagi itu?
Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit tekanan darah tinggi:
Diuretic - Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.
Vasodilator - Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.
Alpha Blocker - Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.
ACEs Inhibitor - Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.
Untuk tujuan pengawalan semasa tekanan darah anda menjadi tinggi, anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan darah, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu. Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:
Memori Lemah - Anda perasan tak? Sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.
Letih dan lesu - Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada "Ohhm...!" untuk melaksanakan kegiatan harian. Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.
Emotional - Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.
Jadi, lain kali sebelum anda terima sebarang ubat atau suntikan daripada doktor, anda patut tanya pada beliau, apakah kesan sampingan ubat tersebut jika diambil berterusan buat jangka masa yang panjang? Adakah bahan-bahan kimia di dalam pil-pil ubat itu akan menyebabkan kegagalan buah pinggang jika kerap digunakan? Kenapa 'dosage' ubat tersebut menjadi semakin tinggi dan kenapa tekanan darah TIDAK nampaknya berkurangan pun? Sila minta beliau bagi jawapan yang jujur dan ikhlas, ia merupakan hak asasi anda untuk ketahui kebenarannya.

 


Peringkat - peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi...



Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.


Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda. 


Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.


Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.


Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...




Tuesday, July 2, 2013

MAGNET REZEKI






“Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.”  - Hadis Riwayat Tirmizi.


Doa murah rezeki yang Nabi ajar pada sahabatnya Bader bin Abdullah al-Makhzumi.. Hadis ini Riwayat Abu Nu’aim.. Doanya berbunyi :

Bismillahi ‘ala nafsi. Bismillahi ‘ala ahli wa mali. Allahumma roddini bima qadhaiyt, wa ‘afini fima abqaiyt, hatta la uhibba ta’jila ma akhkharta wala tak khira ma ‘ajjalta…

Maksudnya : Bismillah untuk diriku. Bismillah untuk keluarga dan hartaku. Redhakanlah aku ya Allah terhadap apa yang Engkau takdirkan atas diriku dan selamatkan aku selagi mana menempuh baki hidupku, sehingga aku merasa tenang dan puas hati, tidaklah ingin disegerakan apa yang Kau tunda dan tidak pula ingin ditundakan apa yang Engkau segerakan.


Kita memang tidak boleh ubah dunia 
TAPI 
kita boleh ubah diri sendiri"

 UBAH MINDA

"
MAGNET REZEKI"