Thursday, May 22, 2014

[ INPIRASIKU ] Kerana ‘Bodoh Sombong’ ….

Saya Rugi RM600,000 Tapi Dengan Ilmu Saya Dapat Membayar Zakat RM150,000 Setahun – HLB2014

Ridzuan Bin AhmadPengurus Stesen Minyak Shell
Saya Ridzuan Bin Ahmad dan kepakaran saya adalah mengusahakan stesen minyak Shell di Melaka. Stesen minyak saya adalah antara yang terbaik dan tertinggi jualannya di Malaysia.
Hari ini, dari hasil usaha dan peningkatan pendapatan, saya telah memperolehi beberapa buah rumah.
Sebelum ini, ilmu yang saya ada hanya pendidikan yang kerajaan sediakan untuk membantu kami mencari pekerjaan. Kami tidak belajar sistem untuk menjana kekayaan sehinggakan saya pernah rugi RM600, 000 sebab saya bodoh sombong.
Walaupun dengan kerugian dan berpegang pada bodoh sombong saya, akhirnya saya terfikir menghadiri program Dr Azizan. Di program itu, Dr Azizan berkata, sesiapa yang tiada guru atau mentor adalah bodoh.
Pada ketika itu, pendapatan bulanan saya hanya RM15, 000. Tetapi selepas menghadiri program Dr Azizan, pendapatan saya meningkat sehingga RM40, 000 sebulan. Dan yang paling menggembirakan ialah kini saya dapat membayar Zakat sebanyak RM150, 000 setahun.
Sebelum ini, saya tidak dapat membantu dengan wang Zakat sebanyak ini. Oleh itu, saya rasa sangat bersyukur untuk keberkatan ini. Saya rasa saya perlu berkongsi semuanya kerana saya mahu orang Melayu menguasai ekonomi diri dan bangsa.
Dengan kejayaan yang saya capai hari ini, saya dapat membantu semua orang terdekat saya. Hanya diri kita sahaja yang dapat mengubah keluarga dan ekonomi Islam di Malaysia ini. Tiada siapa akan bantu kita kecuali diri kita. Buatlah sesuatu tindakan, sertailah program-program, cerita pada semua, ‘Orang Melayu Perlu Kuatkan Ekonomi.
“Tidak penatkah hidup biasa-biasa?” “Berapa lama lagi mahu hidup di tahap sama dengan masalah kewangan yang sama? Berapa lama lagi mahu hidup biasa-biasa? Itulah soalan yang patut ditanya kepada diri sendiri.
“Jika anda penat hidup dengan kewangan dan kejayaan yang ‘biasa-biasa’, dan ingin tahu bagaimana memulakan perubahan hidup menjadi ‘luar biasa’, sertai ‘Seminar Hidup Luar Biasa 2014’ untuk dengar, belajar daripada pengalaman dan perjalanan hidup Dr Azizan Osman serta Afdlin Shauki yang akan memberi inspirasi kepada anda dan keluarga.”

“Seminar Hidup Luar Biasa 2014” bakal mencatat perkongsian bersejarah Dr Azizan dan Afdlin yang akan meneroka pengalaman jatuh bangun mereka, daripada kehidupan, perniagaan hinggalah kekayaan dan kejayaan.