JUTAWAN SENYAP

Faham Dan Hayati Falsafah Perniagaan Yang Betul
#kreditto Dr.Rusly
#menjejaki jutawansenyap




Suka ilmu suka bertanya
Mudah difahami mudah diterima
Lain orang lain caranya
Namun usaha tetap utama

“Biasalah ini macam, apa mau heran ini kampung (Kampung Baru China) pun ada 31 orang anak, semua belajar  ‘oversea’ Australia ada, New Zealand ada USA pun ada. Semua haa…satu sen gomen punya wang pun talak angkat…!”

Sering sekali, rakan atau saudara mara kita sendiri cenderung memberi pelbagai alas an kenapa mereka tidak berminat menceburi perniagaan. Apabila berbicara tentang perniagaan, pandangan mereka cepat gelap dan pemikiran mereka menjadi buntu.

Memilih jenis perniagaan yang hendak diceburi pun sudah cukup untuk memeningkan kepada mereka. Soalan yang selalu bermain dikepala mereka ialah,

‘Nak bisnes apa?’, ‘Nak jual di mana?’, ‘Laku ke?’ dan ‘Modal nak cari mana?’ Tak ada modal mana nak bisnes?’

Ini semua berpunca daripada hakikat bahawa perniagaan belum menjadi budaya bangsa kita!

Sepatutnya kita menceburi perniagaan bukanlah untuk buat atau himpunan duit banyak-banyak. Sebenarnya ukuran kejayaan bukanlah dengan duit. Bolehkah ditakrifkan Berjaya seseorang itu apabila tiba-tiba dia mendapat wang pampas an setengah juta ringgit apabila tanah pusakan orang tuanya diambil kerajaan untuk laluan lebuh raya? Orang yang menjadi kaya secara itu, saya kelaskannya sebagai ‘tuah badan’ atau ‘habuan terpijak’ atau ‘durian runtuh’ sahaja.

Oleh kerana matlamat hakiki untuk berniaga bukan untuk cari duit atau buat duit…maka untuk memulakan perniagaan juga tidak disyartkan perlukan duit. Perniagaan bukan milik orang yang berduit, tetapi untuk orang yang berusaha.

‘Terdapat sebuah filem yan gberdasarkan sebuah kisar benar bertajuk “Money for Nothing”. Filem itu mengisahkan seorang penganggur bersama Joe Coyle di Philadelphia yang menemui wang sebanyak US$1.2 juta milik bank yang tercicir daripadas sebuat trak kurier.

Mengikut undang-undang Philadelphia sesiapa yang menemui wang melebihi US$200 dan tidak memulangkannya kepada pihak berkuasa boleh dianggap melakukan jenayah, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun….

Joe Coyle yang menemui wang tersebut tidak mahu memulangkannya sebaliknya mahu menikmatinya, walaupun telah dinasihati oleh rakannya. Sebagai seorang penganggur, dia tidak pernah melihat wang sebanyak itu. Dia menjadi histeria , panik dan terkejut. Tetapi apa yang dia tahu ialah dia mahu memiliki wang itu. Dia benar-benar mahu memilikinya.

Saya tidak bermaksud untuk mengulas filem tersebut… tetapi apa yang ingin saya paparkan semula ialah mesej dan kesimpulan daripad cerita itu.

Setelah melalui babak-babak cemas, panik histeris dalam hidupnya, Joe Coyle akhirnya tertangkap bersama teman wanitanya Monica di lapangan terbang ketika  hendak melarikan diti ke luar Negara dengan identity baru Joseph Francis Santos.

Iktibar filem tersebut ialah wang menjadi tidak berwrti dan tidak berguna kepada sesiapa yang tidak layak untuk memilikinya, tidak tahu menguruskannya.  Apalah ertinya wang RM500 kepada seorang kanak-kanak berumur lima tahun. Kanak-kanak itu memerlukan seorang dewasa untuk memanfaatkan wang tersebut.

Menceburi bisnes sepatutnya tidak bermatlamatkan kewangan semata-mata. Matlamat perniagaan ialah untuk memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk menjadi usahawan.

Kemudian bolehkah kita hidup sebagai bos sendiri. Hidup dengan hak dan kuasa untuk memutuskan sendiri segala-gala yang bersabit dengan kehidupan kita sendiri.


Hampir kesemua jutawan senyap yang saya wawancara mengatakan bahawa sewaktu mula-mula menceburi  perniagaan, mereka tidak terfikir akan menjadi seorang jutawan.

___________________________________________________________ Ikuti kisah jutawan senyap berikut muga mendapat manfaat dari perjalanan kehidupan mereka.




No comments:

Post a Comment