Kisah Ah Hong – Jutawan Senyap dari
Belakang Rumah
Dalam
tahun 1983, sewaktu masih bertugas
di Rawang, Selangor saya menyelidiki kisah seorang Apek (lelaki Cina) berusia
60an yang bernama Ah Hong. Beliau adalah pelanggan di bank yang saya bekerja
sebagai pegawai operasi.
Satu
hari beliau datang ke bank untuk memohon pinjaman membeli sebuah rumah kedai
dua tingkat. Setelah dikira, bayaran bulanannya ialah RM1,800. Ini bermakna
beliau mesti mempunyai pendapatan bulatan kurang daripada RM6,000. Bila ditanya
mana slip gaji (salary slip) beliau berkata:
“Gua talak makan gaji mana ada sulat
gaji.”
Bila
ditanya ada borang J…beliau jawab; “Wow!...Itu income tax punya gua langsung
talak la!...”
Bermakna
tiada bukti pendapatan yang dapat ditunjukkan. (Permohonan beliau menggunakan
nama anak perempuannya kerana beliau sendiri telah berusia 60 tahun).
Tetapi,
anehnya pihak pengurusan bank meluluskan permohonannya. Sebenaranya rumah kedai
ini adalah yan gkedua baginya. Rumah kedai yang pertama dibelinya juga melalui
pinjaman bank ini. Rekod bayarannya sangat baik – sudah hampir selesai.
Deposit
Ah Hong di bank ini sama ada dalam akaun simpanan atau simpanan tetap (fixed
deposit) adalah besar dan beliau
menyimpan dengan penuh konsisten.
Setiap
pagi Ah Hong akan memasukkan wang sebanyan RM200 atau RM300. Kadang-kadang dia
memasukkan RM50 dan adakalanya RM100, tetapi yang pasti Ah Hong akan muncul di
bank setiap hari untuk memasukkan wang, sehingga beliau sangat dikenali di
kalangan kakitangan bank. Daripada pengawal keselamatan hinggalah pengurus
cawangan, kesemuanya kenal Ah Hong.
Tetapi
apakah caranya Ah Hong mencari duit? Apakah bisnes yang dibuatnya? Ah Hong buta
huruf dan tinggal di Kampung Baru China. Dia bukan kontraktor, dia tidak ada
lombong bijih dan dia juga tidak punya lading. Beliau hanyalah seorang
pengusaha Yong Tau Fu di belakang rumahnya.
Jika
dalam tahun itu (1983), anda berpeluang ke rumahnya (di sebuah Kampung Baru
China) anda akan melihat pengusahaannya itu berjalan di satu ruang sempit di
belakang rumah. Belliau tidak mendapat bengkel PLB (Projek Luar Bandar) beliau
tidak mendapat mesin sumbangan Kemas (Kemajuan Masyarakat), jauh sekali pinjaman
modal. Cara beliau membuat produknya adalah seperti berikut:
Pertama
ikan tenggeri dibelah duan dan isinya dikorek keluar menggunakan sudu
tinggalkan tulan dan kulitnya. Isi ikan tersebut kemudian dilumatkan dengan dua
bilah parang di atas ‘chopping board’ kayu yang kelihatan permukaannya sudak
lekuk.
Kemudian
dibubuh sedikit polifosfat dan tepung jagung lalu dilumatkan lagi.
Akhirnya
jadilah segumpal pes ikan sebesar bola takraw. Pes ikan tersebut kemudiannya
disumbatkan ke dalam terung, peria, bendi, cili lotus root, tauhu dan
bermacam-macam lagi.
Dalam
tempoh yang tidak lama terhasillah sedulang penuh produk Yong Tau Fu dengan
pelbagai varieti.
Ke
manakah Ah Hong memasarkan produknya? Hanya di dua tempat sahaja. Satu
daripadanya ialah warung yong Tau Fu di hadapan rumahnya. Warung ini dijaga
oleh isteri dan anak perempuannya. Sementara sebuah lagi warung dijaga oleh Ah
Hong sendiri dan dibantu oleh seorang perempuan India. Warung yang dijaga Ah
Hong agak jauh sedikit dari rumah. Ia berhampiran dengan stesen minyak petrol
di tepi jalan raya.
Bergantung
kepada dua buah warung itulah. 100% daripada keluarannya dipasarkan. Berapakah
punggutan Ah Hong setiap malam? Antara RM250 hingga Rm400. Pagi esoknya Ah Hong
akan ke bank untuk memasukkan wang ke dalam akaun simpanannya antara RM100
hingga RM250.
Jika
kita menilai pencapaian Ah Hong mengikut ‘standard’ sosio ekonomi orang Melayu
– Ah Hong tentunya tergolong sebagai ‘Orang Senang’ atau ‘Orang Berada’ atau ‘Orang Kaya’.
Dengan
dua buah rumah kedai, sebuah rumah teres ( tidak termasuk rumah yang didiami),
dua anak belajar di luar Negara dengan perbelanjaan sendiri. Sebuah kereta
Honda Accord - Ah Hong telah
memiliki ‘status symbol’ yang melayakkan dirinya digelah sebagai ‘Orang Kaya’.
Kalaulah
Ah Hong itu seorang Islam tentulnya dia telah menunaikan fardhu haji. Dengan
ukuran sedemikian, jika Ah Hong itu seorang Melayu – dia akan menjadi seorag
yang amat disegani, disanjungi dan dihormati oleh masyarakat kampung di mana
dia tinggal.
Apabila
saya menanyakan Ah Hong hal duit dan hartanya yan gbanyak sehingga boleh
membiayai sendiri anak-anaknya yan gbelajar di luar Negara, dia tersenyun
sambil menjawab.
“Biasalah
ini mascam, apa mau heran, ini kampung (Kampung Baru China) pun ada 31 orang
anak, semua belajar ‘oversea’. Australia
ada, New Zewland ada, USA pun ada. Semua haa…satu sen gomen punya wang pun
talak angkat…!”
Saya
Tanya lagi, “Itu semua 31 orang
dia punya emak bapak apa bikin?”
Jawab
Ah Hong, “Lebih kurang serupa saya la…itu depan punya lumah haa! Bikin pau, itu
lumah bikin tauchu, itu lumah bikin mee hoon, itu lumah bikin kue teow, itu
lumah…aiya! Macam-macam ada ‘ala’!”
Saya
bertanya lagi kepada Ah Hong, “Apa pasal orang Cina banyak ‘confidence’ bikin
itu macam punya bisnes?”
Jawab
Ah Hong,”Barang makan senang bikin senang jual…gua tak tau bikin radio, gua tak
tau bikin kereta…gua tau ikan. Yong Tau Fu saja…ha..ha..ha..”
Sambungnya
lagi sambil ketawa…”Aiya kita orang Cina, titun (tidur) pun bikin wang woo!”
Saya
Tanya, “Lu olang talak titun ka?’
“Titun…mana
boleh talak titun – tapi kita olang Cina titun…boleh bikin wang.” Jawab Ah Hong
spontan.
“Apa
macam lu bikin?” desak saya
“Lu
ala tengok itu busat punya sotong…(sotong kembang)” sambil menunjukkan kearah
sotong yang tergantung di warungnya.
“Semalam
belum titun punya jam…gua angkat sepuluh keping sotong kering. Gua kasi masuk
dalam tong (tempayan), belakang (kemudian) guan taruk air abu. Sekalang pagi,
Lu tengok itu sotong manyak busat wow!” Dia menerangkan agak terperinci.
Maksudnya,
sebelum tidur dia merendam sotong kering, bangun tidur sotong itu telah
kembang. Sebenarnya nilai tambah yang berlaku melebihi 100% - contohnya jika
sebelum sotong itu bernilai RM2.00, bila sudah kembang, nilainya melebihi
Rm4.50. Bermakna dalam tidurnya, AhHing menerima dividen melebihi 100%.
Bukan
sotong kembang sahaja yang mengembangkan wang Ah Hong bahkan sepanjang tidurnya
Ah Hong ada merendam Jelly Grass, Chinese Cane, Arrow Root, Dried Cole dan
Herbal Tea. Bila bangun tidur, bahan-bahan tersebut sudah tersedia untuk
diproses menjadi Cincau, Hainanese Stock dan Herbal Tea.
Pokok
perbincangan kita ialah apakan syarat-syarat untuk Berjaya. Bagi seseorang
untuk mencapai kejayaan dan kekuatan ekonomi perniagaanlah satu-satunya cara
untuk mencapainya.
Islam
sendiri menyatakan begitu. Semua orang Islam tahu. Agama Islam memberitahu
umatnya bahawa 9/10 daripada sumber rezeki datang daripada perniagaan. Islam
menggalakkan umatnya menceburi perniagaan, islam mahu umatnya kaya, umatnya
maju dan gemilang asalkan kekayaan itu tidak melalaikannya – sungguhpun kaya
namun masih tetap tawadhuk, bertakwa dan menunaikan hak-hak orang lain.
Kenapa
Orang Melayu Tak Macam Ah Hong
Di
Malaysia sekarang, orang-orang Islalah yang paling kurang menceburi perniagaan
berbanding kaum lain. Jangankan sector perniagaan besar seperti perindustrian,
pembinaan dan kejuruteraan, dalam industri kecil-kecilan yang dibuat di
belakang rumah (back ard industry) pun Islam tertinggal.
Masih
terlalu kurang orang Islam (terutama Melayu) di Malaysia yang menjalankan
perniagaan atau perusahaan seperti Ah Hong. Kalau ada pun, mereka tidak
menjalankannya dengan penuh semangat dan kebanggaan, sebaliknya merasa rendah
diri mencela-cela diri (self pity).
Kebanyakan
kita dari kalangan orang Melayu sengan untuk menceburi perniagaan kerana takut
dikata orang baila gagal. Ramai yang masih ragu-ragu lagi, ‘nak jual apa’ atau
‘boleh laku ke’ atau ‘mana nak cari modal’, ‘ orang macam kita bukan senang nak
dapat pinjaman’, ‘nak cagar apa…ada gigi dengan lidah sahaja!...’
Itulah
mentality sebahagian besar daripada kita. Ironinya, kita senditi yang
meletakkan syarat-syarat yang sangat ketat untuk berniaga. Kita sendiri yang
menghalang-halang diri untuk menceburi perniagaan. Kita sendiri yang mengancam-ancam
diri atau menakut-nakutkan diri supaya jangan berniaga. Kita merasa cukup
terpukul melihat contoh-contoh kegagalan di kalanan kawan-kawan dan saudara
mara yang telah kecundang dalam perniagaan.
Walaupun
untuk Berjaya kita harus menempuh pelbagai dugaan dan rintangan, namun itu
tidak bermakna jalan kearah kejayaan terlalu sukar dan terlalu dipenuhi onak
dan ranjau ujian yang sangat getir.
Beritahulah
diri kita sendiri, kita tidak mempunyai pilihan lain untuk berjaya di dunia
mahupun di akhirat selain menceburi perniagaan.
Kalau
kita kata nabi dan rasul adalah insan mulia, kita mesti ingat tiada seorang
nabi atau rasul yang ‘makan gaji’ dengan orang lain untuk menyara kehidupannya.
Mereka hidup berniaga, bertani atau bertukang menggunakan kemahiran dan
keahlian yang khusus. Oleh kerana nabi dan rasul ramai berniaga, ini bermakna
berniaga adalah kerja orang-orang yang mulia.
Sekali
lagi saya ingin mengingatkan capailah kejayaan, capailah melalui perniagaan dan
syarat-syarat untuk Berjaya tidak terlalu ketat! Selarikan keikhlasan dan
keyakinan bahawa perniagaan adalah pekerjaan yang mulia.
Wajibkanlah
diri kita untuk berniaga.
Terima kasih tulis di blog. Kerana buku ini telah tiada di pasaran lagi.
ReplyDelete