Friday, April 22, 2016

PERSIMPANGAN JALAN




Tiada siapa yang tidak mahu banyak wang, terkenal dan hidup dengan penuh kebahagian. Namun sayang, situasi yang sebaliknya sering menhimpit menjadikan kebahagian hilang dibawa arus yang deras, menyebabkan kesengsaraan menerkam jiwa.

Kegelisahan yang terlalu lama menjadikan rasa putus asa dan semangat juang yang luntur bersarang di dada. Secara kasar mereka nampaknya tenang dan bahagia. Tapi sebenarnya gelora penderitaan empunya diri yang dapat meresakannya.

Orang yang Berjaya selalu gelisah berjuang supaya dapat bangun semula dalam masa sukar. Akhirnya tekanan berubah menjadi peluang dan keluar dari kemelut sebagai pemenang. Kita kena belajar dari setiap kegagalan.

Kini kita mempunyai dua pilihan:

Membiarkan harapan kita dengan cara memutuskan untuk tidak akan mencuba dan berusaha lagi atau menghindari dari cabaran dan dugaan yang merunsingkan kita…

Menyesuaikan diri kita dengan kenyataan kegagalan dan kerumitan yang dihadapi, sehingga cabaran itu menjadi rakan dan pencetus idea yang tidak lagi membelenggu diri tapi memperkuatkan harga diri kita.

Dalam persimpangan jalan ini kita perlu buat keputusan yang bijak. Daripada menghindari kegagalan lebih baik kita menghargai hikmah disebaliknya. Anggaplah kegagalan umpama suatu proses yang memdewasakan kita dan sebagai asas kejayaan.


“JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG RENDAH POTENSI ANDA, KERANA ANDA TELAH MEMILIKI MODAL YANG TAK TERNILAI HARGANYA.”

No comments:

Post a Comment