Sunday, May 17, 2015

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT


Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua


• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya


 Share & Like : Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil

Wednesday, May 13, 2015

Bila Bizness Hanya Dihujung Jari!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi 


Tuan-tuan yang dirahmati Allah dan cikpuan-cikpuan yang disayangi Nabi.  Akak doakan agar para Malaikat mengaminkan doa ini...amin.
Hari ni Akak just nak share ngan rakan-rakan blogger yg selalu visit...betul-betul menghargainya...thanks.

Nak tahu tak? sejak Akak join bizness online ni kan....bangun pagi-pagi dapat sms pastu email tak cukup dengan itu dapat phone call....bertalu-talu orang nak beli produk DCL dan juga nak join bizness ni....mudah bukan??

 

 
Dulu phone call atau FB atau blog senyap sunyi je....tak delah ramai reader macam hari ni. But now dengan buat bizness ni mmg rancak...Alhamdulillah, dapat banyak kenalan lak tu...Lagi bizness online yg Akak buat ni tidak menanggung risiko yg besar kerana produk memang terhot dipasaran dan mampu milik oleh semua orang... 


Why internet????? sepanjang hari ada diantara kita habiskan masa sepanjang hari di depan komputer atau laptop je...kalu tak Facebook mesti ada blog atau blogshopping!!! betul tak? apakata dengan ini kita jana income..., Akak akan guide u all membuat bizness melalui online dengan hanya melalui FB dan blog aje....Bagi saya sangat-sangat lah rugi jika kita duduk depan komputer but kita tidak dapat generate income!!! memang rugiiiiii

Bukan sahaja NUFFNANG, tapi kita boleh generate money from internet je...

Remember WORK SMART!!!!!!!

Jauh? tidak jadik masalah sebab semua orang menggunakan cara yang sama iaitu Blog dan Facebook..

tidak tahu caranya???...jangan risau Akak akan guide anda sampai anda berjaya...tidak tahu wak blog????Akak akan guide anda walaupun anda duduk jauh....apa yang penting kita ingin BERJAYA...

Kejayaan mesti ada cara dan inilah cara yang paling mudah dan pantas!!!!!!

Saturday, May 2, 2015

Tips Menjadi Jutawan ~ By Irfan Khairi

Salam JUTAWAN DERMAWAN guys!!! 


Hari ni Akak nk share sket pasal 1 artikel yg akak baca...best sangat so akak nak share dgn u all. 
Sebelum tu akak nak tanya, ramai2 kat sini, ada tak yg bercita-cita nak jadi JUTAWAN?? Angkat tangan!!!  Hehehe..rasanya kalau 10 orang yg baca, mesti 8 orang yg angkat tangan kan? Yela...ramai yg nak jadi JUTAWAN kan? Banyak duit, boleh buat apa yg kita suka. Yang mana punya niat utk menderma kpd anak yatim, rumah kebajikan atau apa sahaja juga boleh buat kan? Tak semestinya banyak duit blh buatkan kita lupa diri, kita banyak duit, kita derma banyak2..lagi banyak yg kita dapat. The more u give, The more u get. Percaya kpd janji Allah...pegang la yg itu, maka anda pasti tidak terpesong dr landasan. 



So, mari kita tengok apa syarat-syarat yg perlu ada utk kita jadi JUTAWAN DERMAWAN ni?

Apa yang anda perlu buat untuk menjadi jutawan?

Oleh: Irfan Khairi

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire?
Anda ingin menjadi jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!
..
1 Jutawan kerja > 70 seminggu.
Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja <40>
..
2 Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!
..
3 Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
..
4 Jutawan banyak membaca. Leaders are readers.
Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.
..
5 Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati.
Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.


..
6 Jutawan banyak memberi.
Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah untuk anda!
..
7 Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan.
Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah kalau paling besar bagaimana hendak menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin sukar untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
..
8 Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap!
..
Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya. Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke kelab jutawan!
..
Anda telah melalui langkah pertama dan bersedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire" edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara. Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain.
..
Kata-kata berbunyi "Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.