BONIA DAN KISAH SEORANG ANAK PENOREH GETAH
Lebih 60 tahun lalu,
seorang penoreh getah di Melaka memperoleh sembilan orang anak termasuk yang
sulung bernama Chiang Sang Sem. Disebabkan kemiskinan, Chiang berpindah ke
rumah bapa saudaranya di Penang ketika usia baru mencecah 15 tahun untuk
berkerja kilang beg tangan bapa saudaranya itu. Di situ dia belajar melukis
beg, menggunting, menjahit hingga siap sebuah beg tangan dengan upah RM15
sebulan. Kemudian dia merantau ke Singapura pada taun 1971 dan bekerja membuat
beg di sebuah kilang yang lebih besar dengan gaji $60 sebulan. Pada taun 1974,
dengan berbekalkan simpanan sebanyak $1,200 dan meminjam lagi $3,800 daripada
saudara maranya, Chiang membuka sebuah kilang kecil di Republik itu dengan
tujuh pekerja. TIga daripadanya adalah adik-adiknya sendiri. Chiang bayar
mereka sehari $1 dengan dia sendiri tak bergaji untuk beberapa bulan. Di kilang
itu, Chiang beli sebuah mesin jahit terpakai, bekerja 15 jam sehari dan tidur
di atas katil lipat di kilangnya. Dia sendiri hantar beg yang ditempah kepada
pelanggannya dengan menaiki sebuah motosikal, dia akhirnya dapat membeli sebuah
kereta Datsun, kemudian Mazda akhirnya sebuah Mercedes-Benz!
Pada tahun 1978, dia
bersama 80 pekerjanya berpindah ke Johor Bahru dan mula menghasilkan beg-beg tangan
untuk Syarikat-syarikat besar. Menyedari potensi untuk menghasilkan beg
jenamanya sendiri, Chiang berpindah pula ke KL dan sebelum menbuka butik
pertama mereka di Singapura dan seterusnya di kampung halamannya, Melaka.
“Pada tahun 1979,
saya melawat Bologna, Itali…dari situ terlintas dalam kepala saya…Bologna,
Bologna…ya, Bonia!,” katanya sewaktu diminta menceritakan bagaimana dia
mengambil keputusan untuk menggunakan nama BONIA sebagai nama produknya.
Namun bagi Chiang,
kerjayaan yang dinikmatinya adalah hasil daripada kesukaran dan kepayahan yang
dilaluinya selama ini. Ketika berlaku krisis kewangan pada tahun 1997, dia
terpaksa menutup kilangnya di Singapura dan menjual banyak hartanya semata-mata
untuk membayar hutang. Dia tidak boleh tidur berhari-hari mengenang nasib diri
dan perniagaan yang dibangunkannya selama ini. Sampai satu ketika, dia pernah
ke padang golf semata-mata untuk melupakan sekejap masalah yang ditanggungnya.
Tambah menyedihkan, salah seorang anaknya meninggal dunia kerana terlibat
kemalangan jalan raya.
Semasa wabak SARS
melanda pada tahun 1993 pula, jualan BONIA jatuh hampir 50 peratus! Semua ini
mengajar Chiang supaya lebih berhati-hati dengan pengaliran wang keluar masuk
dan betapa pentingnya untuk menyimpan wang tunai yang besar.
Setelah melalui
pengalaman yang cukup perit itu, Chiang nekad untuk bangun dan bekerja keras
semula. Hasilnya, Chiang kini dah pun menpunyai tiga buah kilang termasuk di
China dengan tenaga kerja kesemuanya mencecah 7,000 orang! Dia juga sudah
mewujudkan tiga belas lagi jenama produk selain daripada BONIA, antaranya
SEMBONIA dan CARLO RINO. Kini hasil jualan Bonia semakin menghampiri angka RM1
Billion setahun!
#Salute Mr. Chiang
No comments:
Post a Comment