Sunday, April 17, 2016

BURUNG HELANG




Seorang Raja menerima hadiah dua ekor anak burung helang. Lalu. Baginda berfikir, bagus helang tersebut dilatih untuk terbang tinggi. Tentu akan lebih indah lagi. Baginda memerintahkan pelatih burung yang terkemuka di negerinya untuk melatih dua helang itu.

Setelah beberapa bulan pelatih burung pun melaporkan:
Seekor helang telah terbang tinggi dan melayang di angkasa. Akan tetapi yang seekor lagi tidak berganjak dari pohonnya. Raja pun memerintahkan para pakar haiwan untuk memeriksa helang kesayangannya itu, namun tidak ada yang berhasil berbuat sesuatu.

Berbagai usaha telah dilakukan, tetapi helang tersebut tidak juga mahu bergerak dari dahannya. Kemudian baginda bertemu dengan petani yang sangat mengenali akan sifat helang. Raja pun meminta bantuan petani itu. Keesokkan harinya ketika Raja mengunjungi helang itu, baginda hairan melihat helang itu sudah terbang tinggi.

Dengan penuh minat Raja bertanya kepada petani, apa yang beliau lakukan. Petani menjawab: “Saya hanya memotong cabang dahan yang selama ini dihinggapinya… DAHAN itu yang membuatnya NYAMAN.”

Kita dilahirkan untuk Berjaya, kita ditakdirkan untuk terbang tinggi, namun, ada yang memegang erat iaitu Ketakutan, tidak ada yang mahu melepaskannya…takut gagal….takut kecewa…

Lepaskan segala ketakutan itu, lepaskan zon selesa tersebut, kenali diri anda dan tanamkan kekuatan dan rasa keyakinan diri anda. Maka anda akan ‘terbang tinggi’.

Tanpa kita sedari, Allah sesekali  ‘Memotong’ DAHAN SELESA kita, supaya iman kita bercambah dan naik ke tingkat yang lebih tinggi.


Mari saudara dan sahabat-sahabatku, segeralah berfikir positif dalam berbicara, mahupun dalam berfikir dan begitu juga beramal. Semoga Bermanfaat

No comments:

Post a Comment