Wednesday, September 3, 2014

Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh?

 





Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.


Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah:

1) Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

2) Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di pelbagai tisu badan.

3) Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4) Penyakit Jantung Dan Tekanan Darah TinggiToksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.



5) Alergi, Asma, Pundi Hempudu Dan Karang

Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual


Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dengan produk Audestee



Tuesday, September 2, 2014

Bagaimana hendak jadi KAYA?


Oleh: Irfan Khairi

Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom 'tak mahu  kaya'? Ok, apa maksud saya?
Maksud saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan sebagai "penghalang kekayaan" dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.

Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut, "Duit banyok pun tak boleh bawok kubo"  (sah orang Perak!) di alih lorat Perak menjadi "Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur".  Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan (dan saya juga- pengakuan!) sering mengejek 'anak orang-orang kaya'.  "Eleh, tengok anak orang kaya tu... macam bagus!"

Tak membantu juga, apabila  membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar melibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.

Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.

Keadaan ini akan membuatkan kita takut pada wang, tak mahu bercakap tentang wang, dan sehingga tidak mahu ambil tahu perihal pengurusan kewangan. Buktinya, tidak ramai yang membincangkan perihal kewangan dan matlamat kewangan bersama keluarga. Ada juga keluarga yang menganggap topik 'wang' sebagai seuatu yang pantang disebut!

Walaupun jauh disudut minda, perasaan ini akan menghalangkan kita mencapai matlamat kewangan kita. Apa yang terjadi adalah, kita sendiri telah mengsabotaj diri kita sebelum berusaha. Sebelum melakukan sesuatu untuk menambah baik kewangan, suara dalam diri sudah berbunyi "Eh... tak baik cakap pasal wang", "Eh... buat apa buat duit banyak-banyak, bukan boleh bawak kubur", "Eh... nanti buat duit banyak, apa pulak orang kata". Maka, langkah pertama pula tidak di ambil tanpa disedari.

Tetapi, ada juga yang berjaya dalam kewangan, mendapat pendapatan yang baik, tetapi entah kenapa, hujung bulan tidak kira berapa pendapatan yang dapat, baki di bank hanya cukup-cukup makan sahaja. Atau sampai satu tahap, ia tidak naik-naik. Anda pernah merasakan keadaan ini?

Ini juga adalah akibat kita sabotaj diri sendiri. Kita telah mengaitkan mempunyai lebih wang sebagai sesuatu yang negatif. Sesuatu yang tidak patut kita punyai. Dan sesuatu yang tidak boleh usahakan lebih. Dan semua ini berlaku tanpa kita sedari - kita tidak mahu kaya!

Kisah Kuda Dengan Semut


Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.


Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.


Ketika kuda itu sedang beristirehat, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.


Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.



Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda, “Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”



“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.



“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.


Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?”



Maka kuda pun menjawab, “Bos aku punya, yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon di sebelah sana tu.”



“Oh begitu....” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..



Sang kuda berkata, “Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira?” tanya sang kuda kepada sang semut tadi.



“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.”

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.


Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”



“Apa perbezaannya?” tanya kuda.



“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan, kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan semut.



Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.



Moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.” Mengapa orang-orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah.



Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.

Kena Kritik... Apa Nak Buat? Kena sindir... Apa Nak Buat??


Salam Kasih Sayang semua... kali ni nak share 1 artikel yg best.. hehe best bukan apa.. kita selalu sangat hadapi situasi mcmni.. nak pulak orang-orang yg baru mula nak berniaga macam kita kita ni kan.. dan selalunya bila jumpa situasi cmni kita akan bertindak balas semula. Tapi rupanya tindakan kita itu salah.. ha.. so korang.. jom kita baca artikel dr IK ini dan kita hayati bersama-sama.. sambil tu kita ubahlah mana yg kita perlu ubah kan...  peoples change!! And we should change to be a positive one!!

Artikel Pilihan: Kena kritik... apa nak buat? Kena sindir... apa nak buat?
Oleh: Irfan Khairi


Sebelum ini banyak tip-tip saya menyentuh faktor dalaman diri untuk berjaya- seperti takut kegagalan... tiada keyakinan diri... dan sebagainya.
Tetapi ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan. Iaitu, kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain terhadap usaha kita. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri.

 Stressnya bila kena kritik dan sindir!

Kritikan dan sindiran pada asasnya datang dari zon selesa juga.
Well, kritikan dan sindiran orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa. Tetapi, zon selesa bagi pihak mereka pula. Mereka seakan "tidak selesa" oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih dari mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada "zon selesa" mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.
Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!
Tip saya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir anda. Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda. Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang. Selepas memaafkan mereka, go ahead dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan!
Kan saya kata, untuk berjaya bukanya senang.
 *** Tip KDa :
Kadang-kadang memang perlu kita pekakkan telinga dr mendengar dan melayan kritikan dan sindiran mereka ini.. tetapi kadang-kadang kita kena ambil maklum juga.. sbb dlm byk2 kritikan dan sindiran itu ada juga yg bersifat membina. Dan adakala kita blh jadikan setiap kritikan dan sindiran itu sebagai penguat semangat @ cabaran utk kita lebih maju ke hadapan. Tinggalkanlah mereka yg masih berada di zon selesa mereka itu... tidak ada untungnya kita bersama mereka, dan tidak pula rugi kalau kita tinggalkan mereka. Haa... kita buat bizz betul2.. buat sampai jadik!! Lepas tu kita tengok la siapa yg akan cari siapa kannnn??? 
ADA AKU KESAHH?????? 
gambar hiasan