Sunday, April 3, 2016

Amalan Mudahnya menjemput Rasa Tenang



Alhamdulillah. Amalan ini saya peroleh dengan menghayati ayat Al-Quran di bawah:

"Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Talaq: 2- 3)

Kata kuncinya:
1. Bertakwa   : Dijanjikan jalan keluar dan rezeki yang tidak disengka-sangka.
2. Bertawakal: Dijanjikan kecukupan
3. Ketentuan : Hasil dari Allah, usaha dari kita.

Alangkah mudahnya hidup ini bila dapat menghayatinya dan yakin akan janji-janjiNya. Tiada lagi kebuntuan, keluh kesah, stress dan rasa tidak cukup; kerana caranya sudah didedahkan. dan saya suka untuk memudahkannya menjadi 2 formula, iaitu:

1. Buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah saja Allah beri apa yang kita suka.
2. Susahkan diri tinggalkan apa yang Allah benci, nescaya muda-mudah saja Allah kabulkan hajat di hati.

"Orang-orang yang beriman serta mereka pula bertakwa. Untuk mereka sahajalah kebahagian yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang) perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar" (Surah unus:63-64)

"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah menjadikan segala urusannya mudah kepadanya." (At-Thalaq:4)



#kreditMMR 


No comments:

Post a Comment