- setelah impian tercapai
Adib bukanlah seorang lelaki yang
berpelajaran tinggi, namun dirinya mempunyai semangat juang dan cita-cita yang
tinggi untuk menjadi seorang lelaki yang cemelang dan berjaya serta kaya raya. Atas
dasar itulah, dia selalu berkongsi rasa hati dengan kekasih hatinya.
Persahabatan yang dibina antara Adib
dan Rosnah sejak dari sekolah menengah rupanya telah menyatukan mereka. Melihat
kesungguhan Adib, Rosnah sentiasa berada di belakang. Memberikan kata-kata
semangat agar lelaki itu menggapai impiannya.
Dorongan demi dorongan yang diberikan rupanya
telah membibitkan perasaan cinta di antara keduanya. Akhirnya meraeka sepakat
untuk mendirikan rumah tangga. Adib lebih muda daripada Rosnah, selang tiga
tahun jara usia mereka.
Sebab itulah, Rosnah sentiasa matang
dalam setiap tindakan. Berbanding Adib sentiasa sahaja mahu menggunakan emosi
muda dalam menentukan apa juga perkara yang mahu dilakukan.
Selepas enam buan mendirikan rumah
tangga, Adib merasakan dirinya masih lagi kosong kerana tidak memiliki sesuatu
untuk dibanggakan. Dia menyatakan hasrat hatinya untuk menyambung pengajian. Tapi jika
Adib sambung belajar, Rosnah perlulah bekerja keras untuk membiayai perbelanjaan
pengajian Adib.
Setia Rosnah tidak berbelah bagi,
demi cita-cita suami, Rosnah bekerja siang dan malam membanting tulang untuk
membayarkan yuran dan perbelanjaan suaminya yang belajar di kampus.
Sungguh Adib berasa bersyukur kerana
mempunyai seorang isteri yang cukup menyayangi dirinya. Maka Adib pun
belajarlah dengan tekun di kampusnya. Begitu juga dengan Rosnah terus bekerja
tanpa henti demi suami.
Namun, Rosnah tidak pernah tahu sama
sekalu bahawa Adib sebenarnya mempunyai seorang kekasih gelap yang merupakan
salah seorang rakan sekuliahnya yang berasal dari utara.
Mereka telah berkenalan ketika kali
pertama Adib mahu mendaftarkan diri ke kampus itu. Waktu itu, Adib tidak
ditemani sesiapapun termasuklah Rosnah. Jadi dia bebas untuk berbuat apa sahaja.
Wanita itu menepati cita rasanya
yang lemah lembut, cantik paras rupa sehingga mengaburi mata Adib bahawa Rosnah
adalah isteri yang cukup setia sekali. Daripada persahabatan akhirnya mereka
telah menjalinkan hubungan cinta.
Cinta gelap pasti laluannya tidak
sesekali indah. Adib dan teman wanitanya itu telah pun sampai ke tahap berani
melakukan hubungan terlarang. Rosnah pula tidak pernah syak dengan kehilangan
suaminya yang lebi kerap dari biasa.
Baginya Adib mempunyai tugasan
penting di kampus untuk diselesaikan dan dia berjanji tidak akan menganggu
suaminya sampailah habis kuliah. Dalam pada itu, Adib juga telah dikurniakan
seorang anak perempuan yang comel berusia tiga tahun.
Akhirnya selepas tiga tahun belajar,
Adib bergelar seorang siswa dan diterima bekerja di sebuah firma guaman yang lumayan
pendapatannya. Rosnah pula masih lagi bekerja di tempat lamanya iaitu di sebuah
kilang tidak jauh dari rumah mereka.
Adib sentiasa melihat Rosnah tidak standing
dengan teman wanitanya yang juga bekerja satu firma dengannya. Tanpa sedar, kejayaan
dirinya itu telah mengubah perlakuan Adib menjadi seorang suami yang perengus.
Dia mudah marah dan ada sahaja yang tidak kena Rosnah di matanya.
Suatu hari, Rosnah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Teman-teman mendesakkan agar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Hasil daripada pemeriksaan itu, dirinya telah disahkan menghidap kanser payudara. Sejak itu, Rosnah sering berulang alik ke hospital, menjalani kemoterapi malah payudaranya telah dibuang sebelah akibat penyakit yang dihidapi.
Namun, sestiap kali rawatan
hospital, Rosnah telah pergi sendirian tanpa ditemani Adib. Setiap kali Rosnah
memohon dengan sembut agar suaminya menemani dirinya , pelbagai alasan yang
Adib berikan.
Selalunya alas an banyak kerja dan
mesyuarat dengan ketua Adib diberikan. Sudahnya Rosnah redha sendirian. Pergi sahaja
mendapatkan rawatan tanpa ditemani sesiapa. Mujurlah jirannya begitu baik hati
sudi menjaga puterinya setiap kali ketiadaannya.
Tapi alas an Adi cumalah satu
penipuan. Dirinya bercanda dan bermesra dengan kekasih hatinya. Dia tidak lagi
berselera dengan isterinya yang semakin cengkung dan layu. Keghairahanna hanyalah
untuk kekasih hatinya itu.
Dua tahun menderita sakit, akhirnya
Rosnah menghembuskan nafas yang terakhir. Pemergian Rosnah rupa-rupanya membuka
segala-galanya. Rosnah meninggal sendirian dalam dakapan jirannya. Sedangka Adib
ketika itu sedang merayu kasih simpati kekasih hatinya yang telah curang dan
lari dengan lelaki lain.
Pemergian Rosnah ketika dia sedan
berfoya-foya sebenarnya telah meninggalkan kesan di hati Adib. Betapa besar
dosanya pada isterinya itu. Pada ketika dia sepatut di sisi Rosnah memberi kata
semangat dia memilih untuk bersama kekasih hati melakukan perkara yang dilarang
agama.
Adib menyesal tapi penyesalan itu
tiada gunanya. Dia tidak sempat meminta ampun dari Rosnah hingga rasa bersalah
menghantui dirinya hingga kini.
~wanita
~wanita
No comments:
Post a Comment