terima kasih kerana sudi menziarahi dan menjadi pembaca blog saya. Saya kongsikan info dan ilmu berguna kepada anda yang memerlukannya. Sekiranya ianya bermanfaat buat anda silalah Share, sebarkan, Viralkan, Cetak agar ramai dapat manfaat. Moga membantu.
Sebelum anda nak buat apa apa posting menjual, cek dulu fesbook friends ada berapa orang? Ada sampai 4,000 orang tak? 1,000? 300? Ishh sikit sangat tu. Kena dapatkan at least 1,000 targeted friends. 4,000 lebih baik. Lagi power genapkan 5,000 terus. Baru mantap geng!
"kalau tak sampai 4,000 camne Akak?"
Nak buat macamana. Pos jelah apa-apa dulu untuk ramaikan kaum. Anda boleh je buat lawak, kuiz, bagi motivasi atau bagi benda FREE macam ebook ni. Paling cikai buat posting yang biasa orang buat pagi-pagi - "Assalamualaikum.." kompem ada yang jawap.
Lama-lama sampai la 4,000 tu. Asalkan lebih 2,000 dah kira ok la. Tapi 1,000 targeted tau. Jangan main add je. Habis semua Bangla, Pakistan semua awak add..
TIPS:
Kalau nak add fren jangan lelaju sangat, maksimum 50 orang je sehari melainkan dia yang add kita takpe. Kita accept je dengan rela hati. Tapi tengok dulu. Kalau tak sesuai buat donno je.
Ini paling senang nak add friends yang targeted. Tak payah pening dah. Cari je group yang sesuai dengan produk yang anda nak promosikan. Kalau produk kosmetik carilah group kecantikan. Kalau ada jual servis, carilah group bisnes, usahawan yang perlukan bisnes anda.
Nak lagi simple? Cari je produk yang target marketnya sama dengan produk yang anda nak jual. Kalau jual kosmetik, cari group jualan kosmetik lain. Join. Kalau jual baju cari group jual baju lain.. dan seterusnya...
Dah jumpa group tu? Haa.. ini masalah nak jerit "Yeayyy…"
Dapat je masuk terus e add geng-geng kat dalam tu. Tak kisahlah dia fren ke tidak. Add je mereka yang like atau komen dalam status-status dalam group tu. So dengan tak langsung anda terus dapat targeted friends. faham ke faham?
Kalau group open tak payah join pun tak pe. Add je fren yang komen-komen tu. Ini paling penting!
Jangan tag, spam atau promo kat dalam group tu tanpa minta izin admin (kecuali dia dah bagi) sebab ia sama la macam anda pergi pancing kat kolam orang..
Dah add tadi kan? Promo jelah kat wall sendiri. Beres?
No comments:
Post a Comment