Thursday, November 21, 2019

Khasiat TEH Daun Belalai Gajah

Minuman Teh Daun Belalai Gajah ini bukan sahaja untuk mereka yang ada masalah kesihatan tetapi juga yang sihat untuk tujuan pencegahan terutama bagi keluarga yang ada history penyakit seperti kanser,kencing manis, darah tinggi

Nikmatilah khasiat Teh Daun Belalai Gajah ini untuk kesegaran dan untuk kehidupan yang lebih sihat.


Kenapa daun belalai gajah yang selalu dikaitkan dengan anti kanser semulajadi?

Jom kita baca..

Daun belalai gajah juga dikenali sebagai Sabah snake grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans. Tumbuhan ini sering dijadikan tumbuhan hiasan di kawasan rumah. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa ia adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi masalah kesihatan.

Secara tradisional, hanya bahagian daun belalai gajah sahaja digunakan untuk mengubati penyakit.

Daun dimakan secara mentah, sebagai sayur ataupun jus yang dicampurkan bersama jus apel, teh hijau ataupun air tebu. Ia juga kadangkala disediakan dalam bentuk minuman teh.

Daun yang kering digunakan untuk disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti virus kayap manakala daun segar digunakan untuk merawat patukan ular tedung senduk. Ia juga digunakan untuk merawat gigitan serangga dan ruam di kulit.

Kebelakangan ini daun belalai gajah ini digunakan oleh rakyat Malaysia kononnya untuk merawat kanser. Walau bagaimanapun keberkesanan daun belalai gajah ini ke atas penyakit kanser manusia masih belum lagi dibuktikan oleh kajian klinikal.

Selain itu, terdapat juga dakwaan keberkesanan daun belalai gajah adalah di dalam rawatan penyakit diabetes, sakit sendi, ubat sakit, anti-keradangan dan juga antioksidan.

Khasiat Daun Belalai Gajah

Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, malah, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

1) Anti Oksida Yang Baik
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, daun belalai gajah terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida ialah mengurangkan kesan radikal bebas dalam tubuh badan.

2) Melambatkan Pertumbuhan Sel Kanser
Sementara itu, kajian dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), menyatakan daun belalai gajah bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.

3) Flavonoid
Flavonoid merupakan salah satu kandungan tertinggi yang terkandung dalam daun belalai gajah ini. Kandungan ini sendiri adalah salah satu jenis antioksidan yang mampu mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular lainnya.

4) Zat Mineral
Banyak kandungan mineral penting yang terkandung dalam daun belalai gajah seperti vitamin. Lebih dari 45% terdiri daripada protein mentah dan 17 asid amino yang memberikan nilai baik bagi kesihatan.

Ia juga kaya dengan vitamin C, protein dan serat yang mampu melawan radikal bebas yang membantu dalam pencegahan kanser. Mengandungi mineral fosforus, kalsium, magnesium, dan zat besi. Daun belalai gajah juga memiliki kandungan kimia lain seperti alkaloid, saponin dan bersifat direutik.

Adakah Daun Belalai Gajah Anti Kanser Semulajadi?

Hasil kajian yang dijalankan untuk menguji keberkesanan ekstrak daun belalai gajah sebagai anti kanser, menunjukkan ia hanya berkesan ke atas lapisan sel HeLa (human cervical cancer cell line) dan K-562(human elektroleukemia cells) sahaja.

Ianya tidak berkesan ke atas lapisan sel-sel kanser yang lain. Pada kepekatan ekstrak sebanyak 100ug/mL ia mampu merencat 80-90% daripada pembiakan sel-sel kanser tadi.

Ujian kesan membunuh sel-sel dapat juga dilakukan ke atas sel-sel manusia yang normal di dalam makmal. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan lapisan sel-sel manusia yang diperolehi daripada sel-sel lapisan dinding saluran darah vena talipusat bayi.

Ekstrak daripada daun belalai gajah yang diperolehi ini akan dianalisa untuk menentukan apakah bahan aktif yang terdapat di dalamnya.


Kajian makmal telah mendapati terdapat 14 jenis bahan kimia aktif yang terkandung di dalam ekstrak daun belalai gajah dan bahan kimia yang paling utama adalah 1, 2-benzenedicarboxylic acid, mono (2-ethylhexyl) ester. Bahan kimia ini dipercayai mempunyai aktiviti antimicrobial, antioksidan dan antiproliferatif.

Namun, kajian ini masih diperingkat kajian praklinikal. Peringkat kajian ini masih belum kuat untuk membuktikan bahawa daun belalai gajah benar-benar boleh menjadi ubat untuk penyakit kanser. Walau ia belum benar -benar membuktikan boleh menjadi ubat, tiada salahnya kita amalkan untuk alternatif tradisional untuk pencegahan.

Untuk menikmati khasiat tumbuhann herba ini kini kami telah mudahkannya dengan cara minuman digabungkan dengan daun Teh. Teh yang bagaimana? Dapatkan TEH BARA formula rahsia dari Sarina's Secret.

Dapatkan TEH BARA SEKARANG
Klik wasap link >>> https://www.wasap.my/60196746877/tehbara

Teh Bara adalah formula gabungan tradisional dan moden terdiri daripada herba terpilih dan teh berkualiti tinggi yang diadun bersama pemanis yang diekstrak dari tumbuhan melalui teknologi nano.
Tambah enak minum Teh Bara bersama perahan lemon. 1 sachet tuangkan air panas 1.5 liter untuk 10 cawan, nikmatlah bersama tercinta





Monday, November 18, 2019

Petua hilangkan tumit pecah

Memang malu bila orang perasan keadaan tumit kaki kita yang pecah dan merekah. Punca-punca tumit kaki merekah antaranya kerap berdiri lama, kerap memakai kasut bertumit tinggi, kulit terlalu kering dan kerap berjalan. Bukan tak cuba untuk merawat, tetapi tak jumpa kaedah yang sesuai!


Selalulah menitik beratkan kebersihan samada muka maupun kaki kerana kulit tumit kaki merekah terjadi kerana kurangnya vitamin Dan hormon dalam badan.

Hari ini saya nak kongsikan tips hilangkan tumit pecah yang anda boleh cuba di rumah. Sangat mudah dan ringkas!

Tips Hilangkan tumit MEREKAH ni 👇🏼

Cara 1

Ambil buah betik muda, hiris kulitnya.Ambil getah dari kulit betik tersebut dan sapu pada tapak kaki yang merekah. Biarkan selama 20 minit dan bilas tapak kaki. Lakukan selama 2 kali seminggu.

Cara 2

Ambil ubat gigi.Sebelum tidur,sapu pada tapak kaki.Esok pagi,masa mandi basuh dengan berus.Nak lebih berkesan guna batu sungai.Tapi nak cari dekat mana kalau duduk kat bandar ni..hehe..

Cara 3

Mengelak rekahan pada kaki. Basuh kaki dengan air suam dan keringkan. Sapu dengan asam jawa yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kering. Esoknya basuh dengan air suam. Sesuai dilakukan pada waktu malam. Buat selama seminggu.

Cara 4
Cuci dan Berus Dengan Kerap

Sebaiknya, cuci dengan pencuci sabun dua kali sehari dan mengamalkan pengambilan buah buahan supaya masalah rekahan dapat dihentikan.

=========================
Tapikan saya tak sempat buat semua di atas tu, saya hanya TOGOK JUS TANGKAL PERAWAN. Tak perlu tepek² just togok ja 2 Kali sehari Malam dan Pagi Alhamdulila membantu menyelesai kan masalah tumit merekah saya dengan kesan yang natural! Tak sedar TUMIT saya dah licin..


.
#jusTangkalPerawan #tumitPecah #kakiberbau
#gatalgatal
-

Friday, November 15, 2019

Happy Birthday Girl

November 12
Semuga hari ini lebih baik dari semalam. Alhamdulilah TAK TERNILAI umur kita yang tersisa di hari ini,.. sungguh tak ternilai harganya, sebab esok hari belum tentu jadi bagian dari diri kita..




Bahagianya kita bukan kerana keknya yang besar, bahagianya kita bukan karena celebratenya di hotel yang mewah.. tapi bahagianya kita karena Nikmat terbesar dari Allah iaitu Allah rezekikan kepada kita AHLI KELUARGA, SAHABAT yang baik yang sayang kan kita kerana Allah.
Bila kita silap dia nasihat, bila kita lemah dia bagi semangat.


Kehadiran mereka semualah yang menceriakan kehidupan kita. Rasa diri dihargai... itulah BAHAGIA.

Alhamdulilah syukur. IBU SAYANG SEMUA!!


Terima Kasih kek yang cute ni
 Love love uolls muah..muah!



Yummy ..Brownies Cake Ice Cream bersama kopi kak TAM lebih enak, lemak terasa aroma menggoda!



  • Sahabatku, terima kasih juga tak terhingga yang mendoakan kesejahteraan kesihatan kebahagiaan dan kejayaanku.. hanya Allah kan membalas budi baik kalian..InshaAllah


FB klik >>>  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1377445265750954&id=100004564806669

Monday, November 11, 2019

Lupa jasa isteri


  • setelah impian tercapai 




            Adib bukanlah seorang lelaki yang berpelajaran tinggi, namun dirinya mempunyai semangat juang dan cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang lelaki yang cemelang dan berjaya serta kaya raya. Atas dasar itulah, dia selalu berkongsi rasa hati dengan kekasih hatinya.

            Persahabatan yang dibina antara Adib dan Rosnah sejak dari sekolah menengah rupanya telah menyatukan mereka. Melihat kesungguhan Adib, Rosnah sentiasa berada di belakang. Memberikan kata-kata semangat agar lelaki itu menggapai impiannya.

             Dorongan demi dorongan yang diberikan rupanya telah membibitkan perasaan cinta di antara keduanya. Akhirnya meraeka sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Adib lebih muda daripada Rosnah, selang tiga tahun jara usia mereka.

            Sebab itulah, Rosnah sentiasa matang dalam setiap tindakan. Berbanding Adib sentiasa sahaja mahu menggunakan emosi muda dalam menentukan apa juga perkara yang mahu dilakukan.

            Selepas enam buan mendirikan rumah tangga, Adib merasakan dirinya masih lagi kosong kerana tidak memiliki sesuatu untuk dibanggakan. Dia menyatakan hasrat  hatinya untuk menyambung pengajian. Tapi jika Adib sambung belajar, Rosnah perlulah bekerja keras untuk membiayai perbelanjaan pengajian Adib.

            Setia Rosnah tidak berbelah bagi, demi cita-cita suami, Rosnah bekerja siang dan malam membanting tulang untuk membayarkan yuran dan perbelanjaan suaminya yang belajar di kampus.

            Sungguh Adib berasa bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang cukup menyayangi dirinya. Maka Adib pun belajarlah dengan tekun di kampusnya. Begitu juga dengan Rosnah terus bekerja tanpa henti demi suami.

            Namun, Rosnah tidak pernah tahu sama sekalu bahawa Adib sebenarnya mempunyai seorang kekasih gelap yang merupakan salah seorang rakan sekuliahnya yang berasal dari utara.

            Mereka telah berkenalan ketika kali pertama Adib mahu mendaftarkan diri ke kampus itu. Waktu itu, Adib tidak ditemani sesiapapun termasuklah Rosnah. Jadi dia bebas untuk berbuat apa sahaja.


            Wanita itu menepati cita rasanya yang lemah lembut, cantik paras rupa sehingga mengaburi mata Adib bahawa Rosnah adalah isteri yang cukup setia sekali. Daripada persahabatan akhirnya mereka telah menjalinkan hubungan cinta.

            Cinta gelap pasti laluannya tidak sesekali indah. Adib dan teman wanitanya itu telah pun sampai ke tahap berani melakukan hubungan terlarang. Rosnah pula tidak pernah syak dengan kehilangan suaminya yang lebi kerap dari biasa.

            Baginya Adib mempunyai tugasan penting di kampus untuk diselesaikan dan dia berjanji tidak akan menganggu suaminya sampailah habis kuliah. Dalam pada itu, Adib juga telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel berusia tiga tahun.

            Akhirnya selepas tiga tahun belajar, Adib bergelar seorang siswa dan diterima bekerja di sebuah firma guaman yang lumayan pendapatannya. Rosnah pula masih lagi bekerja di tempat lamanya iaitu di sebuah kilang tidak jauh dari rumah mereka.

            Adib sentiasa melihat Rosnah tidak standing dengan teman wanitanya yang juga bekerja satu firma dengannya. Tanpa sedar, kejayaan dirinya itu telah mengubah perlakuan Adib menjadi seorang suami yang perengus. Dia mudah marah dan ada sahaja yang tidak kena Rosnah di matanya.


          Suatu hari, Rosnah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Teman-teman mendesakkan agar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Hasil daripada pemeriksaan itu, dirinya telah disahkan menghidap kanser payudara. Sejak itu, Rosnah sering berulang alik ke hospital, menjalani kemoterapi malah payudaranya telah dibuang sebelah akibat penyakit yang dihidapi.


            Namun, sestiap kali rawatan hospital, Rosnah telah pergi sendirian tanpa ditemani Adib. Setiap kali Rosnah memohon dengan sembut agar suaminya menemani dirinya , pelbagai alasan yang Adib berikan.

            Selalunya alas an banyak kerja dan mesyuarat dengan ketua Adib diberikan. Sudahnya Rosnah redha sendirian. Pergi sahaja mendapatkan rawatan tanpa ditemani sesiapa. Mujurlah jirannya begitu baik hati sudi menjaga puterinya setiap kali ketiadaannya.

            Tapi alas an Adi cumalah satu penipuan. Dirinya bercanda dan bermesra dengan kekasih hatinya. Dia tidak lagi berselera dengan isterinya yang semakin cengkung dan layu. Keghairahanna hanyalah untuk kekasih hatinya itu.

            Dua tahun menderita sakit, akhirnya Rosnah menghembuskan nafas yang terakhir. Pemergian Rosnah rupa-rupanya membuka segala-galanya. Rosnah meninggal sendirian dalam dakapan jirannya. Sedangka Adib ketika itu sedang merayu kasih simpati kekasih hatinya yang telah curang dan lari dengan lelaki lain.

            Pemergian Rosnah ketika dia sedan berfoya-foya sebenarnya telah meninggalkan kesan di hati Adib. Betapa besar dosanya pada isterinya itu. Pada ketika dia sepatut di sisi Rosnah memberi kata semangat dia memilih untuk bersama kekasih hati melakukan perkara yang dilarang agama.

            Adib menyesal tapi penyesalan itu tiada gunanya. Dia tidak sempat meminta ampun dari Rosnah hingga rasa bersalah menghantui dirinya hingga kini.

~wanita

Sunday, November 10, 2019

Cari kawan dalam muka buku facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
terima kasih kerana sudi menziarahi dan menjadi pembaca blog saya. Saya kongsikan info dan ilmu berguna kepada anda yang memerlukannya. Sekiranya ianya bermanfaat buat anda silalah Share, sebarkan, Viralkan, Cetak  agar ramai dapat manfaat. Moga membantu.


 Sebelum anda nak buat apa apa posting menjual, cek dulu fesbook friends ada berapa orang? Ada sampai 4,000 orang tak? 1,000? 300? Ishh sikit sangat tu. Kena dapatkan at least 1,000 targeted friends. 4,000 lebih baik. Lagi power genapkan 5,000 terus. Baru mantap geng!


"kalau tak sampai 4,000 camne Akak?"

Nak buat macamana. Pos jelah apa-apa dulu untuk ramaikan kaum. Anda boleh je buat lawak, kuiz, bagi motivasi atau bagi benda FREE macam ebook ni. Paling cikai buat posting yang biasa orang buat pagi-pagi - "Assalamualaikum.." kompem ada yang jawap.

Lama-lama sampai la 4,000 tu. Asalkan lebih 2,000 dah kira ok la. Tapi 1,000 targeted tau. Jangan main add je. Habis semua Bangla, Pakistan semua awak add..

TIPS:
Kalau nak add fren jangan lelaju sangat, maksimum 50 orang je sehari melainkan dia yang add kita takpe. Kita accept je dengan rela hati. Tapi tengok dulu. Kalau tak sesuai buat donno je.

Ini paling senang nak add friends yang targeted. Tak payah pening dah. Cari je group yang sesuai dengan produk yang anda nak promosikan. Kalau produk kosmetik carilah group kecantikan. Kalau ada jual servis, carilah group bisnes, usahawan yang perlukan bisnes anda.

Nak lagi simple? Cari je produk yang target marketnya sama dengan produk yang anda nak jual. Kalau jual kosmetik, cari group jualan kosmetik lain. Join. Kalau jual baju cari group jual baju lain.. dan seterusnya...

Dah jumpa group tu? Haa.. ini masalah nak jerit "Yeayyy…"

Dapat je masuk terus e add geng-geng kat dalam tu. Tak kisahlah dia fren ke tidak. Add je mereka yang like atau komen dalam status-status dalam group tu. So dengan  tak langsung anda terus dapat targeted friends. faham ke faham?

Kalau group open tak payah join pun tak pe. Add je fren yang komen-komen tu. Ini paling penting!

Jangan tag, spam atau promo kat dalam group tu tanpa minta izin admin (kecuali dia dah bagi) sebab ia sama la macam anda pergi pancing kat kolam orang..

Dah add tadi kan? Promo jelah kat wall sendiri. Beres?

Air Limau Nipis vs Yis Beras Merah



Ramai yang tahu Air Limau Nipis Sangat bagus untuk Kesihatan
Is adalah salah satu cara berkesan untuk turunkan tahap kolestrol dalam badan
.
Jom amalkan petua minum Air Limau Nipis..

Semoga bermanfaat dan bebas penyakit 💪😊

Nota kaki:
Tips mudah menurunkan tahap kolestrol tinggi tanpa merosakkan usus. Pastikan bawa satu sachet kopi kak TAM di mana saja, ..order air panas. Tahukah anda bahan utama di dalam kandungan Kopi kak TAM adalah Yis Beras Merah yg sgt bagus membantu menggurangkan tahap kolestrol tinggi.

.
Info
Khasiat Yis BerasMerah

Yis beras merah  menurunkan kadar kolestrol..
Minum kopi..  Kolestrol turun...
Nak ke Nak...
Meh la wsap cepat..
Alang-alang esok nk gi pos

Klik kink untuk order >>> https://www.wasap.my/60196746877/kopiKTam

Saturday, November 2, 2019

Khasiat Macca kepda lelaki dan wanita

Info sihat | MACCAROOT (Akar Maca)


MACCA DIKENALI sebagai tanaman herba sejak ribuan tahun lalu, khusus nya dalam meningkatkan kemampuan seksual LELAKI dan WANITA.
Ternyata BUKAN sekadar hanya itu, tanaman herba yang dimanfaatkan bahagian akarnya ini juga memiliki manfaat secara keseluruhan pada tubuh.

Ia memiliki banyak kandungan vitamin, mineral Dan anti-oksidan seperti glukosinolat Dan polifenol. Tanaman ini juga dikenali juga sebagai adaptogen, iaitu istilah suatu tanaman herba yang mengandungi zat semulajadi dalam membantu tubuh beradaptasi dengan stress atau penyakit tertentu.

Yang pasti beberapa manfaat terbaik kepada kesihatan iaitu:
✅ Mencegahkan pembentukan radikal bebas

Apa yg dimaksudkan dgn Anti-oksidan adalah zat yg diperlukan tubuh untuk mencegah terbentuknya radikal bebas, penyebab dari penyakit Kanser. Kabohidrat dlm akar Maca sudah terbukti dapat mencegah kerosakan sel dan melawan penyakit kronik.

MACCA Root mampu menurunkan kadar Kolestrol dan Trigliserida di hati serta menurunkan kadar gula dalam darah.

Dapat menghindarkan tubuh dari risiko penyakit jantung, Kanser, diabetes, stress oksidatif dan kerosakan sel.

✅ Menambah Tenaga dan Performance Atlet

Macca Root sangat dikenali di kalangan Atlet. Pasalnya ia mampu meningkat tenaga, menambah otot dan menambah performance tubuh. Walaupun bersifat stimulan, akar maca tidak mengandungi kafein. Jadi ia sangat bagus dalam mengeluarkan lebih banyak insulin. Bila keadaan gula darah stabil, anda dapat mempertahankan tenaga lebih konsisten sepanjang hari.

✅ Meningkatkan kesuburan Lelaki Dan wanita

Estrogen adalah hormon seks pada wanita yang bertanggung jawab untuk mengatur sistem reproduksi. Bila jumlah hormon ini tidak normal, maka akan menyebabkan putaran haid tidak teratur dan ia menjadikan seseorang wanita sukar memiliki anak.

Selain menyeimbangkan kadar estrogen pada wanita, akar maca juga bermanfaat bagi KESUBURAN lelaki. Penelitian lain menunjukkan meningkatnya kualiti Dan jumlah sperma yang berkaitan dengan kesuburan Lelaki.


Nota kaki: MACCA ROOT adalah salah satu bahan dalam jus GUROH. SETEGUK sehari nikmati khasiat Dan kebaikannya. Muga Manfaat
Jika ingin order boleh terus wasap Saya
https://www.wasap.my/60196746877/Guroh

Friday, November 1, 2019

PERCUTIAN PERCUMA 5 Hari 4 Malam Di Korea Oktober 2019

Assalamualaikum,

Masa yang ditunggu- tunggu telah tiba. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bercuti di Seoul, Korea minggu lepas atas tiket melancong percuma berniaga bersama Syarikat Audestee.

Sepatutnya 10 orang yang layak, last minute cancelled kerana masa bertembung dengan urusan penting masing-masing. Jadi 4 orang je yang tinggal. Apa apa pun rancangan di teruskan juga.




Pertama kali melancong ke Negara sejuk excited tak terkira..terutama tempat impian, ...Sebelum ni pelayaran Mewah Star Cruise dari Klang ke Puket Thailand  😆

Tapi sejak jadi usahawan, melancong ke sana sini tanpa guna duit poket sendiri. Alhamdulillah rezeki tak salah alamat kan!

15 Oktober 2019,
Masa penerbangan jam 7.50 pagi, mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai di Korea. Tiba korea jam 3 petang waktu korea. (Perbezaan waktu 1 jam lebih cepat dari waktu Malaysia)
Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sonata, Incheon Internasional Airport satu pengalaman baru sangat teruja. Negara bersih sistematik dan orangnya juga baik baik..Airportnya pun cantik asyik selfie ja kami..


           
  Makanan tidak menjadi masalah di sini kerana kami telah mengetahui Restoran mana yang menyediakan makanan halal dan boleh dimakan, salah satunya ialah di Restoran Kampungku Meyondong di mana pemiliknya dari orang Malayu kita sendiri. 100% halal, logo diiktiraf.


   Tempat penginapan kami di atas Restoran Kampungku juga, senang nak makan. Turun je dah sampai..hihi.




Hari pertama makan menu malaysia juga "Bihun Tom Yam" punye banyak, jenuh nak menghabiskan, semangkuk 15,000 won lebih kurang RM50 duit kita..haha jangan convert tak berbelanja nanti.

Klik link photo2 di Restoran Kampungku
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1353130181515796&id=100004564806669




Waktu malam jenjalan di Meyondong Street, meriah sungguh kata jualan setiap malam ada, gambar di atas ice cream madu, HALAL merasa lah juga


Cerita sikit pasal gambar ni.. seorang darinya lancar bercakap Melayu (kanan sekali)....seronok tengok cara dia berniaga

Klik link sempat rakam video



16 Oktober 2019
Hari kedua kami ke Cheonggong River. Sungai buatan dari air recycle di tengah tengah kota ini





 

Hai, nak mendaki ke puncak siput dan menapak berkilo-kilo meter tingginya tu, kalau tak pakai FLEXIWEAR tak mampu nak jalan rasanya. Asbab pakai flexiwear semua tempat dapat pergi dengan selesa. Semuanya dengan izin Allah.



Tiru seperti gambar

Gambar di bawah kami berada di Muzium 






Di dalam muzium tulis nama sendiri, huruf 'F' tak ada untuk huruf Koreà jadi guna huruf 'B' Bazida.. tinggalkan namaku di sana..

Jom teruskan lawatan, kami ke Istana Goyeongbokung pula...


3 Sahabat sejati




 



Ha ha begintlah kami bila hati sama serasi ...bila lagi kan!

17 Oktober 2019
EVERLAND RESORT 
Lebih 100 Pusat hiburan | Safari | Pusat Permainan 
Tak terhabis masuk main, anda patut datang sini..


 

Aurtumn bulan holloween 




18 Oktober 2019
NAMI ISLAND
Perjalanan dari Meyondong 2 jam dengan transport train laju 
Alhamdulillah sampai juga ke tempat drama popular "WINTER SONATA" semasa saya masih remaja lagi. Pelakon lelaki yang hensem pun dah meninggal dunia




Video ke Nami island

Sebelah malam kami ke Nansam Tower 
Cahaya lampunya menerangi kota Seoul 


Tempat terakhir lawatan, muka keletihan

Alhamdulillah seronoknya jejalan. Walaupun sangat penat tapi  puashati.. Nantikan next trip percuma akan datang kami

Semuanya ditaja asbab join keahlian RM0. Di bawah naungan Syarikat SSDJ nak melancong free pun boleh. Yang penting join dulu simple ja.. berminat utk menyertai kami?
Sertai Senaman Eksotik Tradisional Kak Tam, jom jangan lepaskan peluang bersama kami, Unik BerBeza Luar Biasa.
Tak Kenal Tak CINTA ❤️
Dah Kenal TERGILA-GILA

Mai join bisnes kami. Anda pasti teruja dengan Senaman Eksotik Tradisional kak TAM. Berminat tambah pendapatan? Di sini lubuk duitnya...Mai buat bisnes, buat INCOME disamping ugrade diri bersama-sama ahli.