Sewaktu saya mengajar
Yong Tau Fu dan aneka sos di Muar dalam tahun 1998, seorang peserta
menceritakan kisahnya kepada saya. Biarlah saya namakannya Suzana, orangnya
putih lawa, berusia awal 20an.
Sebaik sahaja selesai
sesi motivasi, Suzana terus menghampiri saya…katanya “Saya betul-betul
tersentuh dan rasa nak menangis mendengar
ceramah Chef tadi…apa yang Chef cakap memeng betul-betul kena dengan
saya.” Matanya berkaca-kaca.
Saya terus memberikan
perhatian kepada ceritanya.
Rupa-rupanya, Suzana
sebelum ini adalah seorang kernai bank, seorang bekas pelajar yang pintar
tetapi bosan untuk meneruskan pelajaran lalu bekerja di bank. Setelah bekerja
setahun, hatinya masih tidak puas! Gaji yang diterima tidak seberapa tetapi
beban kerja cukup berat.
Suzana berkenalan
dengan seorang kakak penjaja
makanan di pasar malam yang sering datang ke bank untuk menyimpan wang.
Suzana melihat kakak itu memandu kereta sendiri dan dalam simpanannya, amboi!
Puluhan ribu. Suzana melihat wajah kakak itu cukup berseri dan ceria. Semakin
hati mereka semakin rapat hingga menjadi sahabat yang akrab. Pada suatu hari
sewaktu tidak berkerja Suzana membantu kakak itu di pasar.
Suzana seronok menolong
melayan pelanggan yan gdatang membeli soto, mee rebus dan laksa Johor. Apa yang
membuat Suzana tambah kagum ialah kakak itu telah menjual 120 bungkus mee
rebus, 80 bungkus soto dan 140 bungkus laksa Johor yang berharga Rm1.20
sebungkus. Petang itu sahaja jualannya RM408. Kakak itu data jualannya pernah
mencapai RM700 atau RM800 sekali jualan.
Di sebelah kakak itu
ada seorang pelajar sekolah menengah menjual kacang kuda sebungkus RM1. Suzana
bertanya berapa banyak jualannya hari ini. Adik itu kata dah habis 80 bungkus.
Kakak itu kata, untung menjual barang makanan melebihi 100%. Bermakna…petang
itu untung kakak itu ialah RM200 dan untung pelajar itu pula ialah RM40.
Pengalaman sepetang itu
memberikan kesan kepada jiwa Suzana. Perasaan malu kerana menjaja tidak pernah
timbul dihatinya. Malah dia rasa seronok. Lalu dia meminta untuk menemani kakak
itu di pasar.
Kakak itu adalah
seorang janda muda beranak dua. Suzana sangat seronok melihat apa yang dilalui
dan apa yang dicapai oleh kakak itu. Walaupun tanpa suami, dia boleh berdikari.
Dengan modal yang ada
serta dorongan dan bantuan kakak itu, Suzana Berjaya mendapat ruang berniaga di
pasar malam. Lima tempat seminggu. Suzana memilih untuk menjual mee goring dan
kue teow goring. Kakak itu juga yang mengajarnya. Suzana menggaji seorang pemuda
untuk memandu kereta yang disewanya dan membantu di gerai jualannya.
Suzana memang ada bakat
memasak. Jualannya laris dan di memang peramah dan pandai tambat hati
pelanggan. Dengan dua buah kuali dia mampu menjual 100 hingga 150 bungkus
sekali berniaga.
Minggu pertama Suzana
berniaga dia demam keletihan. Minggu kedua digagahi juga – jualannya meningkat.
Rupa-rupanya, selama
ini ibu Suzana tidak perna tahu dia berniaga mee goring di pasar. Seorang jiran
yan gternampak Suzana berniaga melaporkan kepada ibunya. Ibunya hampir pengsan,
menangis berhari-hari mengesali tindakan Suzana. Ibunya sangat kesal, malu dan
terkejut. Dipujuknya Suzana supaya berhenti berniaga. Dia tak rela anak
gadisnya menjadi peniaga pasar malam.
“Kenapa mak risau…takut
jualan saya tak laku ke?” Tanya Suzana kepada ibunya.
“Soal laku tak laku mee
goring engaku mak tak risau…apa yang mak risaukan ialah diri kau tu! Mak takut
kau tu tak laku…ingat, awak tu anak dara…” emak Suzana meluahkan rasa hatinya.
Suzana berkeras, Dia
sudah seronok berniaga di pasar, dia nekad kerana telah berhenti kerja notis 24
jam. Dia akan terus berniaga. Emaknya masih tidak dapat menerima hakikat itu.
Emaknya berusaha juga…dicarinya ubat penawak untuk melembutkan hati Suzana.
Masa berlalu, sudah
tiga bulan Suzana berniaga. Akhirnya emak Suzana mengambil jalan terakhir,
dipanggil semua adik-beradik Suzana balik…abang-abang dan kakaknya seramai lima
orang untu melakukan proses ‘turning over’ ke atas Suzana setelah ikhtiar
menggunakan bomoh sebelum ini langsung tidak berkesan.
Setelah berdebat dua
jam dengan adik-beradiknya…akhirnya Suzana mengeluarkan buku simpanannya.
Ditunjukkan kepada abang-abang dan kakaknya…itulah jumlah yang dia dapat selama
tiga bulan berniaga di pasar. Kalau dia terus di bank dia perlu berkerja selama
dua tahun untuk mempunyai simpanan sebanyak itu.
Tahukah anda berapa
jumlah simpanan Suzana? RM12,000. Menakjubkan. Saya tidak hairan kalau anda
hairan, kerana Suzana sendiri pun hairan dengan pencapaiannya. Menurut Suzana,
pelajar sekolah menengah yang menjual kacang kuda itupun mempunyai simpanan
RM5,000 di bank.
Perasaan malu
sebenarnya tidak membawa apa-apa makna kerana ia relatif sifatnya. Kes pertama
tentang Cikgu Salmah, MALU hampir membantutkan hasratnya untuk berniaga. Beliau
dan suaminya dihantui perasaan malu pada hari pertama pergi berniaga. Masa
berjalan, perasaan malu pun mula hilang. Akhirnya mereka bertanya sendiri,
kenapa aku harus malu dulu?
Kes kedua Suzana, dia
tidak malu kerana sudah berjinak-jinak dengan pasar malam sebelum berniaga di situ. Tetapi ibu dan adik-beradiknya
yang merasa malu.Malunya mereka bukan kepalang, sehingga berusaha berbagai cara
untuk ‘menyelamatkan’ Suzana agar berundur keluar dari pasar malam. Mereka
Saya percaya beberapa kemudian
jika saya berkesempatan berjumpa Suzana lagi dia tentu telah menjadi seorang
jutawan – JUTAWAN SENYAP. Suzana masih muda dan dia telah mempunyai jalan dan
destinasi kehidupan yang jelas. Jika dia tidak mempunyai matlamat yang jelas
dan optimis tentu dia tidak akam mampu berdebat dengan abang-abangnya.
Baru-baru ini, saya
bertemu lagi dengan Suzana. Dia datang ke program kursus saya untuk menghantar
kakaknya yang menyertai modul membuat mee kuning.
“Hai, dah nak buat
kilang kee pulak ke?” saya mengusik Suzana.
“Yalah…Chef, saya
memang serius ni nak buat kilang mini mee. Chef tahu, dua orang abang saya dah
berhenti kerja – kena retrenched…sekarang ni dah jual mee goring di pasar
malam. Dia orang bolehlah sampai ke Melaka…Ha…yang ni kakak saya…baru saja jadi
ibu tunggal…dia pun nak jual mee goring juga ‘share’ dengan mak saya…” terang
Suzana panjang lebar.
“Amboi keluarga Suzana
dah jadi keluarga mee! Tapi ini macam kisah pelik tapi benar. Bukankah mereka
orang yang beria-ia menentang Suzana waktu mula-mula nak berniaga di pasar
malam dulu?” saya mengungkit kisah lama Suzana.
“Hmm…itu dulu Chef …dia orang belum Nampak lagi.
Bila dia orang dah tengok kereta Honda Civic saya dan rumah batu (banglo
setingkat) saya sekarang ni diduduki emak dan kakak saya…saya dah jadi idola
mereka pula…” cerita Suzana.
“Baguslah Suzana…awak
telah Berjaya memiliki satu keluarga usahawan. Mudah-mudahan akan muncul lagi
gadis-gadis berani dan berwawasan seperti Suzana…” saya cuba menghargai apa
yang Suzana telah lakukan.
“Oop Chef…lupa nak bagi
tahu…saya dah berkahwinlah Chef….bukan gadis lagi!”
No comments:
Post a Comment