Malu
adalah naluri fitrah…ia tidak menghalang kejayaan … dalam perniagaan
Mengejar nyamuk semak diredah
Sesat di hutan malu bertanya
Membuai nafsu membawa padah
Malu berusaha gagal namanya
“Mari…mari…ini
aiskrim baru…macam-macam ada…aiskrim nenas ada…aiskrim strawberry ada..aiskrim
coklat ada…aiskrim kacang ada….oops!”
Dalam
tahun 1993, saya berniaga di pasar lambak seluruh Daerah Batang Padang di
Perak. Pelbagai produk yang saya proses sendiri, saya jualkan di merata pasar
lambak. Antaranya burger, air soya, sup kambing, kek, roti, pastry, mee sup,
mee kari dan pelbagai produk makanan lagi.
Ketika
berjual kek, roti dan pastry di pasar lambak sebuah gugusan FELDA, saya bertemu
dengan seorang guru yang menjual aiskrim colek. Gelagatnya pada hari pertama
berniaga amatlah menarik hati.
Kisahnya
bermula pada suatu petang di pasar lambak Gunung Besout. Ketika saya sedang
sibuk menyusun barang-barang jualan, tiba-tiba saya didatangi oleh seorang
wanita. Bukan hendak membeli tetapi hendak bertanya sama ada beliau boleh
berniaga di rumah kecil di sebelah saya.
“Dik!Dik!
Tempat ni kosong ke? Boleh tak kakak tumpang berniaga?” sapanya agak gugup.
“Kosong
Kak…tapi kakak nak berniaga apa?” saya minta penjelasan.
“Kakak
jual aiskrim,” terangnya ringkas
“Buat
sendiri ke?” saya ingin tahu.
“Ya!
Kakak dengan suami kakak,” terang beliau
“Kakak
hendak berniaga sekarang?” saya bertanya lagi.
“Ehh..Tak!
Tak! Minggu depan…” Jawabnya spontan
“Baiklah
Kak, minggu depan kakak tengok di tempat ini ada timba..itu tandanya saya dah ‘booked’
tempat ni untuk kakak…” saya cuba menjadi serorang yang ramah dan baik hati.
Air
mukanya Nampak ceria bila niatnya saya tunaikan.
Minggu
depannya …jam sudah menunjukkan pukul tiga petang, tetapi ‘kakak Aiskrim’ ini
masih belum muncul lagi. Tiba-tiba saya terlihat di hujung pasar, kakak
tersebut melambai-lambai saya. Beliau dan suaminya berdiri macam patung
menghadap tong aiskrim di bawah pokok.
Saya
menggeleng-gelengkan kepala kerana saya tidak boleh meninggalkan perniagaan
saya.
Saya
melaung kepada mereka, “Hoi Kak!” Macam mana, jadi berniaga…?”
“Jadi!
Jadi…!” jawabnya spontan dan suaminya terangguk-angguk.
“Ha…!Apa
lagi angkatlah ke sini…” saya mendorong mereka.
Kakak
itu dan suaminua pandang memandang dan tingkah laku mereka begitu kekok dan
canggung. Akhirnya si suami mengangkat tong aiskrim dengan terkocoh-kocoh
menuju kea rah saya.
“mana
nak taruh Dik?” tanyanya macam orang cemas.
“Situ…alihkan
timba tu,” menunding ke atempat yang telah saya tanda dengan timba.
Dengan
secepat kilat, si suami meletakkan tong aiskrim lalu bergegas semula ke bawah
pokok tadi. Mereka berdua bercakap-cakap sambil memandang kea rah saya dan tong
aiskrim.
Kemudian
saya lihat si isteri berjalan perlahan, tersipu-sipu ke arah saya dan tong aiskrimnya.
Kemudian
saya lihat si isteri berjalan perlahan, tersipu-sipu ke arah saya. Saya lihat
wajahnya pucat lesi. Dia berdiri di samping tong aiskrimnya dengan kepala
tertunduk.
Dia
merungut-rungut macam kesal…
“Yang
pergi kursus buat aiskrim dia, yang dapat motivasi pun dia… yan gmembuat saya…yang
menjual pun saya…”
Saya
hanya menjeling melihat gelagatnya sambil tersengih. Saya betul-betulkan
susunan kek jualan saya.
Saya
lihat kakak itu masih berdiri membatu tanpa suara sepatah pun. Kakinya menguis-nguis
tanah. Saya lihat di suami terintai-intai dari jauh.
Saya
menegur, “hai Kak…! Apa lagi …start juallah!”
‘Macamana?”
jawabnya polos.
“Ai!Juallah
….macam orang jual aiskrim …kakak ada loceng?” saya cuba mententeramkannya.
“Ada!”
jawabnya sepatah.
“Mana?”
tanya saya.
“Kat…kereta..”
jawabnya macam anak kecil.
“Pergi
ambillah Kak… tak ada loceng macam mana nak jual aiskrim.” Saya mendesaknya.
Dia
memberikan isyarat kepada suaminya minta dihantarkan loceng. Tetapi si suami
enggan sebaliknya melambai-lambai minta isterinya mengambilnya sendiri.
Si
isteri akhirnya pergi juga sambil merungut…”Konon nak berniaga tapi malunya
kalahkan perempuan…”
Setelah
mengambil loceng dia berpatah balik dengan langkah yang sangat perlahan,
Locengnya disorokkan dibawah baju
kurungnya. Sampai sahaja di sebelah, saya berkata kepadanya,
“Ha…!
Kakak apa lagi, pukullah loceng tu…”
“Yalah..!”
jawabnya ragu.
Saya
melihat kakak itu masih tidak menggoncang locengnya. Masih tunduk dengan
kakinya menguis-nguis tanah.
Hati
saya berkata, “Ini kalau aku tak tolong, dia akan serik…suami pula teruk macam
tu…alamat tak datang lagilah…punah satu harapan! Punahlah sebuah keusahawanan.
“Kak
bagi loceng tu pada saya Kak…biar saya tolong…” Dengan cepat dia menyerahkan
locengnya kepada saya…
“Saya
tolong pukul loceng, sekejap saja ya…”
Saya
pun terus memukul loceng di tangan sambil memanggil-manggil dengan lantang, “Mari….mari…..ini
aiskrim baru…..macam-macam ada …aiskrim nenas ada..aiskrim strawberi ada…aiskrim
coklat ada…aiskrim kacang ada…opps!”
“Ehh,
ehh Dik! Sebenarnya ada satu jenis aiskrim saja Dik,” kakak tu menyampuk keras.
“Op!
Maaf, satu jenis aiskrim saja…iaitu aiskrim apa Kak?”
“Aiskrim
Santan,” jawabnya pendek.
“Ya!
Aiskrim santan, aiskrim santan!” saya menukar promosi
Setelah
saya memukul loceng tak sampai dua minit, ada dua atu tiga orang kanak-kanak
datan membeli. Lucunya melihat kakak menggunakan scoop untuk memasukkan aiskrim
ke dalam kon…Menggigil-gigil…Sehingga kanak-kanak itu tercengang melihatnya.
“Ha…Kak…!
Cukuplah. Nah ambil loceng ini kakak pula pukul, boleh?” saya macam seorang
jurulatih pula.
“Saya
cuba…” dia masih gugup
“Ha
kak…apa lagi pukullah…” saya medesak.
“Ting!”
dia menoleh kiri dan kanan.
“Ting!”
dia mendingak melihat jauh
“Ting!”
satu, satu bunyinya.
“Kak…kalau
begitulah bunyi loceng kakak…yang datang nanti lembu la Kak..lembu FELDA sini
semua pakai loceng.
Dia
tersenyum tersipu-sipu…
Tiba-tiba
dia mencampakkan loceng ke atas tong dan terus lari menghilangkan diri. Saya
terkejut hairan. Si suami di kejauhan mengangkat-angkat kepala…kehairanan. Saya
lambai si suami untuk menggantikan tempat isterinya…dia menggeleng-gelang
kepa;a sambil mengangkat tangan, tak sanggup! Kemudian saya mengalihkan
perhatian kepada perniagaan saya pula.
Tiba-tiba…15
minat kemudian Kakak tadi muncul kembali… dengan suara yang sedikit mencungap
dia berbisik. “Nasib baik…nasib baik.”
Saya
menyampuk, “Hai…baru laku dua biji aiskrim kira nasib baik ke Kak?”
Dia
menoleh kepada saya lalu menjelaskan. “Bukan…tadi kakak tengah pukul loceng
kakak ternampak kawan, cikgu satu sekolah dengan kakak datang…apa lagi cabut la…!”
Nah!
Terbongkar rahsia sekarang bahawa kakak itu seorang guru. Mulai saat itu, saya
memanggilnya Cikgu Salmah! Dia menyangka dengan berjualan jauh ke dalam gugusan
FELDA tidak akan ada yang kenal. Rupa-rupanya, dunia ini telalu kecil untuk
bersembunyi daripada orang yang kita kenal.
Saya
terus memotivasikan beliau. Perasaan malu yang terbit sewaktu pertama kali
muncul di hadapan orang ramai sebagai penjual adalah perkara semulajadi.
Terimalah
kenyataan bahawa denga adanya perasaan itu, kita ini masih seorang manusia yang
normal. Sesiapapun yang berada dalam situasi yang sama akan merasai perasaan
yang sama.
Ingat
kah anda, ketika pertama kali menjadi pembeli dahulu; kita gugup dan takut. Waktu itu kita masih kecil dan perlu
ditemani oleh orang lain untuk membeli sesuatu. Jika pertama kali kita membeli
harang pun kita merasa gugup apatah lagi jika kita baru belajar menjual.
Saya
hanya sempat ‘berjiran’ dengan Cikgu Salmah untuk beberapa minggu sahaja.
Kerana saya membuka tapak berniaga di Pasar Tani di Kuala Lumpur.
Pada
satu masa sewaktu berjalan-jalan di Tanjung Malim saya ditegur oleh Cikgu
Salmah dan suaminya, wajah mereka sungguh ceria dan meyakinkan.
“Masih
pukul loceng lagi cikgu?” saya membuka cerita.
“Hai,,,Rusly,
peril Nampak…sebenarnya kita hanya perlu pukul loceng untuk beberapa minggu yan
gpertama sahaja. Selepas itu, bila pelanggan dah kenal kita mereka dah ‘cam’
lokasi kita dan mereka dah ‘ngam’ dengan aiskrim kita …mereka akan terus datang
cari tanpa perlu mendengar loceng lagi..’
Wah,
nampaknya Cikgu Salmah sudah pandai berceramah.
“Masih malu dengan kawan?” saya menduga Cikgu
Salmah.
“Semua
orang dah tahu…Cikgu Salmah tauke aiskrim…apa nak malu lagi. Hampir semua
sekolah rendah daerah ini memesan aiskrim daripada saya untuk hari kantin
masing-masing.”
Nampak
sudah banyak perkembangan yang
dilaluinya dengan perniagaan.
“Kalau
dulu, orang tertanya-tanya kenapa saya sanggup ke pasar membantu suami menjaja
aiskrim. Sekarang mereka tertanya-tanya diri mereka sendiri…kenapa mereka tidak
mempunyai sesuatu untuk diusahakan
untuk memakmurkan kehidupan, yalah bila tengok kita dah banyak perubahan…dah
tambah rumah baru dan dah tukar kereta baru.” Begitulah kata-kata Cikgu Salmah.
Rupa-rupanya
sekarang Cikgu Salmah kerap dijemput memberikan ceramah keusahawanan. Jemputan
datang daripada sekolah-sekolah dan perkumpulan wanita . Sudah famouslah
sekarang Cikgu Salmah, sudah berani bercakap hendak berhenti kerja.
Setiap
petang mereka menjual di tiga lokasi jualan. Satu dijaga oleh suami, satu
dijaga oleh anaknya dan satu lagi oleh Cikgu Salmah sendiri. Berkat ketekunan
mereka, kini mereka tinggal di sebuah rumah teres dua tingkat dan baru membeli
Proton Wira baru….semuanya hasil jualan aiskrim.
Perasaan
malu adalah naluri fitrah yang ada pada setiap orang. Ia langsung tidak
menghalang kejayaan. Malu kerana menjaja tidaklah sama dengan malu yan gdialami
oleh sesetengah pekerjaan.
Sebenarnya
kita patut lebih malu jika terpaksa bekerja menjadi GRO atau pelayan bar atau
penari di Kelab Dangdut. Tetapi ironinya jika yan gitu pun masih sanggup dibuat
oleh orang, ini bermakna perasaan malu itu relatif dan subjektif.
Dengan
hasil jualan aiskrim colek, Cikgu Salmah dapat membuka restoran pula. Bisnes
aiskrimnya diuruskan oleh suami dan anak-anak. Dia sendiri mengurus restoran. Hasil
ketekunan dan disiplin mereka dalam menyimpan wang, mereka Berjaya membeli
beberapa keeping tanah dan rumah kedai. Ikut perkiraan saya sekarang, asset dan
wang Cikgu Salmah sudah mencapai angka juta. Maka bolehlah dia digelar sebagai
jutawan. JUTAWAN SENYAP!
No comments:
Post a Comment