#oleh Azizan Osman pada 31 Disember 2015
“Ianya
bukan tentang apa yang berlaku kepada kita, tapi apa yang kita lakukan
tentangnya.
Apa hasil yang kita perolehi
adalah bergantung kepada sebaik mana perancangan kita.”
Mentor saya selalu berkata, apa yang
berlaku pada kita tidak semuanya menentukan masa depan kita kerana apa yang
berlaku telah berlaku. Sebenarnya, apa yang lebih penting ialah apa yang telah
kita pelajari dan lakukan dari apa yang telah berlaku.
Berikut 6 perkara penting yang anda perlu faham
dalam membuat perancangan yang berkesan untuk mencapai apa yang anda mahu.
1. Bina
perancangan yang terbaik untuk diri anda
Ada orang
yang sangat terperinci dan sangat bagus dalam mengikut segala apa yang
dirancang walaupun ianya sangat rumit. Ada orang tidak begitu terperinci.
Mana-mana satu pun adalah OK juga. Jadi, apakah perancangan yang baik?
Perancangan
yang baik kena sesuai dengan diri anda. Setiap dari kita adalah unik dan
mempunyai faktor yang berbeza untuk memotivasikan diri kita. Anda perlu membuat
rancangan yang sesuai dan sepadan dengan anda. Tetapi, kita juga mesti ada
perancangan beserta sasaran yang kita mahu capai yang boleh mendorong kita
membuat tindakan.
Jika anda
seorang yang biasa relaks, jangan paksa diri anda untuk habis membaca buku dan
jurnal dalam masa 2 jam. Ianya mungkin sukar dan akan membuatkan anda mudah
berputus asa. Apa sahaja personaliti anda, kekuatan dan kelemahan anda, buat
perancangan yang sesuai dengan diri anda.
2.
Luangkan masa untuk membuat perancangan
Mungkin
anda boleh buat pada setiap malam Ahad. Mungkin 20 minit setiap pagi atau pada waktu
rehat tengahari atau sebelum tidur. Mungkin di dalam kereta sambil mendengar CD
pada setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat. Apa pun, setkan satu masa untuk
melakukannya. Dalam membina perancangan langkah demi langkah, masukkan juga
matlamat yang anda ingin capai setiap minggu. Ia sepatutnya jelas, lengkap dan
boleh dicapai. Disiplinkan diri anda dan bertindak setiap hari. Ambil langkah
yang membawa anda lebih dekat kepada matlamat anda.
3. Simpan
satu jurnal
Jangan
bergantung pada memori anda tapi paksa diri anda untuk menulisnya. Tulis di
satu tempat yang boleh membantu anda kumpulkan maklumat yang memberi kesan
kepada perubahan anda. Saya telah melakukannya dan ia terbukti berkesan. Tulis
semua idea dan inspirasi yang membantu anda untuk bertindak dari mana anda
bermula hingga ke mana anda mahu sampai.
Jangan
lupakan semua idea yang memberi kesan besar kepada anda. Tulis semua impian dan
cita-cita anda. Jurnal anda merupakan tempat anda mengumpulkan semua maklumat
berharga yang anda jumpa. Jika anda serius untuk mengubah hidup anda untuk
menjadi lebih kaya, bahagia, berkat, sihat dan berjaya, anda perlu tulis dan
jurnalkan semuanya.
4.
Muhasabah diri
Sediakan
masa untuk muhasabah diri. Masa untuk menilai semula diri, untuk melihat semula
kehidupan yang lepas, untuk pelajari apa yang anda telah pelajari dari apa yang
telah anda lakukan di masa lalu. Saya gelarkannya sebagai “Rewind & Reflect”
supaya apa yang berlaku pada hari itu terkunci di dalam memori anda dan boleh
menjadi satu bahan untuk membantu anda muhasabah diri.
Bila anda
telah membaca semua perancangan ini, anda mungkin mahu meluangkan sedikit masa
untuk melihat kepentingannya pada diri anda. Luangkan beberapa minit dalam
hidup anda dan imbas kembali seluruh hari anda, siapa yang anda jumpa, siapa
yang anda lihat, apa yang telah terjadi dan apa yang anda rasa. Setiap hari
adalah seperti kepingan hidup anda.
Kemudian,
luangkan beberapa jam di hujung minggu untuk lihat kembali apa aktiviti yang
telah anda lakukan sepanjang minggu.
5.
Tetapkan matlamat
Anda perlu
ingat, perancangan anda adalah peta perjalanan hidup anda. Bagaimana anda mahu
mencapai apa yang anda ingin capai? Dari banyak perkara yang saya pelajari,
yang paling berkesan dan juga membantu saya berjaya dengan cepat adalah
bagaimana saya mahu tetapkan matlamat. Jika anda mampu menguasai perkara ini,
anda mampu memberi impak yang besar kepada diri anda.
Saya masih
ingat ketika saya menggantikan boss saya untuk menghadiri satu seminar sewaktu
saya bekerja dulu, saya telah diminta untuk menulis matlamat saya. Walaupun
saya tidak faham kenapa saya perlu menulisnya, tetapi saya telah menulis bahawa
saya mahu menjadi jutawan pada usia 35 tahun dan hasilnya saya berjaya menjadi
jutawan pada usia saya 31 tahun, Alhamdulillah.
6. Bertindak
seperti apa yang dirancang
Apa yang
membezakan seseorang yang berjaya dan seseorang yang gagal adalah orang yang
berjaya buat tindakan. Mereka mungkin tak sebijak pandai, tak memiliki CGPA
tinggi seperti orang lain tetapi mereka hanya tahu bertindak. Masa yang terbaik
untuk bertindak ialah bila emosi kita kuat. Apa yang akan jadi jika anda tidak
bertindak?
Kita akan
bersemangat untuk bertindak bila kita mula dapat idea, bila emosi sedang tinggi
tetapi bila kita bertangguh dan kita tidak buat tindakan segera, niat dan
keinginan kita akan mula berkurangan. Dan sebulan kemudian ianya akan sejuk,
setahun dari sekarang ianya akan hilang.
Jadi,
disiplinkan diri anda untuk bertindak bila idea yang datang itu masih kuat,
jelas dan masih panas. Itulah masanya untuk bertindak. Anda kuasai emosi yang
ada ketika itu dan jadikannya satu tindakan yang penuh disiplin.
Yang
menariknya, semua tindakan yang penuh disiplin itu akan menarik perkara yang
baik satu sama lain. Sebab itu, tindakan walau sekecil manapun adalah penting
kerana nilai dan kebaikan yang anda akan perolehi dari tindakan yang kecil itu
akan memberi inspirasi kepada anda untuk membuat tindakan yang lebih besar.
Jadi, mulakan tindakan berdasarkan apa yang telah anda rancang. Hasil yang akan
anda perolehi pasti sangat hebat.
Tetapi
kita mesti ingat, setiap perancangan ada kelemahannya sendiri. Kita hanya
manusia biasa, oleh itu, jadikan 6 tip ini untuk membantu anda bangkit semula
dan teruskan bertindak.
No comments:
Post a Comment