Tuesday, December 29, 2015

REJECTION




Bagi seorang usahawan yang Berjaya, penolakan adalah suatu yang lumrah dan menyedari bahawa untuk dapat jumlah jawapan ‘YA’ yang realistic, dia terpaksa bersedia dan sanggup mendengar banyak jawapan ‘TIDAK’.

Jika anda tidak mahu kepada sebarang penolakkan, saya boleh kongsikan anda dengan satu cara, bahkan inilah satu-satunya cara yang pasti. Caranya adalah dengan tidak meminta dan mengharapkan apa-apa pun daripada prospek dan bakal pelanggan anda.

Dalam erti kata yang lain, jangan membuat janji temu dan jangan cuba berkongsi tentang faedah barangan atau bagaimana hendak dapat menolong menyelesaikan masalah mereka. Dengan cara ini pastinya anda tidak dibantah. Malangnya anda juga tidak mendapat apa-apa dan membina rangkaian anda.

Bagaimana saya bukan pula bermaksud, bahawa jika anda tidak suka dibantah (penolakan), maka anda harus mengelak atau meninggalkan bidang ini. Sebenarnya hampir tiada orang yang suka dengan penolakan. Mereka kadang-kadang sedikit kecewa apabila berhadapan dengan penolakan.

Namun bagi mereka ini (usahawan yang Berjaya), jawapan ‘TIDAK’ adalah sebagai tanda ‘penglibatan’. Usahawan Berjaya sentiasa menyedari, sekali prospek atau bukan pelanggan mengatakan ‘TIDAK’ bukan bermakna akan kekal ‘TIDAK’ buat selamanya.

Yang pasti, lebih banyak jawapan ‘TIDAK’ akan mendekatkan kepada jawapan ‘YA’. Mungkin prospek dan bakal pelanggan anda belum memahami dan yakin terhadap produk, perkhidmatan atau peluang perniagaan yang anda kongsikan.

Justeru itu, tidakkah anda terfikir kebanyakan mereka yang menolak (mengatakan tidak ) sebenarnya ingin memahami lebih mendalam tentang produk, perkhidmatan atau peluang perniagaan yang anda ingin kongsikan.

Tidak dinafikan juga sebahagian yang menolak adalah terdiri daripada prospek yang membantah justeru untuk menidakkan produk, perkhidmatan atau peluang untuk ‘mengenakan’ anda, agar membeli produk atau perkhidmatan yang dijualnya atau menyertai perniagaan yang mereka sedang jalankan.

Mereka juga membantah (menolak) justeru mempertahankan apa yang mereka lakukan. Sehubungan itu, cuba kenal pasti golongan ini, dan jangan terlalu menghabiskan masa dengan mereka.

Namun jika anda Berjaya meyakinkan mereka bahawa mereka harus melakukan penghijrahan demi sebuah keberhasilan yang lebih baik tidak mustahil akan berlaku, apabila mereka juga menyedari produk, perkhidmatan atau perniagaan yang mereka jalankan tidak lagi relevan. Oleh itu anda harus melakukan susulan berterusan.

Usahawan yang dihormati,

Jangan bimbang dengan bantahan atau penolakan. Tiada bantahan yang membuar anda perlu risau. Lazimnya sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bantahan adalah satu penglibatan atau prospek inginkan penjelasan. Manakala tanpa apa-apa bantahan selalunya tiada apa-apa penghasilan.

Oleh yang demikian hadapi bantahan (penolakan) dengan tenang. Kenal pasti jenis-jenisnya dan pelajari teknik-teknik menjawab bantahan. Pengalaman semasa berhadapan dengan penolakan juga akan memberi pengalaman berganda.


Setelah anda bolah menguasai diri dan tidak berputus asa dengan sebarang penolakan anda sebenarnya sedang menuju sebuah kejayaan.

Ikhlas,
Datuk Dr. Stapa Hj Omar

No comments:

Post a Comment