Monday, November 16, 2015

Kiriman daripada Ustazah Nurhafizah



Tengok Pertandingan 90 minit…
Tengok Drama bersiri 60 minit…
Tengok Movie 130 minit….
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja…
DI dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat…

Untuk akal yang maju!!
Renungkanlah

Di Whatsapp 300 kawan…
Di blackberry 500 kawan..
Di Contact phone 80 kawan…
Di Kampung 50 kawan…

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan…

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini…

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup…

Pada Hakikatnya:
“Tidak ada yang dapat meberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu…”

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahawa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat ang Maha Rahman Azza Wa Jalla.

Apabila kamu telah selesai, kerjakan lah denganbersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaklah kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA..

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1.    Wajah yang cantik.
2.    Duit berjuta-juta.
3.    Sihat dan kuat.
4.    Anak-anak yang patuh serta Berjaya.
5.    Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Bagaimana caranya??

1.  Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak aka nada cahaya.
2.Barangsiapa yang tinggalkan solah Zuhur nescaya tak ada keberkatan dalam rezekinya.
3.  Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya.
4.Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang boleh dipetik dari anak-anaknya.
5.Barangsiapa yang tinggalkan solat Isya’ tak ada kenyamanan dalam tidurnya.

Tahu kenapa kalimah ‘Laailaaha illallah’ tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimat itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafaskan kalimah
Laa ilaaha illallah

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang-orang yang kita sayangi, berbahagi perkata yang bermanfaat adalah bahagian dari amal-amal soleh.

Sahabatmu dalam perkongsian..

Wallahu A’lam..

No comments:

Post a Comment