Wednesday, November 18, 2015

Kekayaan vs Kesihatan

Posted by Irfan Khairi

#kreditmincantek



Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali kita hanya mengambil berat tetang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sikit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan – seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.
Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:



-       Jaga permakanan kita – jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan jugga gula. Lebihkan buah-buahan dasn syur-sayuran. Makanan terbaik adalah makan organic (tidak diproses).



-      Bersenam selalu – lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapaaat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? Lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)



-       Cukupkan rehat – Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.

Di pasaran juga terdapat berbagai-bagai produk kesihatan yang dapat menjaga kesihatan kita.
Contoh seperti eDCL.

Dalam menjaga kewangan kita, kita perlu jaga kesihatan. Mungkin kita sihat tubuh badan hari ini, tetapi, 10…20 tahun akan datang, tiada siapa yang akan tahu.

Jaga kesihatan anda hari ini, untuk menjimat kewangan anda pada masa akan datang.

Sering kita dengar kisah-kisah seseorang dalam keluarga yang kurang sihat sehingga membebankan keadaan kewangan keluarga. Sememangnya kesihatan tubuh badan adalah di tangan Allah swt, tetapi terdapat juga penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

No comments:

Post a Comment