Salah satu strategi
pemasaran perniagaan kita adalah pemasaran mulut-ke-mulut, atau word-of-mouth-
di mana ianya adalah strategi yang percuma dan datangnya dari
pelanggan-pelanggan yang berpuas hati. Ianya dikatakan juga, 60% daripada
keuntungan sesuatu perniagaan, datangnya daripada promosi mulut-ke-mulut yang
positif.
Promosi sebegini hanya boleh
dicipta dengan melahirkan rasa puas hati daripada pelanggan.
Pelanggan bergembiran dengan
belian yang dilakukan, gembira dengan bantuan yang diberikan, dan merasakan
mereka melakukan keputusan yang amat baik. Perasaan yang lahir dalam hati ini
akan membuatkan mereka tergerak untuk kongsikan pengalaman dan keputusan belian
mereka bersama rakan-rakan dan keluarga.
Sebagai usahawan, kita perlu
ingat bahawa perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata. Tetapi,
perniagaan juga adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan membantu mereka
yang membeli.
Banyakkan senyuman ketika
berniaga, di riwayatkan Rasulullah juga ketika berniaga amat murah dengan
senyuman dan berlaku adil kepada semua pelanggan. Seraya mengakibatkan
perniagaan baginda laris disambut pelanggan.
No comments:
Post a Comment