Tuesday, November 27, 2012

BANYAKKAN BERDOA


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata bagi orang Mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi." (Riwayat al-Hakim dan Ibn Abi al Dunya)
Semasa berdoa, pastikan anda mematuhi adap-adap berdoa seperti:

  • Berdoa dalam keadaan berwuduk serta bersih daripada sebarang kotoran, hadas dan najis.

  • Mulai doa dengan membaca bismillah dan ucapan memuji-muji Allah serta beselawat ke atas Rasulullah s.a.w.

  • Duduk dan mengadap ke arah kiblat.

  • Memohon ampun dengan merendah diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.

  • Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa, bukannya semata-mata membaca doa.

  • Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan merendahkan suara.

  • Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.

  • Mengulangi bacaan doa dan sebanyak tiga kali bagi sesuat hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.

  • Menghindari diri daripada sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian atau perkerjaan.

  • Berdoa untuk kaum Muslimin dan Muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment