Tuesday, January 5, 2016

6 Langkah Untuk Rancang Kejayaan Anda Sempena Tahun Baru 2016

#oleh Azizan Osman pada 31 Disember 2015

“Ianya bukan tentang apa yang berlaku kepada kita, tapi apa yang kita lakukan tentangnya.
Apa hasil yang kita perolehi adalah bergantung kepada sebaik mana perancangan kita.”

Mentor saya selalu berkata, apa yang berlaku pada kita tidak semuanya menentukan masa depan kita kerana apa yang berlaku telah berlaku. Sebenarnya, apa yang lebih penting ialah apa yang telah kita pelajari dan lakukan dari apa yang telah berlaku.

Berikut 6 perkara penting yang anda perlu faham dalam membuat perancangan yang berkesan untuk mencapai apa yang anda mahu.

1. Bina perancangan yang terbaik untuk diri anda
Ada orang yang sangat terperinci dan sangat bagus dalam mengikut segala apa yang dirancang walaupun ianya sangat rumit. Ada orang tidak begitu terperinci. Mana-mana satu pun adalah OK juga. Jadi, apakah perancangan yang baik?
Perancangan yang baik kena sesuai dengan diri anda. Setiap dari kita adalah unik dan mempunyai faktor yang berbeza untuk memotivasikan diri kita. Anda perlu membuat rancangan yang sesuai dan sepadan dengan anda. Tetapi, kita juga mesti ada perancangan beserta sasaran yang kita mahu capai yang boleh mendorong kita membuat tindakan.
Jika anda seorang yang biasa relaks, jangan paksa diri anda untuk habis membaca buku dan jurnal dalam masa 2 jam. Ianya mungkin sukar dan akan membuatkan anda mudah berputus asa. Apa sahaja personaliti anda, kekuatan dan kelemahan anda, buat perancangan yang sesuai dengan diri anda.
2. Luangkan masa untuk membuat perancangan
Mungkin anda boleh buat pada setiap malam Ahad. Mungkin 20 minit setiap pagi atau pada waktu rehat tengahari atau sebelum tidur. Mungkin di dalam kereta sambil mendengar CD pada setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat. Apa pun, setkan satu masa untuk melakukannya. Dalam membina perancangan langkah demi langkah, masukkan juga matlamat yang anda ingin capai setiap minggu. Ia sepatutnya jelas, lengkap dan boleh dicapai. Disiplinkan diri anda dan bertindak setiap hari. Ambil langkah yang membawa anda lebih dekat kepada matlamat anda.
3. Simpan satu jurnal
Jangan bergantung pada memori anda tapi paksa diri anda untuk menulisnya. Tulis di satu tempat yang boleh membantu anda kumpulkan maklumat yang memberi kesan kepada perubahan anda. Saya telah melakukannya dan ia terbukti berkesan. Tulis semua idea dan inspirasi yang membantu anda untuk bertindak dari mana anda bermula hingga ke mana anda mahu sampai.
Jangan lupakan semua idea yang memberi kesan besar kepada anda. Tulis semua impian dan cita-cita anda. Jurnal anda merupakan tempat anda mengumpulkan semua maklumat berharga yang anda jumpa. Jika anda serius untuk mengubah hidup anda untuk menjadi lebih kaya, bahagia, berkat, sihat dan berjaya, anda perlu tulis dan jurnalkan semuanya.
4. Muhasabah diri
Sediakan masa untuk muhasabah diri. Masa untuk menilai semula diri, untuk melihat semula kehidupan yang lepas, untuk pelajari apa yang anda telah pelajari dari apa yang telah anda lakukan di masa lalu. Saya gelarkannya sebagai “Rewind & Reflect” supaya apa yang berlaku pada hari itu terkunci di dalam memori anda dan boleh menjadi satu bahan untuk membantu anda muhasabah diri.
Bila anda telah membaca semua perancangan ini, anda mungkin mahu meluangkan sedikit masa untuk melihat kepentingannya pada diri anda. Luangkan beberapa minit dalam hidup anda dan imbas kembali seluruh hari anda, siapa yang anda jumpa, siapa yang anda lihat, apa yang telah terjadi dan apa yang anda rasa. Setiap hari adalah seperti kepingan hidup anda.
Kemudian, luangkan beberapa jam di hujung minggu untuk lihat kembali apa aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang minggu.
5. Tetapkan matlamat
Anda perlu ingat, perancangan anda adalah peta perjalanan hidup anda. Bagaimana anda mahu mencapai apa yang anda ingin capai? Dari banyak perkara yang saya pelajari, yang paling berkesan dan juga membantu saya berjaya dengan cepat adalah bagaimana saya mahu tetapkan matlamat. Jika anda mampu menguasai perkara ini, anda mampu memberi impak yang besar kepada diri anda.
Saya masih ingat ketika saya menggantikan boss saya untuk menghadiri satu seminar sewaktu saya bekerja dulu, saya telah diminta untuk menulis matlamat saya. Walaupun saya tidak faham kenapa saya perlu menulisnya, tetapi saya telah menulis bahawa saya mahu menjadi jutawan pada usia 35 tahun dan hasilnya saya berjaya menjadi jutawan pada usia saya 31 tahun, Alhamdulillah.
6. Bertindak seperti apa yang dirancang
Apa yang membezakan seseorang yang berjaya dan seseorang yang gagal adalah orang yang berjaya buat tindakan. Mereka mungkin tak sebijak pandai, tak memiliki CGPA tinggi seperti orang lain tetapi mereka hanya tahu bertindak. Masa yang terbaik untuk bertindak ialah bila emosi kita kuat. Apa yang akan jadi jika anda tidak bertindak?
Kita akan bersemangat untuk bertindak bila kita mula dapat idea, bila emosi sedang tinggi tetapi bila kita bertangguh dan kita tidak buat tindakan segera, niat dan keinginan kita akan mula berkurangan. Dan sebulan kemudian ianya akan sejuk, setahun dari sekarang ianya akan hilang.
Jadi, disiplinkan diri anda untuk bertindak bila idea yang datang itu masih kuat, jelas dan masih panas. Itulah masanya untuk bertindak. Anda kuasai emosi yang ada ketika itu dan jadikannya satu tindakan yang penuh disiplin.
Yang menariknya, semua tindakan yang penuh disiplin itu akan menarik perkara yang baik satu sama lain. Sebab itu, tindakan walau sekecil manapun adalah penting kerana nilai dan kebaikan yang anda akan perolehi dari tindakan yang kecil itu akan memberi inspirasi kepada anda untuk membuat tindakan yang lebih besar. Jadi, mulakan tindakan berdasarkan apa yang telah anda rancang. Hasil yang akan anda perolehi pasti sangat hebat.

Tetapi kita mesti ingat, setiap perancangan ada kelemahannya sendiri. Kita hanya manusia biasa, oleh itu, jadikan 6 tip ini untuk membantu anda bangkit semula dan teruskan bertindak.

Tuesday, December 29, 2015

REJECTION




Bagi seorang usahawan yang Berjaya, penolakan adalah suatu yang lumrah dan menyedari bahawa untuk dapat jumlah jawapan ‘YA’ yang realistic, dia terpaksa bersedia dan sanggup mendengar banyak jawapan ‘TIDAK’.

Jika anda tidak mahu kepada sebarang penolakkan, saya boleh kongsikan anda dengan satu cara, bahkan inilah satu-satunya cara yang pasti. Caranya adalah dengan tidak meminta dan mengharapkan apa-apa pun daripada prospek dan bakal pelanggan anda.

Dalam erti kata yang lain, jangan membuat janji temu dan jangan cuba berkongsi tentang faedah barangan atau bagaimana hendak dapat menolong menyelesaikan masalah mereka. Dengan cara ini pastinya anda tidak dibantah. Malangnya anda juga tidak mendapat apa-apa dan membina rangkaian anda.

Bagaimana saya bukan pula bermaksud, bahawa jika anda tidak suka dibantah (penolakan), maka anda harus mengelak atau meninggalkan bidang ini. Sebenarnya hampir tiada orang yang suka dengan penolakan. Mereka kadang-kadang sedikit kecewa apabila berhadapan dengan penolakan.

Namun bagi mereka ini (usahawan yang Berjaya), jawapan ‘TIDAK’ adalah sebagai tanda ‘penglibatan’. Usahawan Berjaya sentiasa menyedari, sekali prospek atau bukan pelanggan mengatakan ‘TIDAK’ bukan bermakna akan kekal ‘TIDAK’ buat selamanya.

Yang pasti, lebih banyak jawapan ‘TIDAK’ akan mendekatkan kepada jawapan ‘YA’. Mungkin prospek dan bakal pelanggan anda belum memahami dan yakin terhadap produk, perkhidmatan atau peluang perniagaan yang anda kongsikan.

Justeru itu, tidakkah anda terfikir kebanyakan mereka yang menolak (mengatakan tidak ) sebenarnya ingin memahami lebih mendalam tentang produk, perkhidmatan atau peluang perniagaan yang anda ingin kongsikan.

Tidak dinafikan juga sebahagian yang menolak adalah terdiri daripada prospek yang membantah justeru untuk menidakkan produk, perkhidmatan atau peluang untuk ‘mengenakan’ anda, agar membeli produk atau perkhidmatan yang dijualnya atau menyertai perniagaan yang mereka sedang jalankan.

Mereka juga membantah (menolak) justeru mempertahankan apa yang mereka lakukan. Sehubungan itu, cuba kenal pasti golongan ini, dan jangan terlalu menghabiskan masa dengan mereka.

Namun jika anda Berjaya meyakinkan mereka bahawa mereka harus melakukan penghijrahan demi sebuah keberhasilan yang lebih baik tidak mustahil akan berlaku, apabila mereka juga menyedari produk, perkhidmatan atau perniagaan yang mereka jalankan tidak lagi relevan. Oleh itu anda harus melakukan susulan berterusan.

Usahawan yang dihormati,

Jangan bimbang dengan bantahan atau penolakan. Tiada bantahan yang membuar anda perlu risau. Lazimnya sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bantahan adalah satu penglibatan atau prospek inginkan penjelasan. Manakala tanpa apa-apa bantahan selalunya tiada apa-apa penghasilan.

Oleh yang demikian hadapi bantahan (penolakan) dengan tenang. Kenal pasti jenis-jenisnya dan pelajari teknik-teknik menjawab bantahan. Pengalaman semasa berhadapan dengan penolakan juga akan memberi pengalaman berganda.


Setelah anda bolah menguasai diri dan tidak berputus asa dengan sebarang penolakan anda sebenarnya sedang menuju sebuah kejayaan.

Ikhlas,
Datuk Dr. Stapa Hj Omar

Monday, December 28, 2015

TIPS PALING SUPER



Selalunya orang mengajar kita supaya "belajar bersyukur" tapi Guru mengajar supaya saya semalam "bersyukur sebelum dapat".

Contohnya:
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku jualan sebanyak (cth: RM 3600 )sebulan sebelum bulan Mei 2016

Nak bukti?
1 contoh yang diberikan semalam, Seorang anak lelaki cakap pada ayahnya;
Ayah saya nak kahwin.
Then ayahnya cakap,
Engkau dah ada duit ke...

2 minggu kemudian,
Anaknya cakap lagi...
Ayah saya nak kahwin,
Ayahnye jawab,
Duit dah kumpul ke? Ada ke?

4 minggu kemudian, perkara sama terjadi...

Semua orang akan cakap,
Kalau lebih 10x ada kemungkinan besar Ayahnya akan cakap, "engkau kahwinlah nak, ayah bantu engkau..."

Semua orang tahu, rezeki dari Allah. Dia yang MAHA kaya, pemberi rezeki. Jadi sebab tu Guru ajar, Berterima kasih sebelum dapat.
Jadi kalau nak berjaya dalam bisnes, tuliskan pada sekeping kertas, target anda ( berapa nak dapat), dan bila. Tampalkan di bilik atau tempat anda dan baca setiap hari. Kalau boleh setiap kali selesai solat fardhu.

Contoh:
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku jualan sebanyak (cth: sebut jumlahRM........) sebulan sebelum bulan 5 2016.

SELAMAT TAHUN BARU
2016


Sunday, December 27, 2015

KEMPEN GEGAR VAGANZA EUDORA BERLANGSUNG SEKARANG!!




PAKEJ 1






HURAIAN

-       Setiap seorang membuat belian peribadi
WM: RM 350.00/ EM: RM 378.00 (anda, L1 x 2 &  L2 x 4 )

-       Anda akan mendapat
Insentif pengenal       RM 120.00 x 2                 =            RM 240.00
Insentif dari L2            RM 12.00 x 4                    =            RM    48.00
Jackpot                         RM 200.00 X 1                 =            RM 200.00
Unilevel U                        10BV x 10%                     =            RM      1.00
Unilevel L1                       10BV x 2 x 6%                =            RM      1.20
Unilevel L2                       10BV x 4 x 6%               =            RM      2.40
                                                TOTAL                        =            RM 492.00


*NOTA PENTING:
Jackpot adalah sumbangan dari Syarikat  dengan syarat setiap seorang membuat belian peribadi.

PAKEJ 2








HURAIAN

-       Setiap seorang membuat belian peribadi
WM: RM 3,600.00/ EM: RM 3,888.00 (anda, L1 x 2 &  L2 x 4 )

-        Anda akan mendapat
Insentif pengenal            RM 1,500.00 x 2            =            RM3,000.00
Insentif dari L2                 RM 150.00 x 4                =            RM    600.00
Jackpot                              Handphone                     =            RM3,000.00
Unilevel U                         150BV x 10%                     =            RM      15.00
Unilevel L1                        150BV x 2 x 6%                =            RM      18.00
Unilevel L2                        150BV x 4 x 6%               =            RM      36.00
                                                TOTAL                           =            RM6,669.00

*NOTA PENTING:
Jackpot adalah sumbangan dari Syarikat  dengan syarat setiap seorang membuat belian peribadi.



PRODUK UNTUK KEMPEN XTERME EUDORA




Set A: Knee Guard





Set B: 1 set Pint Beaute (3unit) + 1 btl Amazing (270ml)


       


Set C: 2 unit Pink Beaute + 1 btl Nu Clonz






Set D: 1 set Majestic Lady







KEMPEN SAH DARI 1DISEMBER2015 HINGGA 18FEBRUARI2016










Thursday, December 24, 2015

Anugerah kebesaran

Tahniah diucapkan kepada Puan Hjh Norhayatti (BOD) eDCL
memperolih darjah kebesaran dari Negara Indonesia
Semoga eDCL lebih Sukses lagi, In Sha Allah




Monday, December 14, 2015

SENI IKHLAS

Terdapat 5 jenis  Seni Ikhlas

1.    Ikhlas tidak menafikan hak
2.    Ikhlas tidak menafikan kemanusiaan
3.   Ikhlas bukan langsung bermaksud tidak boleh cakap
4.   Ikhlas bukan langsung bermaskud tidak boleh tunjuk
5.   Ikhlas bukan langsung kena cakap semua.
i.               Perkara yang boleh berlaku kemudaratan
ii.             Tujuan pertanyaan untuk merompak
iii.            Tujuan permusuhan
iv.           Tujuan perasaan hati yang buruk tidak beradap
v.            Tujuan membuka keaiban diri yang telah Allah tutup


#kreditustazMamin

Sunday, December 13, 2015

BAGAIMANA NAK TINGKATKAN KEWANGAN



FORMULA  

GETRICH ~ Untuk berjaya didalam kewangan mesti;

G ~ Get up early
Bangun awal untuk mendapatkan keberkatan kehidupan
      
E ~ Earn more than U spend
Buat duit banyak 

T ~ Train yourself one finance fee
Belajar satu benda yang boleh buat duit Cth Jadikan kepakaran kita untuk dijadikan part time untuk mendapatkan duit lebih.

R ~ Resouce level
Kenali siapa kawan kita. Cari orang yang betul untuk perbaiki kehidupan. Network adalah sangat penting

I ~ Invest
Mula belajar untuk melabur

C ~ Cherity
Jangan lupa untuk memberi (sedekah)

H ~ Habbit

Jadikan keenam enam diatas sebagai satu habit


#kreditDAO
https://www.youtube.com/watch?v=ztl9Jxr4aLw