Saturday, July 2, 2016

SOALAN LAZIM BERKENAAN FLEXIWEAR



1.)  S: Apakah beza Flexiwear dengan kebanyakan knee protector di pasaran?
J: Flesiwear kami menggunakan teknologi nano dari Korea yang mana di kawasan knee cap & ankle cap protector kami mempunyai mineral yang ditenun ke dalam fabrik Flexiwear. Flexiwear kami juga menggunakan material microfiber yang mana si pemakai akan berasa selesa memakai Flexiwear untuk kegunaan harian kerana material yang memeri (Stretchable) dan material yang breathable.

2.)  S: Siapa yang boleh memakai Flexiwear?
J: Pemakai Flexiwear adalah sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif bersukan ataupun yang sering mengalami sakit sendi dan otot terutamanya di bahagian lutut, siku dan buku lali. Pemakaian Flexiwear sangat sesuai untuk golongan yang berumur yang sering mengalami sakit pinggang dan lutut untuk menunaikan solat.

3.)  S: Bolehkah pesakit yang menjalani pembedahan lutut atau bahagian yang berkenaan memakai Flesiwear?
J: Sesiapa yang pernah menjalani pembedahan di bahagian lutut, siku atau buku lali, adalah dinasihatkan untuk anda mendapatkan nasihat doctor sebelum memakai Flexiwear. Fungsi Flexiwear adalah untuk melegakan dan menyokong si pemakai serta merawat bergantung kepada keadaan si pemakai.

4.)  S: Bolehkah Flexiwear dibasuh menggunakan mesin basuh dan dijemur di tengah panas?
J: Kami menyarankan anda membuat cucian tangan dan tidak menggunakan sabun / dertergent bagi membersihkan Flexiwear anda. Ini adalah kerana bagi menjaga kandungan mineral yang terdapat pada Flexiwear tersebut. Untuk tujuan jemuran, adalah memadai untuk anda menggantungkan Flexiwear anda jauh dari sinaranmatahari untuk tujuan pengeringan.

5.)  S: Adakah Flexiwear boleh dipakai semasa kami melakukan aktiviti sukan lasak seperti berbasikal ataupun bermain skateboard?
J: Flexiwear sangat sesuai untuk dipakai bagi mereka yan gmencintakan aktiviti sukan lasak. Flexiwear boleh membantu mengurangkan tekanan pada sendi dan otot serta mengimbangkan suhu badan si pemakai semasa aktiviti sukan dijalankan.

6.)  S: Bolehkah Flexiwear dipakai semasa sedang tidur?

J: Tidak digalakkan untuk memakai Flexiwear semasa tidur kerana aktif mineral yang terdapat di dalam Flexiwear akan merangsang ion di dalam sendi dan membuatkan badan anda sentiasa bekerja walaupun sedang tidur. Ini akan membuatkan badan anda berasa sedikit berat sewaktu bangun dari tidur. Adalah memadai anda meletakkan Flexiwear tersebut dibahagian yang sakit atau lenguh tanpa pemakaian secara terus.

No comments:

Post a Comment