Prolapse rahim adalah
satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari
saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang
biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari
kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui
saluran faraj. Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia
hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu
rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah
apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu
keadaan yang biasa digelar "TOMBONG")
DIANTARA KESAN2 KEKENDURAN FARAJ
DAN OTOT RAHIM
1) Gangguan kencing.
Ramai wanita yang
mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah
perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang
ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin
ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat
seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud
ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh
dikawal. Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan
sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam
menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada
wudunya.
2) Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya
kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa
digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau
mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh
mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai
wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas
kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi
diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.
3) Ketidakselesaan dan sakit
pinggang
Gangguan lain yang boleh
timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu
benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri
atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik
otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan
ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.
4) Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang
teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali
pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau
erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan
atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada
juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang
berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.
PUNCA2 TERJADINYA
PROLAPSE/TOMBONG?
Terdapat beberapa faktor
yang mungkin menyebabkan terjadinya prolapse. Di antaranya adalah seperti
berikut:
i) Faktor Baka
Setengah wanita akan
mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu,
ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang sama. Bagaimana
penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan
atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan.
Kekenduran atau kelemahan otot dan tisyu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap
pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka
yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti
protin dan vitamin.
ii) Exercise
Proses kehamilan dan
kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya
tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini satu
perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak
seratus-peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise
untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai
punggung. Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran
adalah sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu
kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang
boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.
iii) Kehamilan dan
Kelahiran
Kehamilan dan kelahiran
memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan
pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang
biasanya memegang faraj dan mendokong
rahim. Kelahiran normal atau secara
forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan
ligamen-ligamen dan otot disekeliling faraj.
Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak
dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran
otot peranakan. Kelahiran yang memakan masa yang
lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran
dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti
vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada
berlakunya prolapse di kemudian hari.
iv) Menopaus
Keadaan menopaus atau
kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50
tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang
mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya
menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan.
Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang
akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali prolapse yang
teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas akibat daripada
ketandusan hormon ekoran daripada menopaus. Kegunaan hormon sebagai rawatan
menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.
v) Ketumbuhan Dalam Rahim
Pada wanita yang
mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti
pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas
ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah,
mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga
merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah.
Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak
melebihi saiz bola golf.
RAWATAN DAN PENCEGAHAN
Langkah yang terbaik bagi
wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin
menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah pertama:
i)Jaga kesihatan
dan kawal berat badan
Kegemukan adalah salah
satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan terhadap kecantikan
seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk terhadap
wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian
hari. Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal
makanan dan membuat exercise.
ii) Amalan
exercise
Amalan untuk menguatkan otot
perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu
amalan harian di kalangan wanita-wanita Malaysia.
Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita wanita Barat khususnya mereka
yang terpelajar. Banyak video- video yang memberi panduan tentang kaedah
exercise ini dapat di pasaran. Panduan untuk melakukan
exercise atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari
pakar physiotherapist atau juru-pulih anggota di hospital atau di klinik
swasta.
Ini sangat penting kerana
jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk
badan status tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan
ia boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan lain lain
gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim. Gerak tubuh ini boleh
dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah
dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik
dengan menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan
bayi serta melakukan exercise yang tertentu.
iii)
Exercise kemut atau 'grip'Exercise untuk mengemut atau grip adalah bertujuan
untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang
mengawal perkencingan. Cara melakukannya ialah kita bayangkan
seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam
alat zakar suami. Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk
beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan
seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah otot di
sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala. Jika
amalan ini dilakukan selalu, Insya-Allah kekuatan otot faraj dan lantai punggung
akan pulih seperti sedia-kala dan seterusnya dapat mengelakkan dari
pembedahan.
Pilihan tepat yang mudah untuk wanita masa
kini adalah dengan mengamalkan produk kesihatan "MEJESTIC LADY" iaitu
Gabungan antara Manja kan i dan QsheUp dapat menyelesaikan masalah kekenduran
rahim wanita…

Testimoni
"MAJESTIC LADY NI GILERR
LAHH!"
"Produk Majestik Lady ni mmg
gile lahh.. Mkn 2x aje dh nmpk hasil! Seriously my Skin terlalu sensitip, sgt
susah nak manage, salah mkn aje rashes. Tapi sy cuba Majestik lady next day
kulit sy rasa sgt better, lembap dan tak kering langsung. Tak tau apa akan jd
bila habis 2 botol nanti
Badan pun rasa energized. Seronok
jadi wanita.. hehehe."
- Puan Raja Maziah, General
Manager, 47 tahun -
Ni la pengakuan jujur ibu kepada
3 orang anak. Untuk pengetahuan semua, Kak raja ni memang la teramat sgt sibuk
menguruskn ribuan pekerja2 bwh Jagaan dia. Trip ke oversea? Tak usah ckp, mmg
dia kerap ke merata2 Alam. Jd nk jaga penampilan & kesihatan sbg wanita Dan
isteri tu mmg agk sukar.
Tapi Alhamdulillah dgn Majestic
Lady terbukti sehari jer makan dah nmpk hasil luarbiasa
Jadi ibu2, bakal2 isteri atau ank
dara kt luar sana x teringin ke kulit lembut, sentiasa bertenaga dan paling
penting dalaman tip top?
Pasti CUBA!!