Saturday, April 4, 2015

Doa Untuk Mendapatkan Anak - Perkongsian Dr Blog Ustaz Amin

Assalamualaikum wbt sahabat pembaca blog KDa.. semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dr Yang Maha Esa hendaknya... 


Hari ini Kda nak kongsikan satu artikel dr  Blog Ustaz Amin mengenai doa yg boleh diamalkan utk mendapat cahaya mata... so.. u all pun blh la amalkn dan sebarkan kpd kawan2 yg sedang berusaha utk mendapatkan cahaya mata... sama2 kita sebarkan kebaikan ye.. semoga kita dikurniakan anak yg ramai yg soleh dan solehah yg dpt membina dan membela Agama Islam selamanya... amin...

DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK - AMALAN DARI ULAMA MEKAH

Pertemuan saya dengan Habib Muhammad Jamalullail pada 21 Julai 2012 penuh dengan erti.
Habib Muhammad Jamallullail memberikan amalan untuk mendapat cahayamata bagi sesiapa yang susah atau belum mendapat cahaya mata.

Amalan ini boleh dibuat dengan dua keadaan:-
1. Jika kita ditempat kita
2. Jika kita datang menunaikan Umrah

Keadaan satu (Jika Kita Berada di Tempat Kita)

1. Jika kita ditempat kita, bacakan setiap kali waktu solat 7 kali dua doa di bawah diiringi dengan istigfar seperti di bawah 100 kali

رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ
maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ
Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir

Baca istigfar banyak2

أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.

Keadaan dua (Jika Kita Menunaikan Umrah)

Jika menunaikan umrah, setiap kali tawaf baca kedua-dua doa di atas, semasa di Mekah, baca Istighfar di atas banyak-banyak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam

#sumberKDACantek
 

No comments:

Post a Comment