Saturday, April 4, 2015

Belajar Berfikir Secara POSITIF

 



Apa itu berfikiran secara positif? Berfikir positif dalam bahasa mudahnya adalah bersangka baik. Dalam Islam sendiri kita disarankan supaya bersangka baik terhadap apa yg berlaku. Lawan kepada berfikir positif adalah berfikiran negatif. Apabila berfikir secara positif ia memberi kesan positif secara langsung kepada kita sendiri. Cuba anda bayangkan kalau kita asyik berfikiran negatif. Contoh ..susah lah…mana boleh..

Dari makna perkataan yang kita sebut itu menunjukkan kita tidak boleh nak buat sesuatu tindakan. Bila  kita cakap susah lah, kita semacam dah setkan dalam minda kita perkara tersebut susah. Belum kita cuba dah cakap susah.Entah2 senang jer.Tapi siang2 lagi dah cakap susah.Jadi sampai ke akhir bende tu pun jadi lah susah.Result dia pun jadi tak seberapa.

Terlalu berfikiran negatif boleh juga jadi kita tension dan silap2 boleh menyebabkan kita stress.Tu sebab bila kita turun musibah kepada diri kita, kita disarankan supaya menanggapnya sebagai ujian supaya kita ingat kepada-Nya dan baiki kekurangan yg ada.Cuba bayangkan apabila satu kesusahan menimpa kita, kemudian kita maki-hamun tak tentu arah atau habis org yg berdekatan dengan kita kena marah.Bukan ke lagi buat kita tension dan lagi stress.

Jadi cuba la kita belajar berfikiran positif. Bisikanlah perkataan positif pada diri anda.Supaya ia trigger otak kita untuk sentiasa berfikir positif.

Satu lagi cara bagaimana membentuk fikiran positif ialah berkawan dengan orang-orang yg positif. Apabila kita sentiasa di kelilingi oleh aura positif, maka kita sendiri akan tertarik kpd aura tersebut. Bila kita sendiri positif, makanya sudah tentu kita pula yg akan menarik aura positif yg lain...result?? tentulah perkara2 positif sahaja yg akan dtg kepada kita seperti jualan makin meningkat, pelanggan bertambah ramai, business partner makin bertambah dan kita juga akan semakin MAJU DAN BERJAYA!!! 

#sumberKDacantek

POSITIFKAH ANDA HARI INI??? 


No comments:

Post a Comment