Masalah andropaus ini dikenali sebagai sindrom
kekurangan hormon testosterone atau testosterone deficiency syndrome (TDS). Ia
agak berbeza daripada masalah menopaus yang dihadapi wanita.
Bagi lelaki, hormone testosterone masih wujud dalam
badan tetapi parasnya menurun. Apabila ia berkurangan, akan timbul pelbagai
simptom dan seseorang lelaki boleh mengalami masalah ini seawal lingkungan umur
40-an.
Masalah TDS ini berkaitan pelbagai masalah lain
seperti obesiti, kencing manis dan peningkatan paras kolesterol dalam badan. Ia
boleh menimbulkan masalah seperti osteoporosis, mati pucuk, sakit jantung dan
kemurungan.
Ada pelbagai simptom masalah TDS. Ini termasuk
keletihan berpanjangan, rasa tidak sihat dan tidak bermaya, sakit otot dan
sendi, kerap berpeluh dan mengalami hot flushes. Seseorang itu juga mengalami
masalah tidur seperti tidak lena, bangun awal, terasa letih walaupun mendapat
tidur secukupnya.
Seseorang juga boleh mengalami perasaan cepat
marah, sensitif, rasa kemurungan, tidak lagi berminat dengan sebarang aktiviti.
Dari aspek seksual pula, seseorang itu akan mengalami masalah mati pucuk, tidak
ada nafsu (libido) untuk melakukan hubungan seksual dan kurang/tidak ada ereksi
zakar pada waktu pagi. Ada juga pesakit mengalami masalah janggut atau misai
kurang lebat serta tidak lagi perlu bercukur sekerap dulu.
Jika anda mengalami simptom ini, adalah
dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar. Ini adalah kerana beberapa ujian
perlu dilakukan untuk mengesahkan masalah yang dihadapi. Ini termasuk ujian
simptom dengan mengunakan borang soal jawab seperti AMS Questionnaire dan ujian
paras hormone testosterone.
Sekiranya paras hormone testosterone rendah, anda dinasihatkan mengambil
hormon testosterone gantian (testosterone replacement therapy). Ada pelbagai
bentuk di pasaran seperti gel, patch tablet dan suntikan.
sumber:miqaelarshad
P/s: Jangan lupa amalkan cara hidup sihat dan positif dalam kehidupan seharian dan paling penting amalkan suppliment kesihatan untuk badan anda iaitu ADUKA & NUCELL.
Ingin dapatkan suppliment ni???
call KFC 0196746877 / email : eeda63111@gmail.com
No comments:
Post a Comment