Saturday, February 28, 2015

REMAJA DAN HAID YANG TIDAK TERATUR

Salam ..saya berumur 15 tahun ..pada usia 14 thun berat bdan sya ialah 72 kg dan kini sya telah berjaya menurunkan berat bdan  sya sehingga 65 kg namun begitu saya masih belum didatangi haid ...kali pertama sya datang haid adalah pada usia 13 tahun .. sejak kali pertama saya didatangi haid lagi memang haid sya tidak teratur dan darah haid yang keluar cuma sedikit...pada pendapat doktor ..apakah yang boleh sya lakukan agar kitaran haid sya teratur ? Saya amat bimbang jika ketidak hadiran haid ini adalah disebabkan penyakit2 tertentu yg menghalang keluarnya darah haid ..

WA ALAIKUM MUS SALAM

Sebenarnya adalah suatu yang normal bagi remaja perempuan yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid selama 28 hari hanya purata bagi kebanyakan wanita saja. Ianya bukanlah suatu kemestian dan tidak bermakna kitaran haid yang tidak teratur menandakan penyakit.

Setiap kitaran haid individu adalah berlainan. Kitaran haid yang masih dikatakan normal adalah antara 21 (paling pendek) hingga 35-40 hari (paling panjang). Kitaran yang tidak tetap ini berlaku dalam masa 2-3 tahun selepas bermulanya pendarahan haid dan ianya akan mula menjadi teratur selepas itu.

Lazimnya pendarahan haid akan berlangsung antara 3 hari hingga 7 hari dan amat jarang sekali yang mengalami pendarahan haid selama 14 hari.Seandainya pendarahan itu tidak terlalu banyak, ianya masih dikira normal namun amat sukar untuk mengagak kuantiti darah yang keluar secara normal.Secara anggaran ianya sebanyak ¼ cawan bersamaan dengan 10-15 pad yang basah dalam setiap kitaran haid.

Walaubagaimanapun ini bergantung kepada individu.Ada yang selesa menukarkan pad walaupun terdapat pendarahan yang sedikit. Ada pula yang tidak sempat menukarkannya akibat jadual sekolah yang padat. Jadi bilangan pad juga terlalu subjektif.Pendarahan yang banyak berlaku pada hari kedua dan ketiga,mungkin akan menggunakan 6 atau 8 pad pada hari itu. Kemudian ianya akan berkurangan.

Maka.dari itu hilangkan lah kerisauan jika mendapati kitaran haid, atau hari pendarahan atau banyaknya darah yang keluar itu berbeza dari kitaran haid sebelumnya.Harus difahami bahawa panjang atau pendek kitaran haid bagi remaja perempuan biasanya dipengaruhi hormon wanita yang mana ianya juga mempengaruhi tumbesaran.

Lazimnya ia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang sementara dan hormon ini juga dikawal oleh kelenjar pituitary di otak.Terdapat terlalu banyak faktor yang boleh mengganggu kitaran haid ini.

Bagi wanita dewasa yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur akibat ketidakseimbangan hormon, saya mencadangkan mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip fatimah keluaran UTM.


sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad



RM 95.00 (S) / RM 105.00 (SS) 
Cara minum
2 sudu pagi 2 sudu malam

Nak Bidadari PM / Whatsapp 019 6746877

No comments:

Post a Comment