WA ALAIKUM MUS SALAM
Sebenarnya adalah suatu yang normal bagi remaja perempuan yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid selama 28 hari hanya purata bagi kebanyakan wanita saja. Ianya bukanlah suatu kemestian dan tidak bermakna kitaran haid yang tidak teratur menandakan penyakit.
Setiap kitaran haid individu adalah berlainan. Kitaran haid yang masih dikatakan normal adalah antara 21 (paling pendek) hingga 35-40 hari (paling panjang). Kitaran yang tidak tetap ini berlaku dalam masa 2-3 tahun selepas bermulanya pendarahan haid dan ianya akan mula menjadi teratur selepas itu.
Lazimnya pendarahan haid akan berlangsung antara 3 hari hingga 7 hari dan amat jarang sekali yang mengalami pendarahan haid selama 14 hari.Seandainya pendarahan itu tidak terlalu banyak, ianya masih dikira normal namun amat sukar untuk mengagak kuantiti darah yang keluar secara normal.Secara anggaran ianya sebanyak ¼ cawan bersamaan dengan 10-15 pad yang basah dalam setiap kitaran haid.
Walaubagaimanapun ini bergantung kepada individu.Ada yang selesa menukarkan pad walaupun terdapat pendarahan yang sedikit. Ada pula yang tidak sempat menukarkannya akibat jadual sekolah yang padat. Jadi bilangan pad juga terlalu subjektif.Pendarahan yang banyak berlaku pada hari kedua dan ketiga,mungkin akan menggunakan 6 atau 8 pad pada hari itu. Kemudian ianya akan berkurangan.
Maka.dari itu hilangkan lah kerisauan jika mendapati kitaran haid, atau hari pendarahan atau banyaknya darah yang keluar itu berbeza dari kitaran haid sebelumnya.Harus difahami bahawa panjang atau pendek kitaran haid bagi remaja perempuan biasanya dipengaruhi hormon wanita yang mana ianya juga mempengaruhi tumbesaran.
Lazimnya ia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang sementara dan hormon ini juga dikawal oleh kelenjar pituitary di otak.Terdapat terlalu banyak faktor yang boleh mengganggu kitaran haid ini.
Bagi wanita dewasa yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur akibat ketidakseimbangan hormon, saya mencadangkan mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip fatimah keluaran UTM.
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
RM 95.00 (S) / RM 105.00 (SS)
Cara minum
2 sudu pagi 2 sudu malam
Nak Bidadari PM / Whatsapp 019 6746877