Tuesday, December 30, 2014

Tips kejayaan penyusuan susu ibu:

 

  

1. Selalu menarik puting ketika mandi di trimester terakhir supaya puting keluar dan mudah bagi bayi menyusu seusia lahir.

2. Pastikan penyusuan pertama sebaik sahaja bayi lahir atau dalam jangka masa tidak lebih satu jam selepas melahirkan. Penyusuan pertama ini adalah titik tolak memastikan penyusuan selanjutnya berjalan lancar dan mudah. Tiada masalah jika masih di wad bersalin dan belum berpindah ke wad biasa, semua boleh dilakukan jika kita mahu.

3. Abaikan mulut-mulut orang yang cuba memperlekehkan usaha kita untuk menyusukan bayi. Lebih elok jika dapat dedahkan dengan suami tentang kepentingan susu ibu supaya dia boleh menjadi penyokong tegar walaupun ahli keluarga lain mungkin tidak sependapat.

4. Jika menghadapi masalah, jangan segan untuk mendapatkan bantuan daripada pakar laktasi. Anda boleh sahaja membuat carian di internet untuk mendapatkan kontak pakar laktasi berhampiran.

5. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya memudahkan proses penyusuan dan memperbanyakkan susu kita. Anda boleh merujuk entri Amalan Baik Semasa Mengandung yang menggalakkan bakal ibu membaca surah Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu.


info :  Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil 

Banyakkan susu badan dengan BIDADARI XO!

Terbukti pilihan wanita kini, bukan hanya memperbanyakkan susu badan malahan badan ibu makin cergas dan bertenaga


No comments:

Post a Comment