Thursday, December 18, 2014

Penyakit Buah Pinggang





Apa Itu Buah Pinggang? 
Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang dan sebesar genggaman tangan. Mereka membesar semasa kamu membesar. Buah pinggang kamu diletak di bahagian bawah belakang badan anda.  

Apakah Kepentingan Buah Pinggang ? 
Buah Pinggang mempunyai beberapa fungsi yang penting. Di antaranya adalah membantu pembuangan cecair lebihan daripada tubuh badan, menapis darah dan menyerap zat-zat semasa membuang kompaun-kompaun yang lain. Mereka juga membantu mengimbang tekanan darah, sel-sel darah merah dan jumlah zat-zat tertentu seperti kalsium dan potassium. Jika buah pinggang kamu berhenti berfungsi, kamu mesti menjalankan dialysis untuk membersihkan darah kamu (ataupun menjalankan pemindaan buah pinggang) supaya toksin-toksin tidak terkumpul di dalam darah dan membawa masalah perubatan yang selanjutnya kepada kamu.  

Apakah Fungsi Buah Pinggang? Bagaimana Ia Dijalankan?  
Darah memasuki buah pinggang kamu menerusi satu arteri yang sambung dari hati. Semasa darah mengalir menerusi buah pinggang, ia dibersihkan melalui beribu-ribu sel-sel tapisan yang kecil. Bahan-bahan buangan akan dihantar ke ureter and dibuangkan sebagai kencing. Darah yang bersih dikitar semula melalui salur darah melalui vein.  

Apakah Penyakit (Kegagalan) Buah Pinggang?  
Kegagalan buah pinggang bermakna buah pinggang kamu tidak berfungsi. Oleh demikian, badan kamu tidak dapat mengawal jumlah cecair dalam badan kamu ataupun tidak dapat mengimbangi jumlah zat-zat yang diperlukan seperti potassium dan fosforus. Dalam sesetengah kes, kehilangan fungsi buah pinggang ini adalah sementara dan mungkin dipulihkan. Akan tetapi, kebanyakan kegagalan buah pinggang adalah berkekalan. Walaupun kegagalan buah pinggang adalah bersifat sementara, rawatan dialysis mesti dijalankan untuk melindungi badan kamu daripada toksin-toksin dan tidak keseimbangan cecair.  



                                                            Buah pingang yang rosak
                                                                              
Apa Yang Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang? 
Buah pinggang boleh dirosakkan dalam kemalangan ataupun disebabkan oleh penyakit. Dua penyebab kegagalan buah pinggang yang biasa adalah berpunca daripada komplikasi penyakit kencing manis yang tidak terkawal ataupun tekanan darah tinggi. Di samping itu, penyalahgunaan dadah seperti NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs - seperti ibuprofen, acetominophen, etc.) boleh juga menyebabkan kegagalan buah pinggang.  


Cara-Cara Mudah Untuk Menghindar Penyakit Buah Pinggang   
Langkah-langkah mudah ini boleh menjaga kesihatan buah pinggang kamu, ataupun jika ada pesakit buah pinggang dalam keluarga kamu, ia boleh menambah usia buah pinggang supaya mereka akan berfungsi dengan lebih baik.  
  • Minum air yang banyak. Minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air (bukan minumum kilangan seperti soda) setiap hari. Ini adalah penting bagi mengelakkan batu buah pinggang.
  • Penghindaran atau perawatan diabetes dan tekanan darah tinggi. Amalkan senaman yang mencukupi (Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan rancangan senaman yang baru). Tidak merokok. Mengekalkan berat badan yang seimbang. Mengawal gula darah kamu jika anda mengidap diabetes.
  • Makanan diet yang seimbang
  • Merawat luka dan jangkitan. Mengikut arahan penasihat kesihatan anda. Cuba menghindari jangkitan dengan menjaga kebersihan.
  • Hadkan dedahan kepada logam-logam berat dan bahan kimia bertoksid.Mengelakkan penggunaan dadah yang tidak perlu.
 Sumber : 
 http://reocities.com


CADANGAN PMC :

SET ASAS 5 P (NUCLONZ, NUCELL, MADU AMAZING, OXY PI D'IONIK, E-G'NIUS) + D~BLESS

NUCLONZ :
 Melalui penggunaan NuClonz sebagai pencuci usus membantu meningkatkan lagi penyerapan di usus, membantu menghasilkan darah yang bersih seterusnya mengurangkan bebanan penapisan oleh buah pinggang.     

NUCELL :
Melalui pembakaran kolesterol oleh Nucell meningkatkan lagi pencucian darah juga mengurangkan bebanan penapisan oleh buah pinggang.   

 
MADU AMAZING :
Penggunaan Madu Amazing meningkatkan pembinaan tisu-tisu baru seterusnya membaik pulih organ buah pinggang.    

 








 
E-G'NIUS :
Garam-garam tisu yang terdapat dalam E-g'nius meningkatkan potensi otak yang mengawal aktiviti buah pinggang.    
 



No comments:

Post a Comment