Tuesday, December 2, 2014

Petua Kejayaan

Assalamualaikum wbt utk pembaca blog kfc yg amat amat disayangi...


Hari ni Kda nak kongsikan beberapa petua utk mencapai kejayaan. Petua ni kda dapat masa kda menghadiri satu Seminar Dr Azizan Osman, Pakar Kejayaan & Kekayaan. Memang best sgt dpt pergi ke seminar DAO ni..kalau u all ada peluang dan ruang, kda nasihatkan pergilah utk kenali potensi diri dan ketahui banyak jalan utk kita berjaya dan kaya. 

Antara petua utk berjaya ialah kena ada konsep M.E.S.T.I =

M - MENTOR ( guru yang pakar tentang bidang yang nak kita ceburi.. Kalau nak berjaya jadi Jutawan MLM contohnya... Carilah Dato' Dr Stapa Hj Omar. Seorang Bumiputera yg amat berjaya dlm perniagaan MLM tulen.  )

E -  E- Lmu  ( Ilmu tentang mengurus emosi..pelanggan dan juga kita sendiri...contoh bagaimana nak bagi pelanggan seronok berurusan dgn kita. Atau cmne kita nak menguruskan emosi kita tatkala menghadapi cabaran dan tekanan dlm perniagaan. Haa..dlm perniagaan ni ada byk liku2 tau..bkn senang nak senang..kena ada banyak elmu utk handle tu). satu lagi ialah 
Ilmu tentang perniagaan yang hendak dijalankan.. haaa yg ni memang penting. Kita kena tahu apa yg kita nak buat. Jangan main langgar je. Kalau rasa nak buat MLM, kena tahu MLM apa, siapa pengasas, background syarikat, apa produk, boleh jual ke tak, repeat sale tinggi ke tak. Kalau boleh kita ni nak perniagaan yg blh beri keuntungan yg berpanjangan dan berkali ganda. Bukan nak jual barang tu sekali je..takde repeat sale memang payah nak buat..setiap kali kena cari pelanggan baru. Larat ke?  

S - Sistem   ( macam sistem francais atau MLM yang berjaya..juga kita boleh wujudkan sistem kerja kita utk mencapai sasaran kita. Bg kda pula, sistem amat penting utk pastikan kita sentiasa berada ats track yg betul. Kalau main belasah je, takde sistem perniagaan blh hancuss tau. Kita kena wujudkan sendiri sistem kerja seperti data pelanggan, rekod jual beli, rekod stok atau yg berkaitan. Dgn ini kita nak pantau hasil kerja pun senang.)

T- Tindakan  - membuat tindakan dengan segera dan pantas. Nampak je peluang terus garab. Jangan tunggu tunggu lagi..sebab peluang yg baik biasanya datang sekali je. Jangan kata nak berjaya tapi nk tengok org sebelah berjaya dulu. Nak tengok org sebelah pakai kereta mewah dulu baru nk buat. Kalau cmni alamatnya org dah pergi ke bulan ke bintang, awk masih la dok kt bawah tempurung lg.

I-  Impian yang jelas - kita kena setkan matlamat / impian kita dgn jelas. kalau nak berjaya, kena setkan bila nak berjaya tu. berjaya dlm bidang apa. berapa pendapatan yg kita nak. kalau nak beli kereta, kena tahu kereta jenis apa, model apa, warna apa, keluaran tahun berapa..ha..bkn main set mcm gitu je


No comments:

Post a Comment