Tuesday, December 30, 2014

Tips kejayaan penyusuan susu ibu:

 

  

1. Selalu menarik puting ketika mandi di trimester terakhir supaya puting keluar dan mudah bagi bayi menyusu seusia lahir.

2. Pastikan penyusuan pertama sebaik sahaja bayi lahir atau dalam jangka masa tidak lebih satu jam selepas melahirkan. Penyusuan pertama ini adalah titik tolak memastikan penyusuan selanjutnya berjalan lancar dan mudah. Tiada masalah jika masih di wad bersalin dan belum berpindah ke wad biasa, semua boleh dilakukan jika kita mahu.

3. Abaikan mulut-mulut orang yang cuba memperlekehkan usaha kita untuk menyusukan bayi. Lebih elok jika dapat dedahkan dengan suami tentang kepentingan susu ibu supaya dia boleh menjadi penyokong tegar walaupun ahli keluarga lain mungkin tidak sependapat.

4. Jika menghadapi masalah, jangan segan untuk mendapatkan bantuan daripada pakar laktasi. Anda boleh sahaja membuat carian di internet untuk mendapatkan kontak pakar laktasi berhampiran.

5. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya memudahkan proses penyusuan dan memperbanyakkan susu kita. Anda boleh merujuk entri Amalan Baik Semasa Mengandung yang menggalakkan bakal ibu membaca surah Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu.


info :  Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil 

Banyakkan susu badan dengan BIDADARI XO!

Terbukti pilihan wanita kini, bukan hanya memperbanyakkan susu badan malahan badan ibu makin cergas dan bertenaga


Bahaya PARACETAMOL



Lazimnya kalau kita demam atau sakit kepala, kita akan mencari ubat yang bernama panadol 
(paracetamol). Memanglah ubat ini akan memberi kelegaan dalam masa yang singkat.Tapi terfikirkah kalian bahawa kesanJANGKA masa panjang pengambilan ubat ini akan memudaratkan anda terutamanya akan merosakkan hati jika pengambilannya diambil secara berterusan. So kalau demam sikit-sikit, janganlah terlalu 'manja' untuk bergantung pada paracetamol ok. Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK.
Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam(antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever). Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. 
Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda. Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah: 

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut. Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. 

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis. 

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency. 4) Allergic (pada sebahagian individu).

Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan macam korang semua makan vitamin. Mulakan hari ni dgn bertukar kpd produk kesihatan yg tiada kesan sampingan.AmalkanAMAZING dan NIGELLA serta DBLESS utk melegakan demam, sakit kepala, batuk dan selsema secara semulajadi....kerana saya sekeluarga amat jarang mengambil PARACETAMOL.... 


CALL 019 6746877
We Share We Care.............

Thursday, December 18, 2014

Penyakit Buah Pinggang





Apa Itu Buah Pinggang? 
Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang dan sebesar genggaman tangan. Mereka membesar semasa kamu membesar. Buah pinggang kamu diletak di bahagian bawah belakang badan anda.  

Apakah Kepentingan Buah Pinggang ? 
Buah Pinggang mempunyai beberapa fungsi yang penting. Di antaranya adalah membantu pembuangan cecair lebihan daripada tubuh badan, menapis darah dan menyerap zat-zat semasa membuang kompaun-kompaun yang lain. Mereka juga membantu mengimbang tekanan darah, sel-sel darah merah dan jumlah zat-zat tertentu seperti kalsium dan potassium. Jika buah pinggang kamu berhenti berfungsi, kamu mesti menjalankan dialysis untuk membersihkan darah kamu (ataupun menjalankan pemindaan buah pinggang) supaya toksin-toksin tidak terkumpul di dalam darah dan membawa masalah perubatan yang selanjutnya kepada kamu.  

Apakah Fungsi Buah Pinggang? Bagaimana Ia Dijalankan?  
Darah memasuki buah pinggang kamu menerusi satu arteri yang sambung dari hati. Semasa darah mengalir menerusi buah pinggang, ia dibersihkan melalui beribu-ribu sel-sel tapisan yang kecil. Bahan-bahan buangan akan dihantar ke ureter and dibuangkan sebagai kencing. Darah yang bersih dikitar semula melalui salur darah melalui vein.  

Apakah Penyakit (Kegagalan) Buah Pinggang?  
Kegagalan buah pinggang bermakna buah pinggang kamu tidak berfungsi. Oleh demikian, badan kamu tidak dapat mengawal jumlah cecair dalam badan kamu ataupun tidak dapat mengimbangi jumlah zat-zat yang diperlukan seperti potassium dan fosforus. Dalam sesetengah kes, kehilangan fungsi buah pinggang ini adalah sementara dan mungkin dipulihkan. Akan tetapi, kebanyakan kegagalan buah pinggang adalah berkekalan. Walaupun kegagalan buah pinggang adalah bersifat sementara, rawatan dialysis mesti dijalankan untuk melindungi badan kamu daripada toksin-toksin dan tidak keseimbangan cecair.  



                                                            Buah pingang yang rosak
                                                                              
Apa Yang Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang? 
Buah pinggang boleh dirosakkan dalam kemalangan ataupun disebabkan oleh penyakit. Dua penyebab kegagalan buah pinggang yang biasa adalah berpunca daripada komplikasi penyakit kencing manis yang tidak terkawal ataupun tekanan darah tinggi. Di samping itu, penyalahgunaan dadah seperti NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs - seperti ibuprofen, acetominophen, etc.) boleh juga menyebabkan kegagalan buah pinggang.  


Cara-Cara Mudah Untuk Menghindar Penyakit Buah Pinggang   
Langkah-langkah mudah ini boleh menjaga kesihatan buah pinggang kamu, ataupun jika ada pesakit buah pinggang dalam keluarga kamu, ia boleh menambah usia buah pinggang supaya mereka akan berfungsi dengan lebih baik.  
  • Minum air yang banyak. Minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air (bukan minumum kilangan seperti soda) setiap hari. Ini adalah penting bagi mengelakkan batu buah pinggang.
  • Penghindaran atau perawatan diabetes dan tekanan darah tinggi. Amalkan senaman yang mencukupi (Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan rancangan senaman yang baru). Tidak merokok. Mengekalkan berat badan yang seimbang. Mengawal gula darah kamu jika anda mengidap diabetes.
  • Makanan diet yang seimbang
  • Merawat luka dan jangkitan. Mengikut arahan penasihat kesihatan anda. Cuba menghindari jangkitan dengan menjaga kebersihan.
  • Hadkan dedahan kepada logam-logam berat dan bahan kimia bertoksid.Mengelakkan penggunaan dadah yang tidak perlu.
 Sumber : 
 http://reocities.com


CADANGAN PMC :

SET ASAS 5 P (NUCLONZ, NUCELL, MADU AMAZING, OXY PI D'IONIK, E-G'NIUS) + D~BLESS

NUCLONZ :
 Melalui penggunaan NuClonz sebagai pencuci usus membantu meningkatkan lagi penyerapan di usus, membantu menghasilkan darah yang bersih seterusnya mengurangkan bebanan penapisan oleh buah pinggang.     

NUCELL :
Melalui pembakaran kolesterol oleh Nucell meningkatkan lagi pencucian darah juga mengurangkan bebanan penapisan oleh buah pinggang.   

 
MADU AMAZING :
Penggunaan Madu Amazing meningkatkan pembinaan tisu-tisu baru seterusnya membaik pulih organ buah pinggang.    

 








 
E-G'NIUS :
Garam-garam tisu yang terdapat dalam E-g'nius meningkatkan potensi otak yang mengawal aktiviti buah pinggang.    
 



Monday, December 8, 2014

Cara Terbaik Hilangkan Bau Badan

by MUHAMMAD FAIZ 

MASALAH badan berbau sememangnya memalukan. Kerap kali, peluh dikaitkan sebagai punca utamanya. Namun apakah ini benar?
Hakikatnya tidak, kerana pada asasnya, peluh tidak berbau tetapi bakteria yang menyebabkan badan berbau. Ia berlaku terjadi apabila bakteria di bawah kulit memecahkan peluh kepada asid.
Bau badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan, ubat-ubatan yang anda ambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan peranan. Di kalangan kanak-kanak, bau badan kerap kalinya dikaitkan sebagai penanda tahap kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan berbau pada usia 14 ke 16 tahun manakala 15 ke 17 bagi remaja lelaki.
Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan yang pedas dan memakan ubat-ubatan khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berhadapan dengan masalah bau badan.
Ada juga kemungkinan dalam kes-kes yang lebih serius perubahan bau badan menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan lebih serius dan memerlukan rawatan lanjut.
Dari sudut perubatan, kelenjar peluh (apocrine glands) di bawah lengan dan di paha merembeskan bahan yang menjadi punca bau badan. Bahan ini mengandungi protein, karbohidrat dan lemak selalu dirembeskan dengan banyak melalui hormon seksual apabila seseorang itu mengalami tekanan emosi. Ia menyebabkan bakteria menyerang sekali gus menghasilkan bau.
Bau tidak menyenangkan bukan berlaku pada setiap bahagian tubuh tetapi lebih kerap di kaki, paha, ketiak, bahagian sulit dan belakang telinga. Jika bau busuk itu berlaku di kaki, umumnya ini kerana pemakaian kasut dan stokin yang menyebabkan peluh tersekat. Ini juga memudahkan bakteria memecahkannya kepada bahan-bahan yang menyebabkan bau.
Kaki yang lembap juga berisiko untuk jangkitan fungus yang turut mencetuskan bau kurang selesa. Kerap kali juga bau badan dikaitkan dengan rejim kebersihan individu. Kurang mandi atau pemilihan fabrik pakaian yang salah memerangkap peluh.
Apapun, bau badan umumnya mudah ditangani. Menggunakan sabun antibakteria atau pewangi badan, menggunakan baju daripada kain kapas misalnya, memudahkan penyerapan peluh.
PRODUK AUDESTEE YANG DISYORKAN
Untuk wanita di syorkan ambik ANJELIETA dan T-LAWAS
Untuk lelaki di syorkan ambik SADOEMAN dan T-LAWAS



Tuesday, December 2, 2014

Petua Mendapatkan Anak

Inspirasi untuk pembaca Bloq,

Assalamualaikum 


Terjumpa petua ni dari blog MamaKembar3 and nak kongsikan di sini.  Ada doa & amalan amalan yang boleh dimanfaat kan oleh pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Kalau anda yang dah pernah amalkan tapi masih belum berjaya, terus kan lah.  Benda baik elok tak rugi kalau terus buat kan?  Mana tau dengan berkat usaha tanpa putus asa moga Allah akan makbul kan permintaan kita, InsyaAllah :-)

Doa Memohon Zuriat - amalkan sebagai zikir sepanjang masa:

  

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi’
(Surah Al Anbiya’ [21]:89)

 

"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa”
(Surah Ali Imran [3]: 38)


Usia Kandungan 2 bulan..
Selain tu, amalan-amalan lain yang boleh di amalkan: 

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
·    Baca Bismillah 1 kali
·    Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
·    Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
·    Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. 
    (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
·    Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
(credit to Mama di atas Artikel ini..)

Kita hanya berusaha tapi semuanya terletak pada ketentuan Allah-usaha, tawakal dan redha. Wallahu'alam....


#sumbermincantek

Petua Kejayaan

Assalamualaikum wbt utk pembaca blog kfc yg amat amat disayangi...


Hari ni Kda nak kongsikan beberapa petua utk mencapai kejayaan. Petua ni kda dapat masa kda menghadiri satu Seminar Dr Azizan Osman, Pakar Kejayaan & Kekayaan. Memang best sgt dpt pergi ke seminar DAO ni..kalau u all ada peluang dan ruang, kda nasihatkan pergilah utk kenali potensi diri dan ketahui banyak jalan utk kita berjaya dan kaya. 

Antara petua utk berjaya ialah kena ada konsep M.E.S.T.I =

M - MENTOR ( guru yang pakar tentang bidang yang nak kita ceburi.. Kalau nak berjaya jadi Jutawan MLM contohnya... Carilah Dato' Dr Stapa Hj Omar. Seorang Bumiputera yg amat berjaya dlm perniagaan MLM tulen.  )

E -  E- Lmu  ( Ilmu tentang mengurus emosi..pelanggan dan juga kita sendiri...contoh bagaimana nak bagi pelanggan seronok berurusan dgn kita. Atau cmne kita nak menguruskan emosi kita tatkala menghadapi cabaran dan tekanan dlm perniagaan. Haa..dlm perniagaan ni ada byk liku2 tau..bkn senang nak senang..kena ada banyak elmu utk handle tu). satu lagi ialah 
Ilmu tentang perniagaan yang hendak dijalankan.. haaa yg ni memang penting. Kita kena tahu apa yg kita nak buat. Jangan main langgar je. Kalau rasa nak buat MLM, kena tahu MLM apa, siapa pengasas, background syarikat, apa produk, boleh jual ke tak, repeat sale tinggi ke tak. Kalau boleh kita ni nak perniagaan yg blh beri keuntungan yg berpanjangan dan berkali ganda. Bukan nak jual barang tu sekali je..takde repeat sale memang payah nak buat..setiap kali kena cari pelanggan baru. Larat ke?  

S - Sistem   ( macam sistem francais atau MLM yang berjaya..juga kita boleh wujudkan sistem kerja kita utk mencapai sasaran kita. Bg kda pula, sistem amat penting utk pastikan kita sentiasa berada ats track yg betul. Kalau main belasah je, takde sistem perniagaan blh hancuss tau. Kita kena wujudkan sendiri sistem kerja seperti data pelanggan, rekod jual beli, rekod stok atau yg berkaitan. Dgn ini kita nak pantau hasil kerja pun senang.)

T- Tindakan  - membuat tindakan dengan segera dan pantas. Nampak je peluang terus garab. Jangan tunggu tunggu lagi..sebab peluang yg baik biasanya datang sekali je. Jangan kata nak berjaya tapi nk tengok org sebelah berjaya dulu. Nak tengok org sebelah pakai kereta mewah dulu baru nk buat. Kalau cmni alamatnya org dah pergi ke bulan ke bintang, awk masih la dok kt bawah tempurung lg.

I-  Impian yang jelas - kita kena setkan matlamat / impian kita dgn jelas. kalau nak berjaya, kena setkan bila nak berjaya tu. berjaya dlm bidang apa. berapa pendapatan yg kita nak. kalau nak beli kereta, kena tahu kereta jenis apa, model apa, warna apa, keluaran tahun berapa..ha..bkn main set mcm gitu je