Thursday, January 14, 2016

Bagaimana Bermula Bisnes (ShazanaRich)

#coretan anak didikku








Masalah kewangan adalah menjadi perkara penting dalam kehidupan setiap keluarga.

"Duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan DUIT".

Saya mula tercari-cari apa yang perlu saya lakukan untuk menambah pendapatan. Orang kata berniaga boleh banyak duit. Nak berniaga ...!!

Tarikh keramat 5 November 2015, bermulanya langkah saya terjebak dalam "Perniagaan". Ianya telah merubah kehidupan saya 360 darjah. 

Bermodalkan RM300.00 saya bermula. Pada awalnya rasa was-was pun ada dan produk hanya untuk makan sendiri. Dah makan.. Dah rasa...Dah dapat kesan yang menyeronokkan, mulut dengan sendirinya berkata, berkongsi kebaikan produk kepd kakak, kawan pejabat juga jiran-jiran.

Siapa tak suka sihat....
Siapa tak suka cantik...

Bila mereka perlukan produk saya mula terpingga-pingga mana nak cari produk....yang ada ni untuk makan sendiri ...

Alhamdulilah Allah sentiasa menunjukkan jalan dan cara. Kakak yang perkenalkan saya dengan produk ajaib ini menghubungi saya, dengan senanghati dia datang ke rumah memberi penerangan membantu dan berkongsi teknik perniagaan.

Langkah pertama yang harus saya ambil adalah mesti berani mencuba dan keluar dari takuk ketakutan yang selalu 
disebut-sebut orang;

  Aku dah Buat, Susah!!
       Senang ker nak jual!!
      Selamat ker produk ni!!
    Mahalnya!!

Bermula dari 2 botol untuk diri sendiri akhirnya dengan rasa senang hati saya mengambil pakej ushawan dengan bermodalkan RM3,600.  Sumber kewangan yang ada hanya dari akaun ASB. TInggal sebulan saja lagi untuk dapat dividen….RM3,600 kalau 10% dapatlah RM360  ..tahun 2015 ni ekonomi teruk giler..agak-agak berapa RM??

TUTUP MATA jer.. Tak Cuba Tak Tau ..

Hari ini setelah sebulan,

Apa dah jadi !!
Apa yang saya dapat!!






Saya telah dapat pulangan 20 kali ganda dividen hanya dalam sebulan berniaga….RM6,000.00 tunai.

Alhamdulilah berkat DUPLIKASI  dan tunjukajar Mentor saya 
Kak Faz rezeki saya LUAR BIASA!! 


Syukur Alhamdulilah...saya Noor Maizana Abd Rahim (ShazanaRich) +6012.333.7095



Wednesday, January 6, 2016

KEKENDURAN RAHIM (UTERUS PROLAPSE) /TOMBONG








Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar "TOMBONG")

DIANTARA KESAN2 KEKENDURAN FARAJ DAN OTOT RAHIM   

1) Gangguan kencing.




Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah  perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.   Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudunya.

2) Gangguan hubungan kelamin


Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

3) Ketidakselesaan dan sakit pinggang


Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan.     Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.

4) Gangguan Kesihatan

Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.   Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.    Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.



PUNCA2 TERJADINYA PROLAPSE/TOMBONG?


Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya prolapse. Di antaranya adalah seperti berikut:

i)  Faktor Baka


Setengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang sama.    Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan.    Kekenduran atau kelemahan otot dan tisyu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.

 ii)  Exercise

Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim.   Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung.    Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse.    Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.

 iii)  Kehamilan dan Kelahiran


Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendokong rahim.        Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot disekeliling faraj.     Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan.      Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.    
  

 iv)  Menopaus


Keadaan menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan.     Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse.     Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus. Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse. 

v) Ketumbuhan Dalam Rahim


Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah.    Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.

RAWATAN DAN PENCEGAHAN

Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah pertama:


 i)Jaga kesihatan dan kawal berat badan

Kegemukan adalah salah satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk terhadap wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian hari.     Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat exercise.    

 ii)  Amalan exercise

Amalan untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita-wanita Malaysia.     Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video- video yang memberi panduan tentang kaedah exercise ini dapat di pasaran.     Panduan untuk melakukan exercise atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar physiotherapist atau juru-pulih anggota di hospital atau di klinik swasta.    

Ini sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk badan status tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan lain lain gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim.  Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan exercise yang tertentu. 
   
 iii) Exercise kemut atau 'grip'Exercise untuk mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan.    Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami.    Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya dua  tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.   Jika amalan ini dilakukan selalu, Insya-Allah kekuatan otot faraj dan lantai punggung akan pulih seperti sedia-kala  dan seterusnya dapat mengelakkan dari pembedahan.

Pilihan tepat yang mudah untuk wanita masa kini adalah dengan mengamalkan produk kesihatan "MEJESTIC LADY" iaitu Gabungan antara Manja kan i dan QsheUp dapat menyelesaikan masalah kekenduran rahim wanita…





Testimoni

"MAJESTIC LADY NI GILERR LAHH!"
"Produk Majestik Lady ni mmg gile lahh.. Mkn 2x aje dh nmpk hasil! Seriously my Skin terlalu sensitip, sgt susah nak manage, salah mkn aje rashes. Tapi sy cuba Majestik lady next day kulit sy rasa sgt better, lembap dan tak kering langsung. Tak tau apa akan jd bila habis 2 botol nanti
smile emoticon
Badan pun rasa energized. Seronok jadi wanita.. hehehe."
- Puan Raja Maziah, General Manager, 47 tahun -
Ni la pengakuan jujur ibu kepada 3 orang anak. Untuk pengetahuan semua, Kak raja ni memang la teramat sgt sibuk menguruskn ribuan pekerja2 bwh Jagaan dia. Trip ke oversea? Tak usah ckp, mmg dia kerap ke merata2 Alam. Jd nk jaga penampilan & kesihatan sbg wanita Dan isteri tu mmg agk sukar.
Tapi Alhamdulillah dgn Majestic Lady terbukti sehari jer makan dah nmpk hasil luarbiasa
smile emoticon
Jadi ibu2, bakal2 isteri atau ank dara kt luar sana x teringin ke kulit lembut, sentiasa bertenaga dan paling penting dalaman tip top?




Pasti CUBA!!

WAJIB ADA INCOME KE2

“ Gaji bulanan memang cukup-cukup jer. Alhamdulilah ada Bonus Jualan  Produk Kesihatan dan Kecantikan sebanyak RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sangat membantu untuk tampung belanja bulanan” –  ZANA

Bonus tu boleh bayar komitment bulanan seperti:-

-                installment kereta
-                Sewa rumah
-                Bil Air/ letrik/Unifi
-                Bil HP
-                Belanja Dapur
-                Polisi Insurance Keluarga

Hanya jual BIDADARI sahaja!!

Gaji tetap boleh simpan 100%. Boleh lah plan untuk buat 
UMRAH hujung tahun 2016 ni.
Kalau ada lebih boleh sattlekan “PEMBERAT HIDUP” yang banyak tu!!

Hanya guna FACEBOOK Jer!!

Yang berminat jer u oll boleh terus whatsapp ke 019-6746877
atau 
inbox KFaz, berkongsi cara jana pendapatan

Tuesday, January 5, 2016

6 Langkah Untuk Rancang Kejayaan Anda Sempena Tahun Baru 2016

#oleh Azizan Osman pada 31 Disember 2015

“Ianya bukan tentang apa yang berlaku kepada kita, tapi apa yang kita lakukan tentangnya.
Apa hasil yang kita perolehi adalah bergantung kepada sebaik mana perancangan kita.”

Mentor saya selalu berkata, apa yang berlaku pada kita tidak semuanya menentukan masa depan kita kerana apa yang berlaku telah berlaku. Sebenarnya, apa yang lebih penting ialah apa yang telah kita pelajari dan lakukan dari apa yang telah berlaku.

Berikut 6 perkara penting yang anda perlu faham dalam membuat perancangan yang berkesan untuk mencapai apa yang anda mahu.

1. Bina perancangan yang terbaik untuk diri anda
Ada orang yang sangat terperinci dan sangat bagus dalam mengikut segala apa yang dirancang walaupun ianya sangat rumit. Ada orang tidak begitu terperinci. Mana-mana satu pun adalah OK juga. Jadi, apakah perancangan yang baik?
Perancangan yang baik kena sesuai dengan diri anda. Setiap dari kita adalah unik dan mempunyai faktor yang berbeza untuk memotivasikan diri kita. Anda perlu membuat rancangan yang sesuai dan sepadan dengan anda. Tetapi, kita juga mesti ada perancangan beserta sasaran yang kita mahu capai yang boleh mendorong kita membuat tindakan.
Jika anda seorang yang biasa relaks, jangan paksa diri anda untuk habis membaca buku dan jurnal dalam masa 2 jam. Ianya mungkin sukar dan akan membuatkan anda mudah berputus asa. Apa sahaja personaliti anda, kekuatan dan kelemahan anda, buat perancangan yang sesuai dengan diri anda.
2. Luangkan masa untuk membuat perancangan
Mungkin anda boleh buat pada setiap malam Ahad. Mungkin 20 minit setiap pagi atau pada waktu rehat tengahari atau sebelum tidur. Mungkin di dalam kereta sambil mendengar CD pada setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat. Apa pun, setkan satu masa untuk melakukannya. Dalam membina perancangan langkah demi langkah, masukkan juga matlamat yang anda ingin capai setiap minggu. Ia sepatutnya jelas, lengkap dan boleh dicapai. Disiplinkan diri anda dan bertindak setiap hari. Ambil langkah yang membawa anda lebih dekat kepada matlamat anda.
3. Simpan satu jurnal
Jangan bergantung pada memori anda tapi paksa diri anda untuk menulisnya. Tulis di satu tempat yang boleh membantu anda kumpulkan maklumat yang memberi kesan kepada perubahan anda. Saya telah melakukannya dan ia terbukti berkesan. Tulis semua idea dan inspirasi yang membantu anda untuk bertindak dari mana anda bermula hingga ke mana anda mahu sampai.
Jangan lupakan semua idea yang memberi kesan besar kepada anda. Tulis semua impian dan cita-cita anda. Jurnal anda merupakan tempat anda mengumpulkan semua maklumat berharga yang anda jumpa. Jika anda serius untuk mengubah hidup anda untuk menjadi lebih kaya, bahagia, berkat, sihat dan berjaya, anda perlu tulis dan jurnalkan semuanya.
4. Muhasabah diri
Sediakan masa untuk muhasabah diri. Masa untuk menilai semula diri, untuk melihat semula kehidupan yang lepas, untuk pelajari apa yang anda telah pelajari dari apa yang telah anda lakukan di masa lalu. Saya gelarkannya sebagai “Rewind & Reflect” supaya apa yang berlaku pada hari itu terkunci di dalam memori anda dan boleh menjadi satu bahan untuk membantu anda muhasabah diri.
Bila anda telah membaca semua perancangan ini, anda mungkin mahu meluangkan sedikit masa untuk melihat kepentingannya pada diri anda. Luangkan beberapa minit dalam hidup anda dan imbas kembali seluruh hari anda, siapa yang anda jumpa, siapa yang anda lihat, apa yang telah terjadi dan apa yang anda rasa. Setiap hari adalah seperti kepingan hidup anda.
Kemudian, luangkan beberapa jam di hujung minggu untuk lihat kembali apa aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang minggu.
5. Tetapkan matlamat
Anda perlu ingat, perancangan anda adalah peta perjalanan hidup anda. Bagaimana anda mahu mencapai apa yang anda ingin capai? Dari banyak perkara yang saya pelajari, yang paling berkesan dan juga membantu saya berjaya dengan cepat adalah bagaimana saya mahu tetapkan matlamat. Jika anda mampu menguasai perkara ini, anda mampu memberi impak yang besar kepada diri anda.
Saya masih ingat ketika saya menggantikan boss saya untuk menghadiri satu seminar sewaktu saya bekerja dulu, saya telah diminta untuk menulis matlamat saya. Walaupun saya tidak faham kenapa saya perlu menulisnya, tetapi saya telah menulis bahawa saya mahu menjadi jutawan pada usia 35 tahun dan hasilnya saya berjaya menjadi jutawan pada usia saya 31 tahun, Alhamdulillah.
6. Bertindak seperti apa yang dirancang
Apa yang membezakan seseorang yang berjaya dan seseorang yang gagal adalah orang yang berjaya buat tindakan. Mereka mungkin tak sebijak pandai, tak memiliki CGPA tinggi seperti orang lain tetapi mereka hanya tahu bertindak. Masa yang terbaik untuk bertindak ialah bila emosi kita kuat. Apa yang akan jadi jika anda tidak bertindak?
Kita akan bersemangat untuk bertindak bila kita mula dapat idea, bila emosi sedang tinggi tetapi bila kita bertangguh dan kita tidak buat tindakan segera, niat dan keinginan kita akan mula berkurangan. Dan sebulan kemudian ianya akan sejuk, setahun dari sekarang ianya akan hilang.
Jadi, disiplinkan diri anda untuk bertindak bila idea yang datang itu masih kuat, jelas dan masih panas. Itulah masanya untuk bertindak. Anda kuasai emosi yang ada ketika itu dan jadikannya satu tindakan yang penuh disiplin.
Yang menariknya, semua tindakan yang penuh disiplin itu akan menarik perkara yang baik satu sama lain. Sebab itu, tindakan walau sekecil manapun adalah penting kerana nilai dan kebaikan yang anda akan perolehi dari tindakan yang kecil itu akan memberi inspirasi kepada anda untuk membuat tindakan yang lebih besar. Jadi, mulakan tindakan berdasarkan apa yang telah anda rancang. Hasil yang akan anda perolehi pasti sangat hebat.

Tetapi kita mesti ingat, setiap perancangan ada kelemahannya sendiri. Kita hanya manusia biasa, oleh itu, jadikan 6 tip ini untuk membantu anda bangkit semula dan teruskan bertindak.