Thursday, November 13, 2014

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58

kongsi ilmu

Assalamualaikum dan selamat malam pengunjung blog KFc yang dirahmati Allah dan disayangi Nabi, didoakan para malaikat mengaminkan doa ini...amin

Dikesempatan ini KFc nak berkongsi tentang rahsia kelebihan Surah Yassin yg sentiasa kita baca tetapi kita tidak mengambil tahu tentang kebaikan & kelebihan Surah Yassin ni...mulai hari marilah kita sama-sama mengamalkannya...dan dijadikan amalan kita sepanjang hari...besar pahalanya dan jugak kelebihannya....

* credit to Kak Noor

*credit blog mincantek


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut :
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu,
Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri/suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

No comments:

Post a Comment