Wednesday, November 19, 2014

Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?



"Bila nak tahu sama ada kita patut berhenti dari melakukan sesuatu akibat kegagalan demi kegagalan dilalui…?"
Jawapan : 

Kegagalan ertinya tidak belajar dari kesilapan. Kalau gagal pertama kali mungkin boleh dikatakan kita tidak tahu cara atau kita salah cara.  Tetapi jika kegagalan yg sama berlaku berulang kali, itu tandanya kita tidak belajar sesuatu dr kegagalan kegagalan kita yg lepas. 
Tetapi, sekiranya kita sudah habis ikhtiar, tetapi tetap gagal juga..ertinya perniagaan yang kita lakukan bukanlah yang sesuai untuk kita.  Kita boleh tukar kepada perniagaan atau industri lain. Cuma Kda harap kita tidak akan cepat mengalah kpd keadaan atau ujian.. kerana setiap ujian yg datang itu akan menguatkan lg semangat dan keazaman kita...bila kita sudah mencapai impian..barulah kita akan merasa betapa manisnya kejayaan kita setelah menempuh pelbagai ujian. ;)

"Kalau gagal dan kita tidak belajar dari kegagalan dan tak cari ilmu utk menjayakan kegagalan tersebut, ianya adalah 100% salah kita"

“Kalau gagal tetapi tidak mengambil langkah untuk memperbaikinya akan gagal berulang kali.”

“Gagal inilah yang memberi kita satu suntik semangat untuk terus lagi dan lagi melakukan sesuatu kelainan untuk berjaya…. jatuh bangun itu perkara biasa dalam menaiki tangga atas sekali….”

“Kegagalan kadang-kadang dapat ‘membuka’ potensi diri yang kita sendiri tidak tahu bahawa kita ada potensi itu.”

No comments:

Post a Comment