Tuesday, November 25, 2014

6 Sebab Beruntungnya WANITA mempunyai RAHIM




1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….


Beruntung sekali kita dianugerahkan rahim, tapi kita lagi beruntung kalu menjaganya sebaik mungkin dengan BIDADARI. Supplement terbaik utk rahim wanita.




Solat dhuha untuk jiwa & murah rezeki


http://zikirbersulamcinta89.files.wordpress.com/2009/10/solat-di-mana-jua1.jpg
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON

SEBAGAI umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara yang gawat ini, eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah SWT.
Mengapa tidak segala keluhan seperti bajet lari, hutang bertimbun dan pelbagai kesusahan lain diadukan kepada Allah SWT? Dia bersifat Ar-Razzak iaitu Yang Maha Memberi Rezeki.
Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi “segalah” – kira-kira 30 minit setelah terbit matahari – kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya.
Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.
Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki: “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.
“Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman.”
Ingatlah bagaimana kuatpun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tangan-Nya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.
Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan”.
Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha”.
Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.
Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim Ayat 7)
PENULIS ialah PensyarahPusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Wednesday, November 19, 2014

Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?



"Bila nak tahu sama ada kita patut berhenti dari melakukan sesuatu akibat kegagalan demi kegagalan dilalui…?"
Jawapan : 

Kegagalan ertinya tidak belajar dari kesilapan. Kalau gagal pertama kali mungkin boleh dikatakan kita tidak tahu cara atau kita salah cara.  Tetapi jika kegagalan yg sama berlaku berulang kali, itu tandanya kita tidak belajar sesuatu dr kegagalan kegagalan kita yg lepas. 
Tetapi, sekiranya kita sudah habis ikhtiar, tetapi tetap gagal juga..ertinya perniagaan yang kita lakukan bukanlah yang sesuai untuk kita.  Kita boleh tukar kepada perniagaan atau industri lain. Cuma Kda harap kita tidak akan cepat mengalah kpd keadaan atau ujian.. kerana setiap ujian yg datang itu akan menguatkan lg semangat dan keazaman kita...bila kita sudah mencapai impian..barulah kita akan merasa betapa manisnya kejayaan kita setelah menempuh pelbagai ujian. ;)

"Kalau gagal dan kita tidak belajar dari kegagalan dan tak cari ilmu utk menjayakan kegagalan tersebut, ianya adalah 100% salah kita"

“Kalau gagal tetapi tidak mengambil langkah untuk memperbaikinya akan gagal berulang kali.”

“Gagal inilah yang memberi kita satu suntik semangat untuk terus lagi dan lagi melakukan sesuatu kelainan untuk berjaya…. jatuh bangun itu perkara biasa dalam menaiki tangga atas sekali….”

“Kegagalan kadang-kadang dapat ‘membuka’ potensi diri yang kita sendiri tidak tahu bahawa kita ada potensi itu.”

Thursday, November 13, 2014

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58

kongsi ilmu

Assalamualaikum dan selamat malam pengunjung blog KFc yang dirahmati Allah dan disayangi Nabi, didoakan para malaikat mengaminkan doa ini...amin

Dikesempatan ini KFc nak berkongsi tentang rahsia kelebihan Surah Yassin yg sentiasa kita baca tetapi kita tidak mengambil tahu tentang kebaikan & kelebihan Surah Yassin ni...mulai hari marilah kita sama-sama mengamalkannya...dan dijadikan amalan kita sepanjang hari...besar pahalanya dan jugak kelebihannya....

* credit to Kak Noor

*credit blog mincantek


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut :
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu,
Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri/suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Friday, November 7, 2014

Penggunaan Zikir Asmaul Husna

Bismillah. Salah satu panduan penggunaan zikir Asmaul Husna dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan yang saya terbaca dari risalah cetakan yang diberi oleh seorang hamba Allah semasa menunggu fotokopi saya siap.


CABARAN:
Mengatasi Masalah Hutang.

ZIKIR:
A Fatah
Ya Basith
Ya Wasi'
Ya Razaq
Ya Ghoniy
Ya Mughni
Ya Awwal
Ya Mujib

BICARA HATI
Ya Allah Ya Fattah, bukakan jalan keluar dari masalah kewanganku. Sesungguhnya Engkaulah Ya Qobidh yang menyempitkanku kerana kasihMu kepadaku.

Ya Allah, Ya Basith, Ya Wasi' lapangkan dan luaskan hidupku. Ya Allah Ya Razaq, Ya Ghoniy, Ya Mughni kurniakanku sedikit rezeki dan kekayaanMu agar dapat ku Memperbaiki masalah kewangan yang kritikal iini, sesungguhnya Engkau Maha Memberi Kekayaan.

Ya Allah Ya Awwal, mohon dipercepatkan, sesungguhnya daku sudah tidak mampu menanggung ujian ini, sesungguhnya Engkau Yang Maha Mempercepatkan lagi Maha Menunaikan hajat Ya Mujib.