Tuesday, September 2, 2014

Bagaimana hendak jadi KAYA?


Oleh: Irfan Khairi

Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom 'tak mahu  kaya'? Ok, apa maksud saya?
Maksud saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan sebagai "penghalang kekayaan" dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.

Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut, "Duit banyok pun tak boleh bawok kubo"  (sah orang Perak!) di alih lorat Perak menjadi "Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur".  Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan (dan saya juga- pengakuan!) sering mengejek 'anak orang-orang kaya'.  "Eleh, tengok anak orang kaya tu... macam bagus!"

Tak membantu juga, apabila  membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar melibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.

Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.

Keadaan ini akan membuatkan kita takut pada wang, tak mahu bercakap tentang wang, dan sehingga tidak mahu ambil tahu perihal pengurusan kewangan. Buktinya, tidak ramai yang membincangkan perihal kewangan dan matlamat kewangan bersama keluarga. Ada juga keluarga yang menganggap topik 'wang' sebagai seuatu yang pantang disebut!

Walaupun jauh disudut minda, perasaan ini akan menghalangkan kita mencapai matlamat kewangan kita. Apa yang terjadi adalah, kita sendiri telah mengsabotaj diri kita sebelum berusaha. Sebelum melakukan sesuatu untuk menambah baik kewangan, suara dalam diri sudah berbunyi "Eh... tak baik cakap pasal wang", "Eh... buat apa buat duit banyak-banyak, bukan boleh bawak kubur", "Eh... nanti buat duit banyak, apa pulak orang kata". Maka, langkah pertama pula tidak di ambil tanpa disedari.

Tetapi, ada juga yang berjaya dalam kewangan, mendapat pendapatan yang baik, tetapi entah kenapa, hujung bulan tidak kira berapa pendapatan yang dapat, baki di bank hanya cukup-cukup makan sahaja. Atau sampai satu tahap, ia tidak naik-naik. Anda pernah merasakan keadaan ini?

Ini juga adalah akibat kita sabotaj diri sendiri. Kita telah mengaitkan mempunyai lebih wang sebagai sesuatu yang negatif. Sesuatu yang tidak patut kita punyai. Dan sesuatu yang tidak boleh usahakan lebih. Dan semua ini berlaku tanpa kita sedari - kita tidak mahu kaya!

Kisah Kuda Dengan Semut


Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.


Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.


Ketika kuda itu sedang beristirehat, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.


Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.



Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda, “Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”



“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.



“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.


Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?”



Maka kuda pun menjawab, “Bos aku punya, yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon di sebelah sana tu.”



“Oh begitu....” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..



Sang kuda berkata, “Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira?” tanya sang kuda kepada sang semut tadi.



“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.”

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.


Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”



“Apa perbezaannya?” tanya kuda.



“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan, kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan semut.



Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.



Moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.” Mengapa orang-orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah.



Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.

Kena Kritik... Apa Nak Buat? Kena sindir... Apa Nak Buat??


Salam Kasih Sayang semua... kali ni nak share 1 artikel yg best.. hehe best bukan apa.. kita selalu sangat hadapi situasi mcmni.. nak pulak orang-orang yg baru mula nak berniaga macam kita kita ni kan.. dan selalunya bila jumpa situasi cmni kita akan bertindak balas semula. Tapi rupanya tindakan kita itu salah.. ha.. so korang.. jom kita baca artikel dr IK ini dan kita hayati bersama-sama.. sambil tu kita ubahlah mana yg kita perlu ubah kan...  peoples change!! And we should change to be a positive one!!

Artikel Pilihan: Kena kritik... apa nak buat? Kena sindir... apa nak buat?
Oleh: Irfan Khairi


Sebelum ini banyak tip-tip saya menyentuh faktor dalaman diri untuk berjaya- seperti takut kegagalan... tiada keyakinan diri... dan sebagainya.
Tetapi ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan. Iaitu, kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain terhadap usaha kita. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri.

 Stressnya bila kena kritik dan sindir!

Kritikan dan sindiran pada asasnya datang dari zon selesa juga.
Well, kritikan dan sindiran orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa. Tetapi, zon selesa bagi pihak mereka pula. Mereka seakan "tidak selesa" oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih dari mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada "zon selesa" mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.
Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!
Tip saya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir anda. Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda. Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang. Selepas memaafkan mereka, go ahead dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan!
Kan saya kata, untuk berjaya bukanya senang.
 *** Tip KDa :
Kadang-kadang memang perlu kita pekakkan telinga dr mendengar dan melayan kritikan dan sindiran mereka ini.. tetapi kadang-kadang kita kena ambil maklum juga.. sbb dlm byk2 kritikan dan sindiran itu ada juga yg bersifat membina. Dan adakala kita blh jadikan setiap kritikan dan sindiran itu sebagai penguat semangat @ cabaran utk kita lebih maju ke hadapan. Tinggalkanlah mereka yg masih berada di zon selesa mereka itu... tidak ada untungnya kita bersama mereka, dan tidak pula rugi kalau kita tinggalkan mereka. Haa... kita buat bizz betul2.. buat sampai jadik!! Lepas tu kita tengok la siapa yg akan cari siapa kannnn??? 
ADA AKU KESAHH?????? 
gambar hiasan

Thursday, August 28, 2014

Penipuan di Internat...

 

Bukti Syarikat DCL Sdn Bhd KUKUH & SELAMAT
Kerana Memenangi SME Brand untuk Tahun ke-tiga Berturut-turut untuk Kategori Best Brand Health Produk.

Kes-kes kena tipu di Internet, sentiasa terjadi. Tetapi bukan perniagaan Internet sahaja. Perniagaan bukan Internet pun ada juga tipu (betul kan?).
MC & Team di Bilik Meeting Wisma DCL

Ianya bergantung kepada individu (perniagaan) sama ada nak tipu atau tidak. Internet sendiri bukan salahnya. Selain daripada peniaga, pengguna juga perlu berhati-hati agar tidak ditipu. Selalu juga pengguna Internet datang kepada MC dan tanya “Betul ke skim ni?” atau “Boleh jadi kaya ke kalau buat macam ni?” atau “Peluang yang saya terima ni betul ke boleh jadi kaya?”.
Di sini MC list kan Bila anda Menerima Info-info macam ni sila Berhati-hati !!!
  1. Pelaburan yang tidak mempunyai backup atau bukti yang nyata. Ada yang hilang beribu ringgit tau..
  2. Hantar email kepada ramai-ramai dan ubah kedudukan nombor bank akaun peserta pertama, menjadi kedua dan sebagainya. Kadang-kala digunakan istilah “sumbangan ikhlas”
  3. Perniagaan Internet yang tidak jujur kerana tidak Tunjuk di mana Syarikat, Siapa Pengasas, Produk yang Tidak Jelas, Tiada Testimoni Produk & Pelan Pemasaran yang sering berubah-ubah.
  4. Tiba-tiba dapat email dari UK atau Coca yang nama anda terpilih oleh Syarikat untuk memenangi Hadiah Bernilai US Dolar dan mereka perlu nombor akaun anda untuk masukkan wang yang dimenangi.
  5. Ada pakcik dari Nigeria meninggal dunia dan perlu bank account number anda di Malaysia untuk menyimpan dana bermillion ke bank akaun anda.
  • So Hati-hati yer !!!! Nak berjaya nak Kaya sekali pun bukan ada cara yang Mudah..Ianya Perlu Usaha. So no goyang Kaki..Kalau Goyang kaki anda mesti di tipu...


  • Bukti Jelas Produk " SWA" yang Diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia
    & 15 tahun berada di Pasaran Malaysia serta 6 Buah Negara Asean !!!

    To make a million, tiada short cut. Sering ingat-mengingati rakan-rakan takut ramai yang terjerat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Sebab ramai yang nak kaya dengan mudah dan cepat, maka bertambahlah skim dan scam untuk take advantage of the situation.

Thursday, August 21, 2014

Pelindung Anak Anak Kita..

Perkongsian rakaniaga KDaCantek

Assalamualaikum wbt. 

Tengahari 2 Mei 2012 (Rabu) semasa sedang lunch, KDa terima 1 sms dr seorang pelanggan yg minta diberikan Amazing. Kata beliau anak sedang batuk teruk dan malam sebelumnya langsung tak boleh tidur. KDa amat  memahami situasi beliau ketika itu, kerana KDa pernah berada di tempat beliau suatu masa dulu. KDa amat terpanggil utk memberikan pertolongan secepat mungkin. Disebabkan KDa kehabisan stok amazing (baru ingat nak restock Jumaat) KDa terus bertanya kpd beberapa stokis ank buah KDa di sekitar Putrajaya. Alhamdulillah, dapat 2 botol Amazing, 1 EGnius. zass KDa terus set time dgn beliau utk berjumpa selepas kerja. 

Alhamdulillah, sekitar 6.30 petang KDa selamat sampai ke kediaman beliau di Kuarters Kakitangan Hospital Serdang. Beliau meminta KDa memanggilnya Kak Umi. Memang nampak wajah kelegaan  Kak Umi sebaik sahaja KDa keluar dari lif. Terima kasih Kak Umi kerana sanggup tunggu KDa di depan lif. Kak Umi sgt peramah, begitu juga dgn suaminya. Sporting sgt suami Kak Umi bersama-sama mendengar penerangan tentang produk dr KDa. Menurut Kak Umi, Irfan (anak) disahkan hampir mendapat asma. Dalam sebulan pasti beberapa kali Irfan mengalami batuk2. Irfan pernah di bawa berjumpa dgn ramai doktor dan pernah juga mengambil Nebulizer tapi keadaan tidak pulih. Kalau pulih pun hanya sekejap. Lepas tu jadi batuk semula. Sehinggalah Kak Umi berhasrat utk mencuba kaedah tradisional dan bertemu dgn blog KDa ini. ALhamdulillah..kuasa blog memang tidak diragukan..merentasi alam maya.

KDa cadangkan Kak Umi amalkan Amazing dan EGnius kpd Irfan. Semoga Irfan cepat sembuh..  

UPDATE TERKINI 4 Mei 2012: KDa dapat sms dari Kak Umi mengatakan Irfan dah sihat...alhdmlh...


Monday, August 18, 2014

12 Penyakit Wanita

Tahukah anda wanita cenderung mengalami penyakit-penyakit spt di bawah?

- Sistitis atau kerap buang air kecil

Gejalanya sering buang air kecil dan disertai rasa pedih

Cara mencegahnya hindari menahan kencing dan bersihkan bhg intim dengan air bersih serta seringlah berganti celana dalam


- Anemia

Gejalanya ditandai dengan keadaan lesu, lelah, letih, lemah, kurang bersemangat dan pucat

Cara mencegahnya perbanyakkan makan sayur-sayuran yang mengandung zat besi seperti bayam, sawi hijau , kangkung dan kacang panjang


- Keputihan

Gejalanya ditandai dengan keluarnya cairan putih dari vagina yang berwarna kuning kehijauan, lengket, berbau dan gatal.

Cara mencegahnya usahakan organ kewanitaan selalu dalam keadaan kering sebelum berpakaian dan gunakan pakaian dalam kering yang menyerap keringat


- Frigiditas
Ditandai dengan kondisi wanita yang tetap “dingin” sekalipun mendapat rangsangan hebat. Keadaan ini membuat wanita tidak dapat menikmati hubungan intim

Cara mengatasi konsultasi kepada psikiater dana jalani terapi untuk meredakan frigiditas


- Osteoporosis

Biasanya dialami oleh wanita pasca menopause akibat berkurangnya hormom estrogen. Menurunnya kepadatan tulang membuat tulang mudah reput

Cara mencegahnya jalan kaki secara tertaut dengan kecepatan 4,5 km / per jam selama 50 menit, 5 kali seminggu dan perbanyak konsumsi kalsium


- Kandungan turun

Penyebabnya dasar panggul yang lemah atau sering melahirkan

Cara mencegah hindari mengangkat barang yang terlalu berat

- Stress

Penyebabnya tekanan atau masalah yang bertubi-tubi dalam waktu lama membuat seseorang menjadi stress

Cara mencegah bicarakan kesulitan dengan orang terdekat untuk meringankan beban batin dan lupakan masalah untuk sementara waktu setelah itu atasi dengan tenang

- Premenstruasi sindrom

Gejalanya muncul menjelang menstruasi, seperti sakit perut, pusing, payudara bengkak, badan lesu, mudah marah, nafsu makan menurun dan kaki terasa berat

Cara mencegah timbulnya keluhan yakni beberapa hari menjelang menstruasi kurangi konsumsi garam dan soda. Juga lakukan diet untuk menurunkan berat badan dan olah raga rutin

- Amenorea

Wanita usia subur akan mendapat haid secara teratur setiap bulan. Namun terkadang ada yang 3 bulan atau lebih baru mendapat haid. Siklus haid yang tidak normal disebut amenorea

Penyebabnya, menyusui, kontrasepsi & menopause

Cara mengatasi tergantung penyebabnya. Jika kegemukan, turunkan berat badan hingga mencapai berat badan ideal

- Migraine

Factor pemicu, seperti stress, cokelat, kopi, tidur berlebihan atau kurang tidur, kurang makan, perubahan cuaca atau tekanan udara, emosi berlebihan, bau menyengat, asap rokok, menjelang atau saat haid.

Migrain bisa diatasi dengan obat sakit kepala biasa atau istirahat

- Kanser payudara

Cara pencegahan hindari stress, makanan berlemak, merokok dan minuman beralkohol. Perbanyak sayur, buah-buahan dan olah raga

- Penurunan trombosit pada ITP

kelainan pada sel pembekuan darah. Ditandai dengan bintik merah pada kulit hingga ruam kebiruan. Pemicu kekambuhan adalah kecapekan dan stress

pencegahan hindari kecapekan. Bila sudah terasa letih sebaiknya istirahat. Juga hindari stres.

Oleh itu, wanita perlu selalu menjaga pemakanan dan pastikan sentiasa dlm keadaan yg bersih.
Bagi akak, pengambilan produk kesihatan dpt menghindari masalah2 ini dr terjadi...selamatkan diri anda dan anda boleh selamatkan keluarga anda!! Akak sentiasa mengamalkan produk ANJELIETA untuk kekal sihat cantik dan bahagia sepanjang hari.





Saturday, August 9, 2014

Tips Usahawan : Kenapa Perlu Ada Stok Niaga?

Kenapa sebagai usahawan kita sentiasa perlu ada stok barang? 


Kerana perangai pelanggan kita ni ada macam-macam; 

• ada jenis nak fikir dahulu baru beli
• ada jenis buat research masak2 sebelum beli
• ada jenis tengok2 terus beli
• ada jenis tak boleh pegang duit lama2
• ada jenis byr hari ni nak barang hari ni jugak
• ada jenis nak tengok barang baru nak beli

Dan kita sebagai usahawan perlu peka dan aktif scan perangai pelanggan kita. Dan seharusnya perlu sentiasa bersedia dgn stok dlm tangan. Jangan pelanggan bayar hari ini 2 minggu lagi baru dapat. Alamatnya sekali tu la pelanggan beli dgn kita.

Cuba tengok contoh usahawan di bawah, MACAM NI BARU LAH SYOK BERNIAGA!!