Tuesday, September 2, 2014

Kena Kritik... Apa Nak Buat? Kena sindir... Apa Nak Buat??


Salam Kasih Sayang semua... kali ni nak share 1 artikel yg best.. hehe best bukan apa.. kita selalu sangat hadapi situasi mcmni.. nak pulak orang-orang yg baru mula nak berniaga macam kita kita ni kan.. dan selalunya bila jumpa situasi cmni kita akan bertindak balas semula. Tapi rupanya tindakan kita itu salah.. ha.. so korang.. jom kita baca artikel dr IK ini dan kita hayati bersama-sama.. sambil tu kita ubahlah mana yg kita perlu ubah kan...  peoples change!! And we should change to be a positive one!!

Artikel Pilihan: Kena kritik... apa nak buat? Kena sindir... apa nak buat?
Oleh: Irfan Khairi


Sebelum ini banyak tip-tip saya menyentuh faktor dalaman diri untuk berjaya- seperti takut kegagalan... tiada keyakinan diri... dan sebagainya.
Tetapi ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan. Iaitu, kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain terhadap usaha kita. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri.

 Stressnya bila kena kritik dan sindir!

Kritikan dan sindiran pada asasnya datang dari zon selesa juga.
Well, kritikan dan sindiran orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa. Tetapi, zon selesa bagi pihak mereka pula. Mereka seakan "tidak selesa" oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih dari mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada "zon selesa" mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.
Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!
Tip saya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir anda. Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda. Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang. Selepas memaafkan mereka, go ahead dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan!
Kan saya kata, untuk berjaya bukanya senang.
 *** Tip KDa :
Kadang-kadang memang perlu kita pekakkan telinga dr mendengar dan melayan kritikan dan sindiran mereka ini.. tetapi kadang-kadang kita kena ambil maklum juga.. sbb dlm byk2 kritikan dan sindiran itu ada juga yg bersifat membina. Dan adakala kita blh jadikan setiap kritikan dan sindiran itu sebagai penguat semangat @ cabaran utk kita lebih maju ke hadapan. Tinggalkanlah mereka yg masih berada di zon selesa mereka itu... tidak ada untungnya kita bersama mereka, dan tidak pula rugi kalau kita tinggalkan mereka. Haa... kita buat bizz betul2.. buat sampai jadik!! Lepas tu kita tengok la siapa yg akan cari siapa kannnn??? 
ADA AKU KESAHH?????? 
gambar hiasan

No comments:

Post a Comment