Tuesday, July 15, 2014

Panduan Untuk Subur




Kalau menghadapi masalah ketidak suburan iaitu sukar hamil walaupun telah mencuba antara 6 bulan hingga setahun, sila buat pemeriksaan dan buat ujian kesuburan kedua2 suami dan isteri. Ikuti panduan ini untuk meningkatkan kesuburan anda.


Langkah pertama ialah berdoa kepada Allah SWT untuk dapat zuriat. jangan putus harapan, Allah yang mencipta segala2nya, Kita perlu mohon dan berusaha untuk mendapatkan rawatan dari berbagai punca asalkan tidak syirik. Ada waktu2 dan tempat yang mana doa mujarab dan mudah dimakbulkan Allah SWT saperti dalam bulan ramadan khususnya pada waktu malam/awal pagi 10  hari terakhir ramadan. Tempat terbaik didepan kaabah di Makkah..

Pergi jumpa pakar sakitpuan untuk pemeriksaan , buat vaginal scanning , buat ujian kesuburan dan seterusnya mendapat rawatan yang sesuai bergantung dengan punca ketidak suburan. Jika ujian benih suami normal dan xray HSG menunjukkan saluran fallopian tidak sumbat, 30 - 40% akan hamil dalam tempoh 3-4 bulan.

Berbagai2 jenis rawatan untuk hamil ada disediakan dalam blog ini, lihat dan cari dalam Archive.



Cadangan KFaz : 

Langkah Utama kita berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat dan lepas itu kita usaha mencari penyelesaiaan bagi masalah ini. Allah nak melihat kita berusaha dan bertawakal kepadaNya. Apa yang Kfaz sarankan adalah amalkan produk 
SET WANITA ANGGUN (BIDADARI + QSHE + NUCLONZ) insyallah segala masalah ini dapat diselesaikan. Kita berusaha dan selebihnya berserah padaNya. 


Nu Clonz
(Pencuci usus)


Qshe


Bidadari XO



7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Friday, June 20, 2014

Counting Ramadhan ~ Bersedia Dengan Set Sahur Anda !

 


Assalamualaikum !! Hari ni 20 Jun 2014, maknanya tinggal lagi 8 hari je lagi nak sambut Bulan Ramadhan... wow!!! pantas masa berlalu kan? So... u all dah ready ke nak ber Ramadhan sekali lgi? 

Bagi yg kena ganti puasa tu jangan tunggu tunggu lagi ye..ganti cepat2..nanti kena bayar fidyah pulak.. dan sambil sambil ganti puasa tu boleh la puasa sunat Sya'ban sekali... 

Cerita pasal ganti puasa skang ni, mesti ada jugak yg dah mula berpuasa dan rasa betapa penatnya berpuasa seorang diri..ye la.. kita berpuasa di saat orang lain sedang sedap makan-makan. Nak bangun sahur, nak masak apatah lg.. tapi kan... kda ada petua best tau... kalau memang tak larat sgt nak memasak or takde selera nak makan nasi time sahur tu.. apakata anda cuba Set Sahur ni.. 

Alhamdulillah, kfc telah 3 tahun berpuasa bersama Set Sahur ini dan memang ia dpt membantu kda utk lebih bertenaga dan cergas sepanjang bulan puasa. Sambil tu Set Sahur juga membantu kda utk lebih sihat dan SELIM @ SLIM. hhihihihihih.... so dpt la bergaya ng baju raya.. melaram la..kan..lalalalala 

Jom tengok apa yg ada dalam Set Sahur ni dan apa kelebihan yg u all boleh dapat dgn mengamalkan Set Sahur semasa berpuasa. 

Ok.. dah tengok dan dah tahu apa kelebihannya.. so sekarang tinggal tindakan untuk order sahaja la ye.. cepat-cepat order dr kda ye... jangan tunggu sampai dah start bulan ramadhan.. nanti orang lain syok dan semangat buat terawih, kita mengantuk tahap gaban kt umah.. rugi..rugi... Ramadhan setahun sekali je! 

DIABETES: Jangan Abaikan Tanda Kerosakan Saraf

Fakta mengenai Diabetes dan Kerosakan Saraf

  • 1 daripada 7 orang dewasa di Malaysia menghidap Diabetes! 
  • Sekurang-kurangnya 60 hingga 70% penghidap Diabetes menderita sakit saraf
  • Risiko pemotongan kaki adalah 27.7 kali lebih banyak berlaku kepada mereka yang menghidap Diabetes 
  • 50% daripada jumlah pemotongan kaki adalah berlaku kepada penghidap Diabetes

Tanda-Tanda Kerosakan Saraf :
  • Kehilangan rasa
  • Kebas
  • Berdenyut-denyut
  • Rasa panas






Thursday, May 22, 2014

[ INPIRASIKU ] Kerana ‘Bodoh Sombong’ ….

Saya Rugi RM600,000 Tapi Dengan Ilmu Saya Dapat Membayar Zakat RM150,000 Setahun – HLB2014

Ridzuan Bin Ahmad
Pengurus Stesen Minyak Shell
Saya Ridzuan Bin Ahmad dan kepakaran saya adalah mengusahakan stesen minyak Shell di Melaka. Stesen minyak saya adalah antara yang terbaik dan tertinggi jualannya di Malaysia.
Hari ini, dari hasil usaha dan peningkatan pendapatan, saya telah memperolehi beberapa buah rumah.
Sebelum ini, ilmu yang saya ada hanya pendidikan yang kerajaan sediakan untuk membantu kami mencari pekerjaan. Kami tidak belajar sistem untuk menjana kekayaan sehinggakan saya pernah rugi RM600, 000 sebab saya bodoh sombong.
Walaupun dengan kerugian dan berpegang pada bodoh sombong saya, akhirnya saya terfikir menghadiri program Dr Azizan. Di program itu, Dr Azizan berkata, sesiapa yang tiada guru atau mentor adalah bodoh.
Pada ketika itu, pendapatan bulanan saya hanya RM15, 000. Tetapi selepas menghadiri program Dr Azizan, pendapatan saya meningkat sehingga RM40, 000 sebulan. Dan yang paling menggembirakan ialah kini saya dapat membayar Zakat sebanyak RM150, 000 setahun.
Sebelum ini, saya tidak dapat membantu dengan wang Zakat sebanyak ini. Oleh itu, saya rasa sangat bersyukur untuk keberkatan ini. Saya rasa saya perlu berkongsi semuanya kerana saya mahu orang Melayu menguasai ekonomi diri dan bangsa.
Dengan kejayaan yang saya capai hari ini, saya dapat membantu semua orang terdekat saya. Hanya diri kita sahaja yang dapat mengubah keluarga dan ekonomi Islam di Malaysia ini. Tiada siapa akan bantu kita kecuali diri kita. Buatlah sesuatu tindakan, sertailah program-program, cerita pada semua, ‘Orang Melayu Perlu Kuatkan Ekonomi.
“Tidak penatkah hidup biasa-biasa?” “Berapa lama lagi mahu hidup di tahap sama dengan masalah kewangan yang sama? Berapa lama lagi mahu hidup biasa-biasa? Itulah soalan yang patut ditanya kepada diri sendiri.
“Jika anda penat hidup dengan kewangan dan kejayaan yang ‘biasa-biasa’, dan ingin tahu bagaimana memulakan perubahan hidup menjadi ‘luar biasa’, sertai ‘Seminar Hidup Luar Biasa 2014’ untuk dengar, belajar daripada pengalaman dan perjalanan hidup Dr Azizan Osman serta Afdlin Shauki yang akan memberi inspirasi kepada anda dan keluarga.”

“Seminar Hidup Luar Biasa 2014” bakal mencatat perkongsian bersejarah Dr Azizan dan Afdlin yang akan meneroka pengalaman jatuh bangun mereka, daripada kehidupan, perniagaan hinggalah kekayaan dan kejayaan.

Thursday, April 10, 2014

Mengapa perlu BLOG?

 

"Mengapa perlu BLOG?"
Oleh: Irfan Khairi

Mengapa blog masih lagi relevan pada zaman media sosial yang lebih aktif seperti Facebook, Twitter dan You Tube? Jom ikuti akronim B-L-O-G
B - Bina Jenama
Blog amat penting dalam mebina jenama perniagaan kita. Seseorang masuk ke laman web kita sekali, dua, belum lagi akan membeli produk yang kita pasarkan. Ia memerlukan pelawat melawati laman web kita berkali-kali (5-6 kali) barulah mereka akan membeli daripada kita. Ini kerana, ia mengambil masa untuk membina kepercayaan orang ramai keatas laman kita, dan blog yang sering dikemaskini akan membina kepercayaan dan jenama perniagaan anda! 
L - Letakkan imej/gambar
A picture paints a thousand words! Untuk memberi tarikan kepada blog kita, pastikan setiap posting kita mengandungi imej atau gambar (dan bukan hanya teks sahaja). Imej atau gambar pada setiap posting blog anda akan memberi tarikan untuk pelawat membaca. Satu tip tambahan, meletakkan gambar orang/manusia dapat menarik psikologi pelawat oleh kerana manusia boleh relate dengan manusia lain.
O - Optima di enjin pencari
Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Segala mesej-mesej yang ditulis di blog akan diarkibkan untuk selama-lamanya- tidak kira sama ada artikel yang ditulis pada tahun 2006 (seperti di blog ini), masih lagi boleh dijumpai di enjin pencari di muka hadapan!
G - Gandakan pendapatan
Di blog, kita boleh menjana pendapatan tambahan dengan meletakkan iklanGoogle.com/adsense ataupun NuffNang.com.my. Dengan meletakkan iklan di blog kita, sambil blogging, kita boleh menjana pendapatan.Jangan lupa juga, blog merupakan platform yang amat baik untuk menjalankan perniagaan berbentuk affiliate tanpa sebarang modal!

Tuesday, April 8, 2014

Kanser SERVIKS!!! Sudahkah anda bersedia???

 




TANDA DIJANGKITI HPV


Kebanyakan individu yang dijangkiti atau terkena infeksi HPV ini boleh dikenalpasti apabila ujian pap (Pap Smear) yang dilakukan tidak normal keputusannya. Ujian Pap Smear merupakan sebahagian ujian ginekologi yang membantu dalam mengesan sel tidak normal dalam serviks sebelum berubah menjadi pre-kanser atau kanser serviks.
Kebanyakan pre-kanser serviks (boleh berubah menjadi kanser) mempunyai kaitan dengan HPV dan boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Sebab itulah ujian awal amat diperlukan.
SIMPTOM KANSER SERVIKS
  1. Pendarahan yang tidak normal – Perempuan yang dijangkiti kanser serviks mungkin mengalami pendarahan vagina yang tidak normal. Ia boleh terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Pendarahan ini bukanlah kitaran haid biasa. Ia juga boleh berlaku secara berpanjangan.
  2. Keluar cairan yang banyak dan tidak normal – Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor.
  3. Sakit pada tulang pelvik- Sakit yang tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam.
  4. Sakit ketika pembuangan air kecil – Selalunya ia terjadi apabila kanser sudah mula merebak ke pundi kencing.
  5. Pendarahan antara kitaran haid yang normal, selepas perhubungan seks, ‘douching’ atau selepas ujian pelvik. – Terjadi kerana adanya jangkitan pada serviks semasa aktiviti ini dilakukan.
    * Ujian pelvik – ujian terhadap vagina, serviks dan uterus (rahim) yang dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Wanita yang digalakkan membuat ujian ini adalah mereka yang berusia 21 tahun ke atas atau dalam masa setahun selepas melakukan hubungan kelamin pertama.
  6. Terdapat darah beku yang dikesan
  7. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
  8. Juga berlaku pendarahan dari vagina selepas putus haid

GOLONGAN BERISIKO
  1. Wanita yang pernah dijangkiti oleh sesetengah jenis HPV dan badan tidak mampu untuk membersihkan virus tersebut.
  2. Berusia antara 35-55 tahun. Lebih separuh wanita yang didiagnosis menghidapi penyakit ini.
  3. Kebanyakan mereka terdedah kepada penyebab kanser HPV semasa masih remaja dan pada usia 20-an.
  4. Lebih ramai wanita yang dijangkiti tidak pernah membuat ujian Pap.

BAGAIMANA HPV DIRAWAT?

Sehingga kini tiada bukti rawatan untuk HPV. Majoriti individu yang dijangkiti HPV, pertahanan badan mampu membersihkan virus tersebut.
Bagaimana pun, jika badan tidak mampu melawan virus ini, maka kesan yang lebih teruk akan terjadi, iaitu kanser.
Ingatlah, terutamanya kaum wanita kerana ramai yang tidak menyedari terdapat virus ini di dalam badan kerana ia tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Bagi mereka yang sudah berkahwin atau mempunyai anak, ujian awal dapat menyelamatkan diri sendiri.


*** Petua KDa ***
Anda boleh mengamalkan pemakanan anti kanser seperti BIDADARI dan NU~CELL sebagai langkah awal pencegahan kanser. Sayangi diri dan keluarga anda, hargai setiap masa dan detik anda bersama mereka. Jangan disebabkan kelalaian anda menjaga kesihatan diri, mereka yg akan menanggung akibatnya....
Memelihara dan mencantikkan rahim anda.
Menguatkan rahim.
Anti-oksidan.

Membantu membina stem sel tubuh.
Mengekalkan tahap kesihatan.
Anti-oksidan.