Saturday, August 9, 2014
Thursday, August 7, 2014
Bahaya Mengadap Depan PC
Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.
New Zealand Medic al Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom-simptom :
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Cegahan
- Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis).. Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
- Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
- Elakkan meminum airbatu
- Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
- Sentiasa meminum air panas
- Amalkan bersenam
Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru..
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya
credit artikel to here
Jom pakai stoking ajaib. Like kami dihttp://www.facebook.com/StokingAjaib. Jangan risau, harga mampu beli. Nak lagi murah? Masih ada promosi sehingga stok masih ada. Call / SMS/ Whatsapp Kfc 019 674 6877
Tuesday, July 15, 2014
Panduan Untuk Subur
Kalau menghadapi masalah ketidak suburan iaitu sukar hamil walaupun telah mencuba antara 6 bulan hingga setahun, sila buat pemeriksaan dan buat ujian kesuburan kedua2 suami dan isteri. Ikuti panduan ini untuk meningkatkan kesuburan anda.

Langkah pertama ialah berdoa kepada Allah SWT untuk dapat zuriat. jangan putus harapan, Allah yang mencipta segala2nya, Kita perlu mohon dan berusaha untuk mendapatkan rawatan dari berbagai punca asalkan tidak syirik. Ada waktu2 dan tempat yang mana doa mujarab dan mudah dimakbulkan Allah SWT saperti dalam bulan ramadan khususnya pada waktu malam/awal pagi 10 hari terakhir ramadan. Tempat terbaik didepan kaabah di Makkah..
Pergi jumpa pakar sakitpuan untuk pemeriksaan , buat vaginal scanning , buat ujian kesuburan dan seterusnya mendapat rawatan yang sesuai bergantung dengan punca ketidak suburan. Jika ujian benih suami normal dan xray HSG menunjukkan saluran fallopian tidak sumbat, 30 - 40% akan hamil dalam tempoh 3-4 bulan.
Berbagai2 jenis rawatan untuk hamil ada disediakan dalam blog ini, lihat dan cari dalam Archive.
#Sumber : Dr Hamid
Arshat, Pakar Kesuburan.
Cadangan KFaz :
Langkah Utama kita berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat dan lepas itu kita usaha mencari penyelesaiaan bagi masalah ini. Allah nak melihat kita berusaha dan bertawakal kepadaNya. Apa yang Kfaz sarankan adalah amalkan produk
SET WANITA ANGGUN (BIDADARI + QSHE + NUCLONZ) insyallah segala masalah ini dapat diselesaikan. Kita berusaha dan selebihnya berserah padaNya.
Nu Clonz
(Pencuci usus)
Qshe
Bidadari XO
7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Friday, June 20, 2014
Counting Ramadhan ~ Bersedia Dengan Set Sahur Anda !
Assalamualaikum !! Hari ni 20 Jun 2014, maknanya tinggal lagi 8 hari je lagi nak sambut Bulan Ramadhan... wow!!! pantas masa berlalu kan? So... u all dah ready ke nak ber Ramadhan sekali lgi?
Bagi yg kena ganti puasa tu jangan tunggu tunggu lagi ye..ganti cepat2..nanti kena bayar fidyah pulak.. dan sambil sambil ganti puasa tu boleh la puasa sunat Sya'ban sekali...
Cerita pasal ganti puasa skang ni, mesti ada jugak yg dah mula berpuasa dan rasa betapa penatnya berpuasa seorang diri..ye la.. kita berpuasa di saat orang lain sedang sedap makan-makan. Nak bangun sahur, nak masak apatah lg.. tapi kan... kda ada petua best tau... kalau memang tak larat sgt nak memasak or takde selera nak makan nasi time sahur tu.. apakata anda cuba Set Sahur ni..
Alhamdulillah, kfc telah 3 tahun berpuasa bersama Set Sahur ini dan memang ia dpt membantu kda utk lebih bertenaga dan cergas sepanjang bulan puasa. Sambil tu Set Sahur juga membantu kda utk lebih sihat dan SELIM @ SLIM. hhihihihihih.... so dpt la bergaya ng baju raya.. melaram la..kan..lalalalala
Jom tengok apa yg ada dalam Set Sahur ni dan apa kelebihan yg u all boleh dapat dgn mengamalkan Set Sahur semasa berpuasa.
Ok.. dah tengok dan dah tahu apa kelebihannya.. so sekarang tinggal tindakan untuk order sahaja la ye.. cepat-cepat order dr kda ye... jangan tunggu sampai dah start bulan ramadhan.. nanti orang lain syok dan semangat buat terawih, kita mengantuk tahap gaban kt umah.. rugi..rugi... Ramadhan setahun sekali je!
DIABETES: Jangan Abaikan Tanda Kerosakan Saraf
Fakta mengenai Diabetes dan Kerosakan Saraf
- 1 daripada 7 orang dewasa di Malaysia menghidap Diabetes!
- Sekurang-kurangnya 60 hingga 70% penghidap Diabetes menderita sakit saraf
- Risiko pemotongan kaki adalah 27.7 kali lebih banyak berlaku kepada mereka yang menghidap Diabetes
- 50% daripada jumlah pemotongan kaki adalah berlaku kepada penghidap Diabetes
Tanda-Tanda Kerosakan Saraf :
- Kehilangan rasa
- Kebas
- Berdenyut-denyut
- Rasa panas
Thursday, May 22, 2014
[ INPIRASIKU ] Kerana ‘Bodoh Sombong’ ….
Saya Rugi RM600,000 Tapi Dengan Ilmu Saya Dapat Membayar Zakat
RM150,000 Setahun – HLB2014
Ridzuan Bin Ahmad
Pengurus Stesen Minyak Shell
Saya
Ridzuan Bin Ahmad dan kepakaran saya adalah mengusahakan stesen minyak Shell di
Melaka. Stesen minyak saya adalah antara yang terbaik dan tertinggi jualannya
di Malaysia.
Hari
ini, dari hasil usaha dan peningkatan pendapatan, saya telah memperolehi
beberapa buah rumah.
Sebelum
ini, ilmu yang saya ada hanya pendidikan yang kerajaan sediakan untuk membantu
kami mencari pekerjaan. Kami tidak belajar sistem untuk menjana kekayaan
sehinggakan saya pernah rugi RM600, 000 sebab saya bodoh sombong.
Walaupun
dengan kerugian dan berpegang pada bodoh sombong saya, akhirnya saya terfikir
menghadiri program Dr Azizan. Di program itu, Dr Azizan berkata, sesiapa yang
tiada guru atau mentor adalah bodoh.
Pada
ketika itu, pendapatan bulanan saya hanya RM15, 000. Tetapi selepas menghadiri
program Dr Azizan, pendapatan saya meningkat sehingga RM40, 000 sebulan. Dan
yang paling menggembirakan ialah kini saya dapat membayar Zakat sebanyak RM150,
000 setahun.
Sebelum
ini, saya tidak dapat membantu dengan wang Zakat sebanyak ini. Oleh itu, saya
rasa sangat bersyukur untuk keberkatan ini. Saya rasa saya perlu berkongsi
semuanya kerana saya mahu orang Melayu menguasai ekonomi diri dan bangsa.
Dengan
kejayaan yang saya capai hari ini, saya dapat membantu semua orang terdekat
saya. Hanya diri kita sahaja yang dapat mengubah keluarga dan ekonomi Islam di
Malaysia ini. Tiada siapa akan bantu kita kecuali diri kita. Buatlah sesuatu
tindakan, sertailah program-program, cerita pada semua, ‘Orang Melayu Perlu
Kuatkan Ekonomi.
“Tidak
penatkah hidup biasa-biasa?” “Berapa lama lagi mahu hidup di tahap sama dengan
masalah kewangan yang sama? Berapa lama lagi mahu hidup biasa-biasa? Itulah
soalan yang patut ditanya kepada diri sendiri.
“Jika
anda penat hidup dengan kewangan dan kejayaan yang ‘biasa-biasa’, dan ingin
tahu bagaimana memulakan perubahan hidup menjadi ‘luar biasa’, sertai ‘Seminar
Hidup Luar Biasa 2014’ untuk dengar, belajar daripada pengalaman dan perjalanan
hidup Dr Azizan Osman serta Afdlin Shauki yang akan memberi inspirasi kepada
anda dan keluarga.”
“Seminar
Hidup Luar Biasa 2014” bakal mencatat perkongsian bersejarah Dr Azizan dan
Afdlin yang akan meneroka pengalaman jatuh bangun mereka, daripada kehidupan,
perniagaan hinggalah kekayaan dan kejayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)














