Monday, January 25, 2021

Trajedi pencetus kekuatan

Keadaan cuaca yang tenang dan ditemani dengan cahaya bulan purnama serta kilauan bintang-bintang, menjadikan suasana sungguh indah. Seorang pemuda tampa yang ditemani oleh sahabat dan teman wanitanya telah menikmati suasana alam yang nyaman itu dengan memandu BMW dengan kelajuan 140 km sejam. Kesempitan masa yang terluang mereka isikan dengan berbincang mengenai wawasan dan perjuangan. Keadaan yang tenang tiba-tiba bertukar menjadi mimpi negeri. Kereta yang dipandu oleh pemuda itu hilang kawalan di suatu selekoh yang tajam dan terus terbabas melanggar sepohon kayu yang tenang. Kejadian yang trajis itu menyebabkan perbualan yang di selang-seli dengan gelak tawa terberhenti. Pemuda yang memandu kereta terhentak kepalanya di "steering" menyebabkan mukanya luka parah, kakinya patah serta tulang punggungnya terkeluar. Sahabat ya mati di tempat kejadian manakala teman wanitanya yang duduk di belakang mengalami luka-luka ringan sahaja. Peristiwa itu menyebabkan beliau terlantar di sebuah Hospital di ibu Kota. Untuk kembali normal tipis harapan. "Syukur Alhamdulillah" itulah lafaa pertama terkeluar dari mulut pemuda tersebut selepas tersedar dari koma. Takdir Allah menyebelahinya, kerana masih diberi kesempitan untuk menikmati lagi kehidupan di dunia ini. Besi dimasukkan ke dalam punggung dan kaki pemuda tersebut, menyebabkan setiap pergerakan dirasakan seperti nyawa di hujung pedang....amat menyakitkan. Dengan izin Allah kekuatan dalaman yang diperolehinya memberi satu sinar baru untuk dia mencuba bangun. Walaupun dirasakan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang terlalu dekat sehinggakan terasa lebih dekat dari urat nadi di lehernya. Kerinduan pada Al-Muhaymin Yang Maha Merawat adalah sebagai tempat menggadunya dan menjadi kan dirinya lebih tenang dan kuat. Selama 8 bulan terlantar di Hospital, dengan berbekalkan semangat dan kecekalan menjadikan keperitan yang dideritai "alah bisa tegal biasa" dan memboleh "sang pemuda" berjaya berjalan sambil berpaut di besi katil sambil memegang tongkat. Di waktu sakit itulah pemuda itu terkenang bagaimana susahnya kehidupan dirinya sebelum berjaya menjadi usahawan contoh di bidang pertanian dan ternakan. Kenangan menjaja nasi lemak dijalanan dan dikejar DBKL masih segar dalam ingatannya. Kereta Toyota buruknya yang menjadi teman selasa pergi menjaja juga banyak kali ditarik oleh pihak Bank kerana tak mampu membayarnya. "Malu" ... tapi itulah pendorong kuat menjadikannya lebih kental dalam dunia perniagaan. Hidup jangan terlalu memilih sehingga menutup ruang dan peluang. Kena berani mencuba barulah tahu keserasianya. Pemuda itu telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Ternakan (lembu dan kambing) semasa masih menjalani terapi di luar hospital. Suntikan Semangat dari suasana yang menceriakan menjadikan beliau dapat berdiri dan berjalan seperti sediakala. Kekuatan yang dirasakannya diperolehi dari Yang Maha Pemberi Kekuatan (Al-Muqit).Penderitaan yang dialami telah disinari cahaya Yang Maha Kukuh dan Teguh (Al-Matiin) menyebabkan tongkat tidak diperlukan lagi. Walaupun setinggi gunung dugaan tabahkanlah hatimu. Agar diri tidak berjiwa kerdil aturlah lingkungan anda kerana anda akan di pengaruhi oleh orang yang berada dalam lingkungan sekeliling. Anda adalah hasil dari lingkungan sekeliling anda. Jadi disini bergaullah dan bercampurlah dengan orang yang berfikiran positif, berjiwa waja, yang mempunyai idea dan berinisiatif supaya anda akan terkena bahangnya dan anda juga ikut berjaya. Sekiranya anda terlalu lama bergaul dengan mereka yang berjiwa kerdil dan berfikiran negatif, lambat laun anda tidak ada kekuatan untuk menjadi "Sang Juara". Akhirnya anda gagal mendapat pekerjaan, gagal bagi mendapatkan kebahagian dan kemerdekaan jiwa. Keadaan ini menyebabkan anda terbelenggu. Punca utama bukan datang dari orang lain tetapi diri sendiri yang telah membina jaring-jaring besi penjara. Siapa patut dipersalahkan? Apa pun tiada guna kita bersedih.. Hari itu ini juga mulakan langkah baru. Sesungguhnya ada kekuatan dalam diri anda yang telah menunggu sekian lama untuk anda menggunakannya. Itulah kekuatan dari Al-Qawiyy Yang Maha Kuat.

No comments:

Post a Comment