Thursday, March 21, 2019

Mata Panda - Lingkaran Gelap Di Mata




Terlihat pada panda ni, cute sangat nak-nak yang kecik tu...baby panda.  Gebu gebas sangat lucu tengok Panda, tapi bila terjadi pada mata manusia ia bukan hal yang lucu tetapi menjadi satu masalah.


Tak peduli apa pun sebutannya, lingkaran hitam pada mata, cincin mata atau eye bag bawah mata adalah masalah kecantikan yang paling umum di kalangan wanita.

Kata orang kewujudan mata panda terjadi atas sebab kurang tidur.. Benarkah? Ramai yang tak tahu sebenarnya lingkaran mata hitam disebabkan oleh faktor lain. Lingkaran mata gelap atau hitam jangan dibiarkan begitu saja. Rawatan khusus merupakan langkah awal untuk mendapatkan perawatan yang tepat, jika keadaan ini tidak ditangani lebih awal lingkaran gelap pada mata akhirnya akan menjadi pemenan sampai bila-bila.



Bengkak bawah mata




Menjadi orang Asia tidak banyak membantu. Cahaya panas matahari membuatkan lapisan kulit tipis bawah mata mewujudkan pigmentasi akan kelihatan lebih gelap.

Keadaan akan lebih teruk bila anda kerap berada dan terdedah kepada sinaran matahari. Kulit menjadi lebih gelap dan menyebabkan timbulnya lingkaran itu. Mata yang sembab dan bengkak juga menyebabkan adanya bayangan di bawah area mata untuk memberi lingkaran gelap pada mata kita.

Selain sebab di atas punca mata panda bakal terjadi kerana makanan yang dimakan pada waktu malam yang mengandungi  kandungan garam yang tinggi membuatkan mata anda menjadi bengkak keesokkan harinya.

Fakta. Mereka yang mengidap resdung dan alahan cenderung menggosok mata, tindakan begini sering mengalami masalah mata panda.

Wanita hamil. Saat perubahan hormon ketika kehamilan akan menggelapkan kulit dan merubahkan pembuluh darah di sekitar mata dan lingkaran gelap akan menjadikan lebih ketara.

Dua posisi tidur iaitu dengan perut mengadap ke bawah dan posisi perut mengadap ke atas kerana kedua-dua posisi ini graviti menyebabkan cairan menumpu di bawah mata.

Satu lagi faktor yang tak dapat dielak ialah faktor usia. Faktor usia juga penyebab wujudnya lingkaran gelap bawah mata, membuat pembuluh darah di area itu menonjol.

Saya tahu anda semestinya inginkan mata yang cantik seperti mata di bawah ni...MEMUNCAK
saplemen terbaik untuk anda.




No comments:

Post a Comment