Friday, March 11, 2016

jangan MENJUAL - Pesan DAO

Assalamualaikum semua.


Saya belum Berjaya buat semua yang disarankan. Saya share dulu…Moga kita sama-sama  Berjaya di dunia dan akhirat. AMIN

#Perkongsian oleh Dr. Azizan Osman





Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang Berjaya terutamanya jutawan ialah ketika  saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras “The Monk Who Sold His Ferrari” serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut, saya hadir bersama 140 orang yang Berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah Negara dalam dunia dan di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billionaire dan philanthropists serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenal pasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh meeka yang Berjaya setiap hari?

Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangka masa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang Berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat):

1.  Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)

2.   Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi Saw)

3.  Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solah tasbih 4 rakaat (perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesaikan 10 – 15 mini sebelum azan subuh)

4.  Baca beberapa surah atau juz’ Al-Quran atau amalkan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5.   Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6.   Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7.   Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isra’ bila matahari naik

8.   Minum pagi / sarapan

9. Exercise untuk 30 – 6- minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10.Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yan ganda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan Muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam.

Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atu taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaab ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat. Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi, cuma di perkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

Ingat:-

1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden…Jika baik amalan, jika tidak abaikan.

Kongsikan artikel dan ebook formula ini sebagai hadiah anda kepada 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat untuk menghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa mereka agar hati mereka sentiasa mendekati Allah swt dan lantaran itu akan menarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya.

Sesungguhnya, melalui the “Power of Giving” kita lebih bahagia memberi daripada menerima kerana terdapat banyak nikmat hidup dan manfaat dalam “Memberi”. 

Insya Allah, lebih banyak amalan kita dalam “Memberi”, lebih banyak Allah swt akan memberi kita keberkatan dan kenikmatan hidup dalam pelbagai cara.

Ada keajaiban di sebalik “Memberi”, rahsia yang hanya diketahui oleh 
orang-orang yang berjiwa besar.

Cuba anda amalkan dan lihat perubahan dalam hidup anda!!



SHARING is CARING

No comments:

Post a Comment