Tuesday, February 9, 2016

MOTIVASI:Kejayaan Berjangkit

INSPIRASI
#kredit.ik2013



Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contact kita dan sebagainya!


Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdamping dengan insane-insan yang Berjaya dan berfikitan positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Bak pepatah Inggeris yang berbunyi “If you want to soar with the eagles, you must not flack with the turkeys.”

Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk Berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan “Mastermind” tersendiri. Yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang Berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran supaya sama-sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.

Dampingkan diri dengan kejayaan

Jika sering berdampingan dengan kumpulan orang yang Berjaya, tiada sebab anda tidak boleh Berjaya.



Success breed success
Istilah yang sering digunakan pleh pakar motivasi Anthony Robins, “Sucecess Breed Success,” bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejaya yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit.

Mengapakah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi, seperti mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan berulang melakukan perkara yang sama.


Apabila seseorang itu mencapai kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dan mengulangi kejayaan yang dikecapi.

Siapa role-model anda?
Satu strategi mencapai kejayaan adalah dengan mempunyai role-model. Siapakah role model anda?

Ketika saya masih menuntut, antara role-model saya adalah Michael Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.


Untuk Berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk Berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang Berjaya lekukan dan kita juga akan turut capai kejayaan, Semestinya, dalam konteks ini juga kejayaan adalah berjangkit!

Flock with the Turkeys
Sekiranya peribahasa berbunyi “If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys,” maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan diri daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan diri kita daripada mereka yang sering berfikiran negatif, kerana ianya juga berjangkit.

Sekiranya dalam kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering berfikiran negatif dan sering menjatuhkan semangat kita – ia adalah satu racun yang amat berbahaya.

Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit, berbanding dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.


Dengan sering mendampingi mereka yan sering berfikiran negatif, sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita!

Sudah jatuh, ditimpa tangga pula
Kejayaan, akan menbuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga seing disusuli dengan kegagalan. Mereka pula ini terjadi?


Seringkali sesuatu kegagalan akan menjatuhkan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu. Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda-tanda mendapat jangkitan daripada kegagalan!

Silap memilih role model!
Dalam memilih role-model juga perlu berhati-hati. Sekiranya terdsilap pilih maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap. Sebagai contoh, mempunyai role model yang Berjaya dalam perniagaan tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang-ambing bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita.

Mempunyai role-model yang Berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki minum dan suka berpoya-poya dengan perempuan, juga memberi tanggapan negatif kepaada kita tentang erti sebenar kejayaan.

Sebagaimana dikatakan, kita juga akan menjadi seperti role-model kita, Tersalah pilih role-model, pastinya kesilapan tersebut akan terjangkit pula kepada kita.

Salah seorang role-model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain (penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya menyukainya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka, Curt Cobain menjadi role model yang tidak baik.


Ramai remaja zaman ini terjerat dengan pelbagai masalah social kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara. Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hokum aam, apa sahaja di dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya di tangn kita sendiri! Sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan, ataupun kegagalan. Jarapan saya, pilihlah yang pertama!

No comments:

Post a Comment