**Jutawan kerja lebih
daripada 70 jam seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja.
Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang
masa. Sering kali, merekalah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat
tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan.
Sekiranya anda bekerja kurang daripada 40 jam seminggu, maka anda perlu lipat
kali gandakan usaha anda!
**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang
diinginkan. Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar
dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira
besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan
dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka
berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas
dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat
terlebih dahulu!
**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang
lain. Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi
sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84%
kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya,
perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda
"one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya,
maka, GET OUT THERE! Kenali
mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah
senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit,
Jutawan akan tahu cara untuk menjana dua juta ringgit lagi kerana aset yang
paling penting bagi seseorang Jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi
daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan
ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.
**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan Jutawan tidak
suka berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi
harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir.
Sering kali golongan Jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset
seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan Jutawan adalah
seperti yang sering dipaparkan di kaca TV, suka membazir, maka, perbetulkan
perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil.
Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.
**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley,
"The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap Jutawan adalah suka
memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan
ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan
tidak suka memberi, maka maaf, Kelab Jutawan bukanlah untuk anda!
**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan Jutawan lahirnya
dalam bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan.
Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi Jutawan- mulakan
perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka
kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin sukar untuk mencapai Jutawan.
Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi
kaya. Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no shortcuts
here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan
cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang
setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap!
Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai
"Mat jenin Jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan
skim-skim cepat kaya.
Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka,
selamat datang ke Kelab Jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
bersedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A
Millionaire"edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.
Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap
hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.
#Sumber :Shahrir
No comments:
Post a Comment