TANDA DIJANGKITI HPV
Kebanyakan individu yang dijangkiti
atau terkena infeksi HPV ini boleh dikenalpasti apabila ujian pap (Pap Smear)
yang dilakukan tidak normal keputusannya. Ujian Pap Smear merupakan sebahagian
ujian ginekologi yang membantu dalam mengesan sel tidak normal dalam serviks
sebelum berubah menjadi pre-kanser atau kanser serviks.
Kebanyakan pre-kanser serviks (boleh
berubah menjadi kanser) mempunyai kaitan dengan HPV dan boleh dirawat sekiranya
dikesan pada peringkat awal. Sebab itulah ujian awal amat diperlukan.
SIMPTOM KANSER SERVIKS
1.
Pendarahan yang tidak normal –
Perempuan yang dijangkiti kanser serviks mungkin mengalami pendarahan vagina
yang tidak normal. Ia boleh terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak.
Pendarahan ini bukanlah kitaran haid biasa. Ia juga boleh berlaku secara
berpanjangan.
2.
Keluar cairan yang banyak dan tidak
normal – Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau
yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang
ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor.
3.
Sakit pada tulang pelvik- Sakit yang
tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada
sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam.
4.
Sakit ketika pembuangan air kecil –
Selalunya ia terjadi apabila kanser sudah mula merebak ke pundi kencing.
5.
Pendarahan antara kitaran haid yang
normal, selepas perhubungan seks, ‘douching’ atau selepas ujian pelvik. –
Terjadi kerana adanya jangkitan pada serviks semasa aktiviti ini dilakukan.
*
Ujian pelvik – ujian terhadap vagina, serviks dan uterus (rahim) yang dilakukan
oleh doktor yang bertauliah. Wanita yang digalakkan membuat ujian ini adalah
mereka yang berusia 21 tahun ke atas atau dalam masa setahun selepas melakukan
hubungan kelamin pertama.
6.
Terdapat darah beku yang dikesan
7.
Sakit ketika melakukan hubungan
kelamin
8.
Juga berlaku pendarahan dari vagina
selepas putus haid
GOLONGAN BERISIKO
1.
Wanita yang pernah dijangkiti oleh
sesetengah jenis HPV dan badan tidak mampu untuk membersihkan virus tersebut.
2.
Berusia antara 35-55 tahun. Lebih separuh
wanita yang didiagnosis menghidapi penyakit ini.
3.
Kebanyakan mereka terdedah kepada
penyebab kanser HPV semasa masih remaja dan pada usia 20-an.
4.
Lebih ramai wanita yang dijangkiti
tidak pernah membuat ujian Pap.
BAGAIMANA HPV DIRAWAT?
Sehingga kini tiada bukti rawatan
untuk HPV. Majoriti individu yang dijangkiti HPV, pertahanan badan mampu
membersihkan virus tersebut.
Bagaimana pun, jika badan tidak mampu
melawan virus ini, maka kesan yang lebih teruk akan terjadi, iaitu kanser.
Ingatlah, terutamanya kaum wanita
kerana ramai yang tidak menyedari terdapat virus ini di dalam badan kerana ia
tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Bagi mereka yang sudah berkahwin
atau mempunyai anak, ujian awal dapat menyelamatkan diri sendiri.
Kredit: KDacantek
*** Petua ***
Anda boleh
mengamalkan pemakanan anti kanser seperti ANJELIETA dan BEEJAK sebagai langkah
awal pencegahan kanser. Sayangi diri dan keluarga anda, hargai setiap masa dan
detik anda bersama mereka. Jangan disebabkan kelalaian anda menjaga kesihatan
diri, mereka yg akan menanggung akibatnya....